BTC USD 83,724.7 Gold USD 4,175.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa
dengan penuh keimanan kepada Allah,
maka sesungguhnya telah diampuni dosa-
dosanya yang telah lalu.”(riwayat Bukhari)
 
Abu Hurairah r.a berkata Nabi SAW
bersabda maksudnya : “ Apabila seorang
wanita menafkahkan sebahagian dari hasil
usaha suaminya tanpa izin suaminya maka
bagi suaminya separuh pahala.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Abu Hurairah r.a menerangkan
bahawasanya Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: “ Seorang lelaki berkata :

“Demi Allah saya akan memberi sedekah.
Maka dia keluar membawa sedekahnya
lalu diletakkannya di dalam tangan
pencuri.

Maka pada paginya, orang ramai
pun memperkatakan hal tersebut. Mereka
berkata : “ Telah diberi sedekah kepada
pencuri.

Si pemberi itu berkata : “Wahai
Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala
puji-pujian. Demi Allah, saya akan
sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia
keluar membawa sedekahnya lalu
diletakkan di tangan wanita penzina.

Pada pagi hari itu orang ramai pun
memperkatakan hal tersebut. Mereka
berkata : “Telah diberikan sedekah kepada
wanita penzina.

Orang tersebut berkata :
“Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah
segala puji-pujian. Demi Allah saya akan
memberikan satu sedekah lagi. Maka dia
keluar membawa sedekahnya lalu
diletakkan di tangan orang kaya.

Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal
tersebut. Mereka berkata : “Telah
diberikan sedekah kepada orang kaya.

Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku,
hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian
terhadap si pencuri, si penzina dan
terhadap si kaya.

Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu
berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada
si pencuri, mudah-mudahan ia akan
memelihara dirinya daripada mencuri,

manakala kepada wanita penzina mudah-
mudahan ia akan memelihara dirinya
daripada berzina

dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu
menafkahkan sebahagian harta yang telah
Allah berikan kepadanya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Tidak ada kepercayaan adanya jangkitan ,
tidak ada kesi.alan , tidak ada hal - hal tak
baik kerana burung hantu ,
dan kesi.alan bulan safar

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Sabda Rasullullah SAW : Sesungguhnya
kepala seseorang di antara kamu ditusuk
dengan jarum besi
lebih baik daripada menyentuh tangan
perempuan yang tidak halal baginya.

(riwayat Bukhari)
 
Dari Ibnu Abbas RA katanya : Rasullullah
SAW melaknat lelaki yang menyerupai
perempuan dan orang perempuan yang menyerupai lelaki.(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash
radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi
s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah (kepada orang lain)
daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .

Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan
tidak ada halangan ke atasnya.

Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan
sengaja maka ia menempati tempat
duduknya dari neraka."

(riwayat Bukhari)
 
dari Umar bin Khattab berkata sabda
Rasulullah s.a.w:
"seorang mati disiksa dalam kubur
menurut apa yang dijeritkan dalam
tangisan keluarganya"

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
dari Ibnu Mas'ud berkata: sabda
Rasulullah s.a.w:
"bukan dari golongan ku orang yang
memukul-mukul pipi dan merobek saku
dan menjerit dengan suara kaum
jahiliyah"

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:” Tangan yang menghulur
lebih baik daripada tangan yang menerima,
mulakanlah dengan mereka yang di bawah
tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu
adalah yang tidak mengorbankan
keperluannya atau keluarganya, sesiapa
yang menahan daripada meminta sedekah
dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa
yang merasa berpada-pada maka diberikan
Allah S.W.T kelegaan kepadanya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register