BTC USD 83,302.7 Gold USD 4,098.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Adiy bin Abi Hatim r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda
maksudnya:

“Apabila haiwan yang engkau
panah jatuh di dalam air lalu tenggelam
dan mati maka janganlah engkau
memakannya.”

(riwayat Bukhari , Muslim dan Abu Daud)
 
Rasulullah pernah berdoa yang
maksudnya:“Ya Allah, berikanlah kecintaan
kami kepada Madinah sebagaimana Engkau
berikan kecintaan kepada Makkah, atau
lebih dari itu dan bersihkanlah ia serta
berkatilah kepada kami dalam makanan
dan bekalnya dan gantikan wabak
penyakitnya dengan juhfah.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Abu Hurairah r.a mengkhabarkan bahawa
dia mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:

”Solat berjamaah lebih utama
daripada solat sendirian sebanyak dua
puluh lima kali ganda. Para malaikat
malam dan para malaikat siang berkumpul
bersama ketika solat fajar.

Kemudian Abu
Hurairah berkata:

”Jika kamu suka, bacalah
ayat al-Quran sesungguhnya bacaan
waktu fajar disaksikan oleh para
malaikat.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda:”Jika kamu memakai sepatu
(kasut,selipar), pakailah yang kanan terlebih
dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri
dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah
yang mula-mula dipakai dan yang terakhir
dibuka.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya,:”Nabi s.a.w
bersabda:’Dua kalimah yang amat dikasihi
Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut
lidah dan berat timbangannya (pahalanya)
iaitu;” Maha Suci Allah dan dengan
kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang
Maha Besar.” (riwayat Bukhari)
 
Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan
bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat
hujan, baginda berkata:”Semoga hujan
yang bermanfaat.” (riwayat Bukhari)
 
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang
lelaki bertanya kepada Rasulullah
s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?”

Baginda menjawab,:”Sembahyang dalam
waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan
berjuang di jalan Allah.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi s.a.w
baginda bersabda:” Keluar satu kaum dari
neraka sedangkan kulit mereka telah
hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam
syurga, sedangkan isi syurga menamakan
mereka ‘orang-orang dari jahannam’.

(riwayat Bukhari)
 
Dari Uthman , r.a , katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda:

“ Sesiapa yang membina
sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas
kerana Allah, nescaya Allah akan membina
untuknya sebuah rumah di Syurga.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register