BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Al-Masih Ad-Dajjal

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,719
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,719
Reaction score
3,506
Points
211
1772560828721.png


Hadits Muslim no. 5237
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada bapa saudara Ishaq ibn `Abd Allah, Anas ibn Malik (radhiyallahu `anhu),
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Akan mengikuti ad-Dajjal
daripada Yahudi Asbahan (Isfahan, Iran),
tujuh puluh ribu (70,000 orang).

Di atas mereka terdapat at-thayalisah (selendang Parsi).”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا مَنْصُورُ بْنُ أَبِي مُزَاحِمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَمِّهِ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتْبَعُ الدَّجَّالَ مِنْ يَهُودِ أَصْبَهَانَ سَبْعُونَ أَلْفًا عَلَيْهِمْ الطَّيَالِسَةُ
 
1774345742126.png


1774345765576.png


Hadits Tirmidzi no. 2163
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Bakr as-Siddiq (radhiyallahu `anhu),
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Ad-Dajjal keluar dari suatu negeri
di sebelah timur.
Yang dikatakan baginya, Khurasan.

Akan mengikutinya,
beberapa kaum yang wajah-wajah mereka
seolah-olah seperti perisai yang ditempa
(lebar dan keras).”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ وَأَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ قَالَا حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ عُبَادَةَ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي عَرُوبَةَ عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ سُبَيْعٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ حُرَيْثٍ عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ قَالَ
حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالْمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا خُرَاسَانُ يَتْبَعُهُ أَقْوَامٌ كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ
قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَعَائِشَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَقَدْ رَوَاهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ شَوْذَبٍ وَغَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ وَلَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ أَبِي التَّيَّاحِ
 
1774410109036.png


Hadits Bukhari no. 4018
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Abu Hurayrah radhiyallahu `anhu,

“Aku sentiasa mencintai Bani Tamim
selepas tiga (3) perkara yang aku dengar
daripada Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam

yang baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) sabdakan
tentang mereka.

1) Mereka adalah yang paling keras (penentangannya)
dalam kalangan umatku
terhadap ad-Dajjal.

2) Dan ada seorang tawanan wanita daripada mereka
di sisi `A’isyah (radhiyallahu `anha).
Maka baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Merdekakanlah dia.
Kerana sesungguhnya dia daripada keturunan Isma`il.”

3) Dan datang sedekah-sedekah mereka.
Maka baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Ini adalah sedekah suatu kaum atau kaumku.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ الْقَعْقَاعِ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
لَا أَزَالُ أُحِبُّ بَنِي تَمِيمٍ بَعْدَ ثَلَاثٍ سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُهَا فِيهِمْ هُمْ أَشَدُّ أُمَّتِي عَلَى الدَّجَّالِ وَكَانَتْ فِيهِمْ سَبِيَّةٌ عِنْدَ عَائِشَةَ فَقَالَ أَعْتِقِيهَا فَإِنَّهَا مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ وَجَاءَتْ صَدَقَاتُهُمْ فَقَالَ هَذِهِ صَدَقَاتُ قَوْمٍ أَوْ قَوْمِي
 
Back
Top
Log in Register