BTC USD 84,948.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MQA, Huawei Bakal Jalin Kerjasama Strategik Dalam Micro-Credentials

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,579
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,579
Reaction score
350
Points
141

MQA, Huawei Bakal Jalin Kerjasama Strategik Dalam Micro-Credentials​

947f9b452c2e4d1ce98c63f2ee87853d6ab25395e9021

f84d97530bdfc1f12d397464e09755526ab255a3a77d5

Ketua pegawai eksekutif MQA Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran


Foto kredit: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bakal menjalin kerjasama strategik dengan Huawei Malaysia bagi menilai dan memberikan pengiktirafan kepada kursus micro-credentials kendalian syarikat teknologi itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata Huawei kini menyatakan minat mendapatkan pengiktirafan rasmi agensi itu bagi kursus yang ditawarkan secara stand-alone, yang akan dinilai dan diverifikasi oleh Pusat Verifikasi Kualiti (QVC) MQA sebelum disenaraikan dalam portal Stand-Alone Micro-Credentials (SAMC).

“Inisiatif ini bukan sahaja berupaya melonjakkan imej Huawei, tetapi juga memberikan nilai tambah yang sangat besar kepada pelajar yang mengikuti kursus-kursus berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Huawei sebelum ini telah menjalin kerjasama dalam bidang latihan dan pendidikan dengan lebih 20 universiti tempatan, termasuk mengintegrasikan pelbagai elemen dan modul pembelajarannya ke dalam kursus akademik seperti Sains Komputer dan Kejuruteraan.

Mohammad Shatar berkata kursus yang mendapat pengiktirafan MQA kelak boleh dimanfaatkan bagi tujuan peningkatan kemahiran dan latihan semula, selain membolehkan modul berkenaan digunakan untuk pemindahan kredit atau sebagai satu daripada syarat memperoleh kelayakan akademik rasmi di institusi pendidikan tinggi, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata inisiatif itu selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Zambry Abd Kadir untuk memperluas penawaran micro-credentials dalam kalangan institusi pendidikan tinggi bagi memperkukuh ekosistem pembelajaran sepanjang hayat.

“Penyenaraian kursus dalam portal Stand-Alone Micro-Credentials (SAMC) akan memberikan nilai tambah kepada pelajar yang mengikutinya. Buat masa ini, kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak Huawei masih belum mendapat pengiktirafan daripada MQA.

“Sekiranya semua proses verifikasi berjalan dengan lancar, pelancaran rasmi bagi kerjasama ini dijangka dapat dilaksanakan sebelum penghujung 2026,” katanya.

MQA menerima kunjungan hormat delegasi Huawei Malaysia di Cyberjaya semalam yang diketuai Pengurus Kanan Perkhidmatan merangkap Pengurus Ekosistem Bakat Huawei Malaysia Delea Tan.

 
Back
Top
Log in Register