BTC USD 82,917.4 Gold USD 4,104.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Takutlah akan Allah dan
berlaku adillah terhadap anak-anakmu.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
“Daripada Anas r.a. bahawasanya ia
berjalan di kalangan beberapa orang
kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada
mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat
demikian.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Yahya bin Qaza’ah menyampaikan kepada
kami, daripada Ibrahim bin Said, daripada
az-Zuhri, daripada Hind binti Harith
daripada Ummu Salamah katanya :

”Apabila rasulullah s.a.w memberi salam, wanita-
wanita bangun ketika selesai salam
baginda dan baginda duduk sekejap pada
tempatnya sebelum baginda bangun.

Katanya:”Kami berpendapat wallahu
a’laam, itu adalah bertujuan supaya
wanita-wanita beredar lebih dahulu
daripada lelaki.”

(riwayat Bukhari)
 
“Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam
ditegakkan atas lima perkara, iaitu
mengucap dua kalimah syahadat,
mendirikan sembahyang fardhu,
mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke
Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada
bulan Ramadhan.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada hak bagi seseorang yang
hendak mewasiatkan hartanya
(menangguhkannya) bermalam sehingga
dua malam, melainkan hendaklah ia segera
menulis wasiat itu”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Apabila dua orang muslim
berbunuh-bunuhan dengan pedang maka
pihak yang membunuh dan yang terbunuh
kedua-duanya masuk neraka. Abu Bakrah
bertanya,

“Wahai Rasulullah, orang yang
membunuh memanglah masuk neraka
tetapi bagaimana orang yang terbunuh
pun masuk neraka?

” Jawab baginda,kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Ada seorang lelaki bertanya: Wahai
Rasulullah siapakah orang yang paling
utama?.

Jawab Baginda saw, Iaitu orang
mukmin yang berjihad dengan dirinya
sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya
lagi, selepas itu siapa lagi?,

“Baginda saw menjawab yang mengasingkan dirinya
di lereng-lereng bukit untuk beribadat
kepada Tuhannya.

Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan
dirinya) daripada orang yang melakukan
kejahatan”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Diriwayatkan dari Aisyah r.a katanya:

”Nabi s.a.w pernah solat memakai baju
bergambar (bercorak-corak).

Suatu ketika nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu.

Setelah selesai solat, nabi
berkata:

”Bawalah bajuku ini kepada Abu
Jahm dan bawa kembali tukaran daripada
Abu Jahm.

Baju ini melalaikanku sebentar
tadi dari solatku.” (riwayat Bukhari)
 
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

“Bakal ada tentera yang akan menyerang
Ka’abah, tetapi ketika mereka sampai
disuatu tempat lapang, tiba-tiba ia
dibinasakan semuanya , baik yang pertama
hingga yang terakhir.’

Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya,
padahal disitu ada orang-orang
yang tidak ikut serta, iaitu orang yang
sedang dipasar dan lain-lainnya?

Jawab Nabi s.a.w,di binasakan semua, kemudian
dibangkitkan menurut niat masing-masing”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Aisyah r.a katanya : “ Aku
berkata:

“ Ya Rasulullah, bagaimana
pendapat tuan jika tuan berhenti di
sebuah wadi yang ada pokok yang telah
dimakan sebahagiannya dan tuan dapati
pula pokok yang belum dimakan darinya,
pokok manakah yang tuan hendak
menternak unta tuan? Rasulullah SAW
bersabda :

“Pada pokok yang belum lagi
dimakan daunnya.

Maksud Aisyah ialah
bahawa Rasulullah SAW tidak pernah
mengahwini perawan selainnya.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register