BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fenomena cuaca panas, kemarau dan jerebu seluruh negara sepanjang tahun 2026

Jerebu: JAS Negeri Sembilan Tingkat Kawalan​

ed2f8769a62498da6ab6966f0cebc5a06aaa29a9a151b


Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan meningkatkan kawalan bagi kawasan daratan terutama terhadap aktiviti pembakaran terbuka susulan keadaan jerebu yang semakin serius di beberapa daerah di negeri ini.

Pengarah JAS Negeri Sembilan Abdul Aziz Parmin berkata antara punca yang turut diberi perhatian adalah kilang, kuari, kenderaan bermotor, projek pembangunan, pembukaan tanah serta apa-apa aktiviti yang boleh menyumbang kepada pelepasan habuk sehingga menyebabkan pencemaran udara.

“Keutamaan ketika ini adalah meningkatkan kawalan di daratan, terutama terhadap aktiviti pembakaran terbuka, tanpa mengabaikan punca lain yang boleh menyumbang kepada pelepasan habuk atau jerebu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan surat kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di seluruh daerah supaya bersama-sama meningkatkan penguatkuasaan terhadap punca pencemaran.

Abdul Aziz berkata kualiti udara di beberapa kawasan di Negeri Sembilan berada pada tahap tidak sihat, dengan Nilai merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 172, Seremban (168) dan Port Dickson (155) setakat 12 tengah hari ini.

Beliau berkata segala tindakan berkaitan keadaan jerebu akan dirujuk kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, manakala di peringkat negeri pihaknya akan sentiasa mengemas kini laporan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Dalam pada itu, mengenai pembenihan awan, Abdul Aziz berkata perkara itu akan diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di peringkat pusat berdasarkan bacaan IPU semasa dan mengikut keperluan.

 

Jerebu: JPNPP Maklum Segera Jika IPU Lebih 200 Untuk Tutup Sekolah, PdPR​

4571db0c48776341bbdf371926051ff06aaa3c598ff1f

d9c09b0bc669e9d77fdd7e88161f419f6aaa3c24ce428

24a66c2f71c0c48b1a1cd0e0ae47af856a8aa7bf56f51

Pemandangan bahagian Butterworth kabur berikutan keadaan jerebu yang melanda di Pulau Pinang. Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) pada pukul 11 pagi 16 Sept. menunjukkan Minden merekodkan bacaan IPU 167, Balik Pulau (164), Seberang Jaya (162) dan Seberang Perai (160), kesemuanya pada tahap tidak sihat.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memantau rapi Indeks Pencemar Udara (IPU) dan akan memaklumkan penutupan sekolah di kawasan terjejas jika bacaan mencecah 200 atau lebih.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata pemantauan dibuat setiap dua jam, dan kemuncaknya pada 6 petang hingga  8 malam.

"Setakat hari ini keempat-empat stesen mencatatkan bacaan lebih daripada 160, iaitu kategori tidak sihat. Jika bacaan mencecah 200 seperti panduan yang dikeluarkan, kita akan memaklumkan penutupan sekolah dan pelaksanaan PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah).

"Keputusan penutupan sekolah juga akan dibuat mengikut kawasan atau stesen yang terjejas dan dimaklumkan segera menerusi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Pulau Pinang di Dewan Millenium di sini hari ini.

Mohamad Dziauddin berkata JPN Pulau Pinang turut mempunyai "War Room" yang diwujudkan sejak 13 Ogos lepas bagi memantau perkembangan jerebu dan memastikan maklumat dapat disampaikan kepada sekolah dengan segera.

Beliau berkata setakat ini juga pihaknya belum menerima laporan mengenai murid yang mengalami masalah kesihatan berkaitan jerebu.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri S. Sundarajoo berkata kerajaan negeri melalui agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan kualiti udara.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri menasihatkan orang ramai supaya tidak panik, namun pada masa yang sama mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memaklumkan sebarang perkembangan penting kepada orang ramai dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat dan penilaian daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

 

Jerebu: JPNT Arah Semua Sekolah Di Terengganu Tangguh Aktiviti Luar​

f6371d433ec19756967a3524ce040c3f6aa95f4e32dda

Keadaan jerebu menyelubungi sekitar Kuala Terengganu sehingga menjejaskan jarak penglihatan.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengarahkan semua sekolah di negeri itu menangguhkan sebarang aktiviti luar berkuat kuasa serta-merta.

Pengarah JPNT Kamsah@Kamal Mohamed berkata ia susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang melebihi 150 di tiga stesen iaitu Paka, Kuala Terengganu dan Kemaman.

Beliau berkata aktiviti yang ditangguhkan termasuk program sukan, kokurikulum, pendidikan jasmani, perkhemahan, lawatan, rekreasi dan aktiviti air sehingga tempoh yang akan dimaklumkan.

"Sebagai langkah keselamatan kita arahkan semua aktiviti luar ditangguhkan sehingga kualiti udara kembali pada tahap selamat.

"Pihak sekolah perlu sentiasa memantau bacaan IPU serta perkembangan udara semasa menerusi sumber rasmi yang berkaitan. Sekiranya terdapat murid atau warga sekolah yang mengalami gejala tidak sihat, tindakan segera perlu diambil seperti rawatan sewajarnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamsah berkata pihak sekolah juga perlu memastikan pelajar sentiasa berada di dalam bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara luar, terutama yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan.

Beliau berkata pihaknya telah memaklumkan arahan tersebut kepada semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga bagi memastikan mereka peka dengan perkembangan semasa.

"Arahan itu selaras dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 1 Tahun 2019 berkaitan langkah-langkah menjamin kesihatan dan keselamatan murid di sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu dan dianggap kritikal.

"Semua pihak hendaklah mematuhi arahan serta panduan yang dikeluarkan KPM, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing dari semasa ke semasa," katanya.


terengganu pun dia dah sampai.
 
425682-425682.jpg


Jerebu makin buruk, Selangor tunggu laporan penuh agensi

PUTRAJAYA – Kerajaan Selangor akan meneliti langkah susulan bagi menangani situasi jerebu yang kembali merosot di beberapa lokasi di negeri itu sejak semalam dan hari ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mendapatkan laporan lengkap daripada semua agensi berkaitan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita tengok lagi keadaan. Hari Jumaat ini kita ada mesyuarat Exco, kita akan bincangkan dengan teliti langkah-langkah susulan kerana selepas agak reda pada hari Ahad, keadaan kembali buruk semalam dan hari ini.

“Kita akan tengok hari Jumaat nanti laporan daripada semua pihak,” katanya ditemui selepas menghadiribMajlis Perasmian Festival Buku Islami (FBI) 2026 sempena Festival Turath Islami Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah yang akan diambil kerajaan negeri susulan keadaan jerebu yang kembali menjejaskan beberapa kawasan di Selangor.

Amirudin berkata, kerajaan negeri juga akan mendapatkan maklumat terkini daripada Jabatan Kesihatan Negeri serta agensi berkaitan bagi memastikan tindakan yang diambil bersesuaian dengan tahap pencemaran semasa.

Katanya, antara langkah yang sedang dipertimbangkan termasuk usaha membantu pihak sekolah serta melindungi kesihatan murid sekiranya keadaan jerebu berpanjangan.

Jelasnya lagi, langkah-langkah yang patut dibuat akan termasuk untuk membantu sekolah dan juga mengawal kanak-kanak kita yang belajar di sekolah.

Sebanyak 40 kawasan di seluruh negara merekoskan bacaan indeks pencemar udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 12.40 tengah hari ini dengan Johan Setia di Selangor kekal menjadi lokasi paling kritikal di seluruh negara dengan bacaan IPU tertinggi mencecah 185.

Menurut data portal rasmi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia, enam lagi kawasan di Selangor turut diselimuti jerebu pada tahap tidak sihat iaitu Shah Alam (174), Petaling Jaya (167), Klang (165), Banting (165), dan Kuala Selangor (164). – KOSMO! ONLINE
 
425683-425683.jpg


𝗞𝗘𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗥𝗜𝗞: 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗠𝗜𝗧𝗜𝗚𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗘𝗦𝗢𝗞

Sekembali dari India dan Maldives, perhatian saya terus tertumpu kepada keresahan rakyat terkait kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini. Saya mendengar keluhan yang disuarakan dan perkara ini perlu diberi perhatian serta ditangani segera.

Saya ingin menegaskan bahawa ikhtiar penyasaran subsidi terus dipertahankan bagi melindungi majoriti rakyat. Sekitar 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.

Namun, keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas sejak kebelakangan ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan sekali gus tertakluk kepada Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA).

Justeru, 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗸𝗵𝗮𝘀 𝗲𝘀𝗼𝗸 bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF) 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗺𝗶𝘁𝗶𝗴𝗮𝘀𝗶 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗹 𝗲𝗹𝗲𝗸𝘁𝗿𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗶𝘀𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁.

Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap langkah penyasaran subsidi dilaksanakan secara adil dan munasabah, dengan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠
 
Back
Top
Log in Register