BTC USD 83,491.9 Gold USD 4,194.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tukarkan Ilmu Kepada Duit

Muhamad Nornizam

Freshie
Messages
22
Joined
Aug 24, 2010
Messages
22
Reaction score
21
Points
8
1. Pelik betul. Macam mana pulak ilmu boleh kita tukar jadi duit? Heran betul…hehhehe… Sebenarnya yang saya maksudkan ialah guna segala ilmu yang ada untuk menjana pendapatan yang lumayan. Gunakan ilmu itu sehingga anda menjadi pakar.

2. Kebanyakan kita suka mengumpul duit dahulu sebelum mencari ilmu. Pada pendapat saya itu tidak betul kerana dengan ilmu kita boleh gunakan ilmu itu untuk menggandakan duit kita. Kalau duit kita banyak sekalipun, tanpa ilmu pengurusan kewangan yang betul, duit kita akan mudah lesap juga. Dengan ilmu kita boleh tukarkan RM 10. 00 kepada RM 100.00.

3. Saya ingin dedahkan kepada anda bahawa ilmu untuk menjadi jutawan tidak diajar di sekolah atau di mana-mana saja. A pa yang diajar di sekolah hanya untuk kita lulus peperiksaan dengan cemerlang dan seterusnya mendapat pekerjaan yang kita idam-idamkan.

4. Apa yang perlu kita lakukan ialah, MEMBACA. Membaca adalah jabatan ilmu. Kita perlu banyak membaca tentang keusahawan, perniagaan, motivasi dan kewangan. Perkara ini akan meningkatkan ilmu kita dari semasa ke semasa. Dalam agama Islam pun digalakkan membaca kerana membaca mampu mengubah kehidupan kita.

5. Jika anda ingin bergelar jutawan, anda harus wujudkan minda seorang jutawan dalam diri anda. Cara anda bertindak dan berfikir seperti seorang jutawan.A pa yang anda fikirkan dan apa yang anda lakukan, itu di panggil kehidupan. Bila kehidupan kita sudah menujukkan cara hidup seorang kaya atau jutawan, maka mudahlah kita kekayaan itu untuk di capai.

6. Secara peribadinya, kehidupan seorang yang kaya tidaklah mempunyai kereta mewah, rumah besar atau suka membazir. Kehidupan seorang yang kaya ialah kehidupan yang sederhana, berdisiplin dan bermatlamat dan tahu menguruskan kewangan dengan betul supaya tidak berbelanja melampui batas.

7. Sudah lumrah manusia iaitu mudah leka dan lupa. Maka semaikanlah minat mencari ilmu dan membaca kerana itu adalah salah satu senjata ampuh untuk bergelar seorang yang kaya.:D
 
mcm mne tu tt kasi petua yg mantap ler senang kita org nak polow
 
Bg la caranya TT... boleh tambah duit lagi...
 
hmm TT ni .. asal tok rasa cam bau sesuatu jer... lagi tadi dok bukak post2 baru pastu cam hilang ler..
 
Tips no 2 tu tt,.. aku bagi TT RM50 tukar balik kat aku RM500 ngn ilmu tt.. pastu aku bankin kat TT semula RM250.. aku untung RM200 jer.. TT amek upah la RM250..

Jom ramai2 invest kat tt.. coz ada ilmu gandakan duit. ROI 10 kali ganda..
 
Back
Top
Log in Register