BTC USD 95,385.7 Gold USD 3,304.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Buat duit dari YouTube

(Platabush)Ini cth budak 19 tahun Kota Marudu Sabah. Kawan hantr dia(anak sedara), bayar cukai 48ribu. 2 Akaun ASB penuh. Katanya income mingguan sekitar 7K USD hingga 15K USD. Duit Malaysia dah lebih 100K sbln kan. English tak ok sangat pun tapi animasi simple je tak byk cakap pun. Malaysia boleh.

kene tax ke? adeh.. kenyang lhdn
 
Sponsored Post

Assalamualaikum warga CG.. 😁

Soalan saya macam kat atas... Kadang2 bila saya tengok video kat youtube, saya tertanya2, mcmana cara diorang dapat duit dari youtube? Kalau ada iklan adsense atau sponsor post, itu saya fahamlah... Tapi banyak video saya tengok takde iklan pun dan takde sponsor.

Contohnya video2 survival, video masakan, video2 prank omputeh tu... Takde iklan, takde product placement, mcmana diorang buat duit? Boleh sesiapa terangkan?

Saya tak tau apa sangat pasal income dari video youtube ni... Harap dapat info yg baik... Terima kasih.. 😁
ada video memang diorang tak monetize .
 
Betul kata tuan samsul tu.. Jgn jadikan benda ni income utama.. Enjoy je buat content.. Jgn stress pasal duit tu.

Lagi bagus content creative.. Belajar edit video..

Cikai2 pun 1k views dapat la rm5.. Kalau 100k views sebulan pun dah terbaik da.. Dapat la rm500.

Aku pun teruja nak buat content tapi x nak la tiru2 content org..

Tapi ingat.. Video editor korang kalau x mampu pakai yg berbayar, pakai yg free je..

Jgn pakai yg crack.

Bila korg guna crack software, hasil income tu jadi haram.. Tu ke korang nak makan jadi darah daging?

Mohon pencerahan.
 
Assalamualaikum warga CG.. 😁

Soalan saya macam kat atas... Kadang2 bila saya tengok video kat youtube, saya tertanya2, mcmana cara diorang dapat duit dari youtube? Kalau ada iklan adsense atau sponsor post, itu saya fahamlah... Tapi banyak video saya tengok takde iklan pun dan takde sponsor.

Contohnya video2 survival, video masakan, video2 prank omputeh tu... Takde iklan, takde product placement, mcmana diorang buat duit? Boleh sesiapa terangkan?

Saya tak tau apa sangat pasal income dari video youtube ni... Harap dapat info yg baik... Terima kasih.. 😁
bagi contoh video yg tuan maksudkan.
 
Biasanya bukan semua yang buat content akan dapat iklan. Tapi diorang buat pun suka-suka. Bukan target dapat income pun, just sebagai passion.

Satu lagi, kalau kita tengok pakai ip malaysia, iklan untuk malaysia takde niche yang sesuai. Saya penah upload video and niche teknology dan kalau tengok ip malaysia memang tak ada iklan. Bila buka guna ip oversea, iklan dia dekat setengah jam tu.... heheheheheheh....
 
Lebih RM26 Ribu Sebulan, Lelaki Ini Dedah Jumlah Pendapatan Syahmi Sazli

Berapa-income-gaji-Youtuber-Syahmi-Sazli.jpg

Para peminat video drama spontan terbitan Syahmi Sazli Production pastinya tertanya-tanya berapa pendapatan bulanan mereka.

Jika dilihat setiap video yang dimuat naik pasti mendapat sambutan hangat sehinggakan video terbaru Drama Spontan Episod 12 mencecah hampir 7 juta tontonan di Youtube sahaja.

Brojep menggunakan laman web Socialblade untuk menganalisis jumlah subscribers, tontonan video dan juga anggaran pendapatan minimum hingga maksimum yang mampu dicapai oleh Syahmi.
Menurut pemuda ini, setiap bulan Syahmi Sazli mendapat RM26,800 minimum daripada Youtube.

Malah, menurutnya lagi Syahmi mampu menjana pendapatannya sehingga RM432,000 maksimum sebulan.

“Berapa Gaji Youtuber – Syahmi Sazli
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam video kali ni saya kongsikan kepada korang berapa anggaran pendapatan yang diperolehi oleh youtuber Malaysia iaitu Syahmi Sazli.
“So kalau korang nak tahu, jangan lupa nonton video ni sampai habis”

Anggaran pendapatan ini hanya berdasarkan jumlah subscribers dan tontonan di Youtube sahaja.
Ia tidak termasuk dengan penajaan produk di dalam video.

Seperti semua sedia maklum, Syahmi juga memuatnaik video beliau di Facebook dan menjana pendapatan menggunakan Facebook Ad Breaks.

Selain itu, Syahmi juga memiliki perniagaan santan, produk kosmetik dan kesihatan.

Bagi yang tidak mengenali, Syahmi Sazli merupakan di antara Youtuber terkenal di Malaysia dengan mempunyai jumlah Subscribers 1.6 juta orang.

p/s: korang dah ada channel youtube belum?
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Back
Top
Log in Register