BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindakan Henti Perolehan Peralatan Pertahanan Dari Norway Wajar, Tepat - Mohamed Khaled

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Tindakan Henti Perolehan Peralatan Pertahanan Dari Norway Wajar, Tepat - Mohamed Khaled​

38ab90811507663eb2b64757e48ac8586a1e719ac45c1

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin


-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Tindakan kerajaan untuk tidak lagi meneruskan sebarang perolehan dan kontrak dengan Norway adalah wajar dan tepat berikutan negara itu dilihat tidak menghormati Malaysia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled keputusan itu dipersetujui Kabinet selepas Kementerian Pertahanan mencadangkan supaya tiada lagi perolehan aset pertahanan dibuat daripada Norway susulan tindakan negara itu membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu yang telah ditempah Malaysia.

Beliau berkata Kabinet turut meneliti sama ada pendirian itu akan diperluaskan kepada kementerian lain, namun buat masa ini melibatkan Kementerian Pertahanan.

“Apabila mana-mana kontrak yang melibatkan Norway tamat, kerajaan mungkin tidak akan mendapatkan khidmat mereka atau menyambung kontrak itu.

“Ini satu usaha dan tindakan yang saya percaya sangat wajar dan tepat kerana Norway seolah-olah tidak menghormati negara kita dan saya berharap rakyat memahami serta memberikan sokongan,” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Kasih di Felda Pasak di sini hari ini.

Semalam, jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata kerajaan memutuskan untuk menghentikan serta-merta sebarang perolehan peralatan atau kelengkapan pertahanan baharu dari Norway susulan tindakan negara itu membatalkan lesen eksport peluru berpandu yang sepatutnya dilengkapkan pada Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kerajaan Norway sebelum ini dilaporkan membatalkan lesen eksport peluru berpandu antikapal (NSM) kepada Malaysia serta sistem pelancar berkaitan atas alasan untuk melindungi keselamatan negara itu.

Mohamed Khaled berkata Malaysia kesal dengan tindakan Norway kerana kontrak berkenaan telah dimeterai sejak 2018, termasuk pembayaran yang telah dibuat sebelum lesen eksport dibatalkan secara unilateral pada saat akhir tanpa sebarang makluman atau perbincangan dengan Malaysia.

Beliau berkata alasan Norway bahawa sistem peluru berpandu itu hanya dijual kepada negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan sekutunya, juga tidak meyakinkan kerana negara itu mengetahui keperluan Malaysia untuk memperkukuh keupayaan pertahanan, khususnya melibatkan rondaan dan keselamatan di Laut China Selatan.

 
Back
Top
Log in Register