BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Henti Serta-merta Perolehan Peralatan Pertahanan Baharu Dari Norway - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Henti Serta-merta Perolehan Peralatan Pertahanan Baharu Dari Norway - Fahmi​

dee414da812ca52687fbf37b1d57478068b80241188ea


Kerajaan mengambil keputusan untuk menghentikan serta-merta sebarang perolehan peralatan atau kelengkapan pertahanan baharu dari Norway, kata jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini setelah meneliti isu terkini tindakan negara itu dalam membatalkan lesen eksport peluru berpandu yang sepatutnya dilengkapkan pada kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Kementerian Pertahanan menghentikan serta-merta sebarang perolehan peralatan atau kelengkapan pertahanan baharu dari Norway,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Norway dilaporkan membatalkan lesen eksport Naval Strike Missile (NSM)  untuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) kepada Malaysia atas alasan melindungi kepentingan keselamatan negara berkenaan.

Susulan itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) menghantar notis tuntutan bernilai kira-kira RM1 bilion kepada syarikat pertahanan terbabit berikutan pembatalan kontrak perolehan NSM.

MINDEF turut mengenal pasti empat negara yang berpotensi membekalkan sistem peluru berpandu antikapal bagi projek LCS susulan pembatalan itu.

 
Back
Top
Log in Register