combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,151
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,151
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
JKKP P. Pinang Arah Henti Serta-merta Kerja Di Lokasi Pekerja Maut Dihempap Dinding
fb JKKP / DOSH Pulau Pinang
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengarahkan semua kerja di lokasi kejadian seorang pekerja warga Indonesia yang maut dihempap dinding dalam insiden di Jalan Guar Perahu Indah di sini semalam dihentikan serta-merta sehingga siasatan selesai dijalankan.
JKKP Pulau Pinang dalam kenyataan malam ini memaklumkan beberapa saksi dan wakil majikan juga telah diarahkan hadir ke pejabat JKKP bagi membantu siasatan.
“JKKP Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung kemalangan maut melibatkan seorang pekerja lelaki dipercayai dihempap dinding semasa menjalankan kerja perobohan di sebuah premis yang sedang diubah suai.
“Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 3 petang semalam, ketika mangsa bersama beberapa pekerja lain sedang menjalankan kerja merobohkan dinding di kawasan tangga bangunan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya,” menurut kenyataan itu.
JKKP negeri memaklumkan siasatan awal mendapati kerja-kerja pengubahsuaian premis itu sedang dijalankan oleh sebuah syarikat kontraktor yang dilantik.
JKKP Pulau Pinang memaklumkan semasa kejadian, pekerja terlibat sedang menggunakan peralatan perobohan bagi memecahkan struktur dinding sebelum dinding itu tumbang dan menghempap mangsa.
Kenyataan itu turut memaklumkan pihak JKKP sedang menjalankan siasatan di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] bagi mengenal pasti punca kejadian dan menentukan sama ada terdapat pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang keselamatan serta kesihatan pekerjaan yang berkuat kuasa.
“JKKP ingin mengingatkan semua majikan, kontraktor dan pihak yang mempunyai kawalan ke atas tempat kerja supaya sentiasa menjalankan pentaksiran risiko yang mencukupi sebelum memulakan sebarang kerja perobohan, memastikan kaedah kerja selamat dilaksanakan serta menyediakan penyeliaan yang berkesan bagi mengelakkan kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian,” menurut kenyataan itu.