BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKKP Pulau Pinang Siasat Pekerja Maut Jatuh Menara Telekomunikasi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,703
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,703
Reaction score
97
Points
80

JKKP Pulau Pinang Siasat Pekerja Maut Jatuh Menara Telekomunikasi​

40343c4243cae4a336d1d5dc50a7387d6636f0a14650f

Hairozie Asri

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung kematian seorang pekerja telekomunikasi yang meninggal dunia pada 16 Ogos lepas susulan kemalangan ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di sebuah menara telekomunikasi di Kampung Juru, di sini.

Pengarahnya Hairozie Asri berkata kejadian berlaku pada 4.45 petang 11  Julai lepas ketika lelaki tempatan berusia 55 tahun yang dipercayai sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan baik pulih di menara tersebut.

"Siasatan awal JKKP mendapati mangsa dipercayai lalu atas sebuah alas tiang (plinth) menara telekomunikasi sebelum terjatuh dari ketinggian kira-kira 63 sentimeter.

“JKKP Pulau Pinang juga telah mengeluarkan Surat Arahan kepada pihak berkaitan bagi mengemukakan dokumen dan maklumat berhubung kemalangan tersebut untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1), Seksyen 17(1) dan Seksyen 18B Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, selain peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan.

 
tu dia dari 63m bang, arwah terus. umpama jatuh dari tingkat 18.
 
Back
Top
Log in Register