BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panjat menara telekomunikasi 18 meter, tuntut dihormati keluarga

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Panjat menara telekomunikasi 18 meter, tuntut dihormati keluarga​

3649571.webp

Seorang pemuda berusia 20 tahun mencetuskan kekecohan apabila memanjat menara telekomunikasi setinggi 18 meter. Foto: TOI

NEW DELHI - Seorang pemuda berusia 20 tahun mencetuskan kekecohan apabila memanjat menara telekomunikasi setinggi 18 meter dan enggan turun selama kira-kira empat jam kerana mahu dirinya dihormati oleh keluarga.

Kishor atau dikenali sebagai Moni Sinha yang berasal dari Chhattisgarh memanjat menara berhampiran Ahimsa Chowk, berdekatan MLA Hostel pada pagi Selasa.

Sepanjang berada di atas menara itu, pemuda berkenaan dilaporkan berulang kali menyuarakan tuntutan ‘ghar pe izzat hona’ yang membawa maksud mahu mendapat penghormatan daripada ahli keluarganya di rumah.

Tindakan Kishor menyebabkan pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi dalam usaha memujuknya supaya turun dengan selamat.

Anggota polis dari Balai Polis Sitabuldi dan Ambazari turut tiba bagi membantu mengawal keadaan ketika orang ramai mula memenuhi kawasan berkenaan.

Insiden itu menarik perhatian ratusan orang yang ingin mengetahui apa yang berlaku sehingga menyebabkan pergerakan trafik di sekitar lokasi menjadi perlahan.

Drama berkenaan turut disamakan dengan aksi ‘Veerugiri’, merujuk kepada watak Veeru dalam filem Bollywood popular, Sholay.

Selepas kira-kira empat jam, pasukan bomba akhirnya berjaya memujuk Kishor untuk mengalah dan turun dari menara berkenaan.

Pemuda itu kemudian diiringi turun oleh anggota bomba, sekali gus menamatkan insiden yang mencetuskan perhatian orang ramai di kawasan tersebut. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register