BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Kesal Tindakan Norway Tidak Lulus Permit Eksport Peluru Berpandu - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Kesal Tindakan Norway Tidak Lulus Permit Eksport Peluru Berpandu - Fahmi​

cbf51b7f228132a19536faad4612f14e6a04324bc9f77

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan MADANI pada sidang media mingguan yang diadakan di Angkasapuri hari ini.

Kerajaan Malaysia menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan Norway yang tidak meluluskan permit eksport bagi perolehan peluru berpandu dari negara tersebut pada saat akhir.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan itu menyebabkan syarikat dari Norway yang terlibat tidak dapat meneruskan pembekalan seperti dipersetujui, walaupun kontrak perolehan berkenaan telah dimeterai sejak 2018.

Beliau berkata kontrak tersebut telah dilaksanakan tanpa sebarang isu, dengan semua pembayaran dibuat mengikut jadual.

“Kerajaan Malaysia sama sekali tidak dapat menerima alasan yang dikemukakan oleh kerajaan Norway," katanya pada sidang media mingguan yang diadakan di Angkasapuri, di sini, hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata kerajaan kini sedang mengambil tindakan melalui  saluran diplomatik selain mempertimbangkan langkah susulan dari sudut perundangan kerana perkara berkaitan perancangan pertahanan negara melibatkan kepentingan strategik yang tidak boleh dikompromi.

Berita Lanjut Menyusul

 
Back
Top
Log in Register