BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Sahkan Malaysia Pertimbang Peroleh Peluru Berpandu Brahmos

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

Anwar Sahkan Malaysia Pertimbang Peroleh Peluru Berpandu Brahmos​

6adc5a34e1add9ba8dc8fbaeeecd557c6aa63acab8887

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Malaysia sedang  meneroka kemungkinan untuk memperoleh sistem peluru berpandu udara ke permukaan BrahMos India.

Beliau menekankan perbincangan itu masih dijalankan walaupun tiada keputusan muktamad yang dibuat setakat ini.

Dalam satu temu bual dengan NDTV India, beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu dibuat semasa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, namun pihak yang berhak membuat keputusan adalah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

““(Kami) telah berbincang, namun lazimnya kedudukan saya adalah melibatkan jabatan atau agensi yang berkenaan, mereka yang mempunyai kepakaran dalam tentera udara, mereka sepatutnya meneruskan perbincangan.

“Mereka telah mengadakan perbincangan awal dan saya memberitahu Perdana Menteri Modi yang saya sangat menyokong kerana hubungan ini dibina atas kepercayaan dan kami ingin mengukuhkannya dalam semua bidang,” katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengakui keupayaan pertahanan India.

BrahMos merupakan peluru berpandu krus supersonik berkuasa ramjet jarak jauh yang boleh dilancarkan dari kapal selam, kapal, pesawat pejuang atau pelancar mudah alih (TEL).

Ia merupakan usaha sama antara Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) India dan NPO Mashinostroyeniya Persekutuan Rusia, yang bersama-sama membentuk BrahMos Aerospace.

 
Back
Top
Log in Register