woo panas pasal citer benda-benda ni
ok la saja nak citer sikit pasal ilmu2 online marketing. Ada beberapa nama terkenal yg memang ramai follower sifu-sifu kat malaysia ni. Antaranya sifufbads, najib asadok, fahdi ghazali, hasbul brothers dan byk lagi.
Bagi yg nak mulakan business online ni, aku suggest jgn la abis kan duit pegi kelas kelas advance yg mahal mahal, yg memang betul najib asadok pakej paling mahal dia sampai 50k setahun coaching, tapi bukan semua org, hanya yg terpilih sahaja, selalunya yg dah establish business dan sale dah berjuta2. Kesemua sifu2 ni akan tawarkan pakej beribu2, nak advance bayar je. Cuma nasihat aku yg tak seberapa ni, tgk juga la kemampuan kewangan dan kemampuan kita. Adalah tak wajar dalam sekelip mata nak belajar semua ni serentak, fb, ig, website, google ads, chat bot, market place dll.
Salah satu strategi sifu2 marketing online ni, pada mula2 marketing derang, derang akan tawarkan seminar free atau yg murah2 je dulu contoh 20 ke 30 hinggit je, ada yg buat free kalo bawa masuk org. Then ko pegi seminar derang yg free atau 30 hinggit ni. Dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 ptg, dari 100 ilmu yg patut diajar, sifu2 ni hanya akan tunjuk kan tak sampai 10 je pun sesuai dgn harga ditawarkan iaitu free atau 30 hinggit. Untuk nak tahu lebih waktu tghari derang akan offer pakage. Ada pakage yg harga tak masuk akal. Tapi bagi founder atau owner business yg dah sale berjuta2, kos pakage 10k keatas adalah biasa. So apa kebenda dari pukul 9 pagi sampai 6 ptg ni. Mcm biasa akan dijemput mentee mentee sifu2 ni yg dah berjaya untuk bercakap sepatah dua kata kat atas pentas nak tunjukkan betapa power kalo uoals ambik pakage2 yg mahal sebab korang bleh berjaya mcm mentee mentee derang ni. Konon2 nya inspirasi la. Seriously aku dah join byk seminar2 start up mcm ni. Last2 ilmu yg aku dapat sgt minima, selebihnya ayat marketing utk ambik pakage seterusnya. Fenomena yg aku nampak bila seminar2 mcm ni, lelaki lebih cepat membuat keputusan dari perempuan, sebaga contoh setiap kali seminar start up mcm ni, kehadiran lelaki dan perempuan sama byk, tapi selepas je dapat tahu kena bayar pakage lagi mahal utk ilmu seterusnya, kita boleh tgk tempat duduk bahagian lelaki drop sehingga 70%, yg tinggal dalam dewan byk nya perempuan.
ok sembang byk pun tak guna. Jom aku bagi sedikit nasihat. Memandangkan ada ramai yg telah dibuang kerja, vss dan sebagainya, ramai yg nak bermula berniaga online. Nasihat aku cari la dulu ilmu, belambak sebenarnya ilmu dalam youtube tu. Malas dgn rajin je. Boleh juga google apa yg kita nak belajar. Belambak founder2 business share pengalaman mereka dekat blogspot. Dan seterusnya cari la mentor yg boleh ajar secara direct. Contohnya sifu2 yg mengajar dalam kelas yg kecil dalam 10-15 org. Cikgu yg ajar akan dibimbing oleh beberapa org teknikal assistant sebab kalo nak belajar FB ads bagai ni, memang teknikal, kadang2 ada masalah payment dgn bank, masalah setting, kalo nak harap satu cikgu ajar ko sorang memang susah la. Dan yg penting sebelum hadir mana2 kelas make sure tak de la kekok sangat pasal penggunaan fb dan ig ni. Belajar2 la dulu kat rumah, test and error. Jgn jadi mcm tak tahu apa langsung bila dtg ke kelas. Kelas yg mcm ni selalunya cikgu2 yg telah belajar dgn sifu2 besar ni, derang pulak jadi coach dan buat duit dgn ilmu yg derang dapat. Aku pernah attend kelas 2 hari pasal fb ads harga dalam 700 hinggit. Mula2 nak pegi tu pikir dekat berpuluh kali, berbaloi ke tak, 700 tu bagi aku banyak tuuu. sekarang ni tak tahu la rate harga dah berapa. Aku belajar dulu tahun 2017. Start2 kelas terus dah kena spent duit fb ads. Belajar terus buat. Then bila dah abis kelas, kita kena sambung belajar sendiri. Belajar dgn pengalaman sendiri operate FB ads ni, try and error. Byk juga duit terbakar mcm tu. Tapi kita tahu apa yg boleh apa yg tak boleh.
Berbalik kepada sifu2 besar ni, kena ingat sifu2 ni ada lifestyle juga, ada lebih dari sebijik keta juga, kalo kita tgk najib asadok, dia pun ada bmw 7 series, so agak mustahil la sifu2 ni nak buat amal jariah bagi ilmu free dan murah. Kalo tanya aku la, sebenarnya banyak ilmu free yg korang boleh cari sendiri. Even MDEC sendiri pun ada tawarkan kelas2 percuma cuma takde la teknikal sgt.