BTC USD 83,335.8 Gold USD 4,179.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seminar Najib Asaddok tu berbaloi ke?

Ini contoh situasi eden :

Eden berniaga pak melakan eden punya orang rumah punya bisnes belacan jek.

Bisnes belacan pak melakan eden kecik jek...sampai pencen eden kijer nie jek laa...

BISNES nampak kecik ker beso heh nie bos? :D

Sbb pengunaan kami Tu nampak besar walaupun bisnes ko kecik je...tp Rasa nya dia cedok org lain punya gak tu
 
Review kat Google tu kebanyakannya bukan daripada peserta kelas Najib. Saya cuma nak tahu harga sebenar kelas dia berapa. Sebab salah satu video kat Facebook cakap kelas Ultimate dia RM50K. Betul ke begitu mahal?

serius 50k? 50k boleh buat macam macam bisnes..biar betul ni...bayar iklan adwords je baru brapa k =.=
 
Sampai 50k? WOW! Gini hebat berniaga air liur... :p

Untung laa org pandai bercakap nie...kita nie mcm dah serupa peon patuh syariah ( baik-baik bos) tak reti laa nak bercakap...


serius 50k? 50k boleh buat macam macam bisnes..biar betul ni...bayar iklan adwords je baru brapa k =.=
 
Bagi aku, kalau nak join program2 begini. Ambil yg asas jer, yg lain tuh biar belajar daripada pengalaman. Yg penting asas dah tau contohnya forex. Yg penting tau fungsi sell n buy dan bila masa nak gunakan buton nih. Yg lebihnya tuh belajar sendiri jer.

mcm program Dr Azizan, amik jer point2 asas seperti berniaga kena berani, kena ada keyakinan dan jangan berniaga guna loan bank dan selebihnya belajar dari pengalaman. Sebab lain org lain perniagaanya. Ada perniagaan yg bermula tanpa modal. Ada perniagaan yg memang perlukan modal samada kecil ataupun besar.
 
Terbaik info!

Cuma skrg nak tanya belajar sendiri forex nie takde risk ker? Kita yg jd tikus makmal sendiri..results belum tau..kalo candelstick mantap takpe...kalo candelight dinner jek results suram2 jek..takut terjun tingkat 14 jek... :p

Ohh program DR A heh...berniaga kena berani...Betul! Saya sokong!

Betul nak berniaga kena berani...cuma masalah skrg saya terfikir satu benda...DR A berniaga apa yg paling berjaya sebelum berniaga air liur tue?

Ok fair! dier berniaga sampai JV dengan ostaz washington DC...yg dier ostat JV tue pon berniaga @ CEO AMAZON ker? atau ostat JV tue jadi FUNDER EBAY...

Sebab pernah dengar class dier suatu ketika dulu...cerita berniaga "TUT" mcm dah berniaga 30thn jek...selidik punya selidik...ohh kwn dier yg berniaga 30THN tue...so? berani asas apa yg dier bleh claim ya? Claim sebab member baik?

Bukan susah sgt nak cakap..."saya tak pandai berniaga TUT tapi yang pandai kawan saya..."

Nabi Muhammad sendiri masa MALAIKAt J dtg suruh bacalah...apa nabi muhammad jwb..TIDAK TAHU...TIDAK TAHU..TIDAK TAHU...

Nabi pon cakap TAK TAHU...kita nie pula serbi serbi TAHU.... heran eden....

p/s: Berniaga air liur nak reverse takde cara lain..say apology to our customers...now days nak say apology ingat senang ker? Cari salah org sekecik semut hitam laju jer... :D

Bagi aku, kalau nak join program2 begini. Ambil yg asas jer, yg lain tuh biar belajar daripada pengalaman. Yg penting asas dah tau contohnya forex. Yg penting tau fungsi sell n buy dan bila masa nak gunakan buton nih. Yg lebihnya tuh belajar sendiri jer.

mcm program Dr Azizan, amik jer point2 asas seperti berniaga kena berani, kena ada keyakinan dan jangan berniaga guna loan bank dan selebihnya belajar dari pengalaman. Sebab lain org lain perniagaanya. Ada perniagaan yg bermula tanpa modal. Ada perniagaan yg memang perlukan modal samada kecil ataupun besar.
 
benda ni subjektif.. bagi yg rajin cari ilmu sendiri mayb xperlu seminar2 ni. yang nak shortcut pergi jela kalu berbaloi..kadang yg diajar byk juga dishare percuma sifu2 lain..kena rajin cari jer.
 
Sifu percuma bos...mana org cair...

Nak sifu rahsia jejari minda gak...penuh dewan ini confirm ilmu mujarab...takkan laa penuh dewan ajar ilmu menipu... :ROFLMAO:

benda ni subjektif.. bagi yg rajin cari ilmu sendiri mayb xperlu seminar2 ni. yang nak shortcut pergi jela kalu berbaloi..kadang yg diajar byk juga dishare percuma sifu2 lain..kena rajin cari jer.
 
Sifu percuma bos...mana org cair...

Nak sifu rahsia jejari minda gak...penuh dewan ini confirm ilmu mujarab...takkan laa penuh dewan ajar ilmu menipu... :ROFLMAO:


ni baru asadok..belum tgk yg buat kelas saham lg .
Dalam kes saya, kelas Kuasa Forex kat KL. Masa tu newbie lagi dalam forex, sebab tulah saya ikut kelas sebab nak cepat faham. Kelas dia RM5K, upsell sampai RM15K wooo..... Lepas kelas takde support, takde analisa. Paling teruk, bila student gagal, cikgu terlepas dan student disalahkan. Last2 syarikat KuasaForex ni ditutup.

Tak putus asa dengan forex, buat masa ni belajar forex dalam bahasa Inggeris kat Youtube. Tapi kalau nak ikut kelas, yang tu saya tak mahu.


teknik ni la diguna oleh geng2 jual seminar saham. Lagi2 saham tgh buat duit skrg..lg sedap la promot.
kat youtube tu byk bgus2 dah ilmu trading skrg. dorang pun bole buat duit dgn youtube sambil share ilmu
 
Saya sokong jek yg mereka nak buat kelas tue...

Cuma sekarang saya hairan...depa buat kelas utk bagi ilmu atau berniaga kelas/dewan aircond tue...

Dan memang buat kelas/dewan aircond nie kalo setakat student bwh 10 orang tue tak mengancam ker?

Caj RM200 x 10 = RM2k...

Modal kelas & kuih onde-onde 4x sehari = RM1.5k (ini style makan hotel bukan makan dulang punya)

Upah air liur dalam RM200-300 standard 1 jam gaji Dekan Universiti ( Memang certified punya lecturer sebab ada ijazah )

Pon tak boleh ker bos? :LOL:

p/s: Tapi dah syok membebel sembang kari mana ada mikir itu semua agaknya.... :unsure:

p/p/s: Sebab mak kita cikgu bos tue ada nampak benda alah nie, ajar tuisyen pree jek sebab ada anak murid miskin & kaya...ending anak murid dier jadi ORANG baik yg kaya atau miskin...itulah nilai kepuasan ilmu yang diberi oleh seorang guru....

ni baru asadok..belum tgk yg buat kelas saham lg .

teknik ni la diguna oleh geng2 jual seminar saham. Lagi2 saham tgh buat duit skrg..lg sedap la promot.
kat youtube tu byk bgus2 dah ilmu trading skrg. dorang pun bole buat duit dgn youtube sambil share ilmu
 
woo panas pasal citer benda-benda ni

ok la saja nak citer sikit pasal ilmu2 online marketing. Ada beberapa nama terkenal yg memang ramai follower sifu-sifu kat malaysia ni. Antaranya sifufbads, najib asadok, fahdi ghazali, hasbul brothers dan byk lagi.

Bagi yg nak mulakan business online ni, aku suggest jgn la abis kan duit pegi kelas kelas advance yg mahal mahal, yg memang betul najib asadok pakej paling mahal dia sampai 50k setahun coaching, tapi bukan semua org, hanya yg terpilih sahaja, selalunya yg dah establish business dan sale dah berjuta2. Kesemua sifu2 ni akan tawarkan pakej beribu2, nak advance bayar je. Cuma nasihat aku yg tak seberapa ni, tgk juga la kemampuan kewangan dan kemampuan kita. Adalah tak wajar dalam sekelip mata nak belajar semua ni serentak, fb, ig, website, google ads, chat bot, market place dll.

Salah satu strategi sifu2 marketing online ni, pada mula2 marketing derang, derang akan tawarkan seminar free atau yg murah2 je dulu contoh 20 ke 30 hinggit je, ada yg buat free kalo bawa masuk org. Then ko pegi seminar derang yg free atau 30 hinggit ni. Dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 ptg, dari 100 ilmu yg patut diajar, sifu2 ni hanya akan tunjuk kan tak sampai 10 je pun sesuai dgn harga ditawarkan iaitu free atau 30 hinggit. Untuk nak tahu lebih waktu tghari derang akan offer pakage. Ada pakage yg harga tak masuk akal. Tapi bagi founder atau owner business yg dah sale berjuta2, kos pakage 10k keatas adalah biasa. So apa kebenda dari pukul 9 pagi sampai 6 ptg ni. Mcm biasa akan dijemput mentee mentee sifu2 ni yg dah berjaya untuk bercakap sepatah dua kata kat atas pentas nak tunjukkan betapa power kalo uoals ambik pakage2 yg mahal sebab korang bleh berjaya mcm mentee mentee derang ni. Konon2 nya inspirasi la. Seriously aku dah join byk seminar2 start up mcm ni. Last2 ilmu yg aku dapat sgt minima, selebihnya ayat marketing utk ambik pakage seterusnya. Fenomena yg aku nampak bila seminar2 mcm ni, lelaki lebih cepat membuat keputusan dari perempuan, sebaga contoh setiap kali seminar start up mcm ni, kehadiran lelaki dan perempuan sama byk, tapi selepas je dapat tahu kena bayar pakage lagi mahal utk ilmu seterusnya, kita boleh tgk tempat duduk bahagian lelaki drop sehingga 70%, yg tinggal dalam dewan byk nya perempuan.

ok sembang byk pun tak guna. Jom aku bagi sedikit nasihat. Memandangkan ada ramai yg telah dibuang kerja, vss dan sebagainya, ramai yg nak bermula berniaga online. Nasihat aku cari la dulu ilmu, belambak sebenarnya ilmu dalam youtube tu. Malas dgn rajin je. Boleh juga google apa yg kita nak belajar. Belambak founder2 business share pengalaman mereka dekat blogspot. Dan seterusnya cari la mentor yg boleh ajar secara direct. Contohnya sifu2 yg mengajar dalam kelas yg kecil dalam 10-15 org. Cikgu yg ajar akan dibimbing oleh beberapa org teknikal assistant sebab kalo nak belajar FB ads bagai ni, memang teknikal, kadang2 ada masalah payment dgn bank, masalah setting, kalo nak harap satu cikgu ajar ko sorang memang susah la. Dan yg penting sebelum hadir mana2 kelas make sure tak de la kekok sangat pasal penggunaan fb dan ig ni. Belajar2 la dulu kat rumah, test and error. Jgn jadi mcm tak tahu apa langsung bila dtg ke kelas. Kelas yg mcm ni selalunya cikgu2 yg telah belajar dgn sifu2 besar ni, derang pulak jadi coach dan buat duit dgn ilmu yg derang dapat. Aku pernah attend kelas 2 hari pasal fb ads harga dalam 700 hinggit. Mula2 nak pegi tu pikir dekat berpuluh kali, berbaloi ke tak, 700 tu bagi aku banyak tuuu. sekarang ni tak tahu la rate harga dah berapa. Aku belajar dulu tahun 2017. Start2 kelas terus dah kena spent duit fb ads. Belajar terus buat. Then bila dah abis kelas, kita kena sambung belajar sendiri. Belajar dgn pengalaman sendiri operate FB ads ni, try and error. Byk juga duit terbakar mcm tu. Tapi kita tahu apa yg boleh apa yg tak boleh.

Berbalik kepada sifu2 besar ni, kena ingat sifu2 ni ada lifestyle juga, ada lebih dari sebijik keta juga, kalo kita tgk najib asadok, dia pun ada bmw 7 series, so agak mustahil la sifu2 ni nak buat amal jariah bagi ilmu free dan murah. Kalo tanya aku la, sebenarnya banyak ilmu free yg korang boleh cari sendiri. Even MDEC sendiri pun ada tawarkan kelas2 percuma cuma takde la teknikal sgt.
 
Back
Top
Log in Register