Seminar Najib Asaddok tu berbaloi ke?

CG Sponsors




Sponsored Post

santes

Junior Member
Joined
Apr 9, 2019
Messages
87
Reaction score
8
Points
11
pada aku gini je..
semua ilmu tu sebenarnya "percuma"..
terpulang kpd situasi si pencari ilmu..

kenapa ko pegi masjid ikuti kuliah ugama?
bkn ke ilmu2 ugama tu dah tercatat dlm al quran..
sbb..
ustaz yg mengajar kuliah tu dah "tolong" kajikan apa yg ada dlm al quran tu..
ko dtg masjid sedut daripada ustaz tu..
ustaz tu plak sebenarnya dia pegi sedut kat ustaz yg lain. masa tu dia belum ustaz lagi jadi dia pun pegi belajar dgn orang.
tapi golongan2 ustaz ni xde lah kenakan sebarang caj utk kuliah ugama tu (cuma dptlah skit elaun bulanan mungkin). kalau caj nnt ko ckp ustaz tu bisnes plak (menunggang ugama). padahal ustaz tu pun pegi masuk universiti mcm ko yg masuk universiti belajar ilmu sains. sama je modalnya, tapi org ckp mengajar ugama tak boleh caj, kena ikhlas.

belajar ilmu sains boleh plak caj. bknkah semua ilmu itu kurniaan Allah Taala.

ok tutup cerita tu lah.. malas nak komen panjang.

balik pada penyataan aku kat atas tadi..
caj yuran seminar tu sebenarnya mungkin meliputi kos si pencari ilmu tersebut..
ilmu tu mmg percuma (dgn erti kata lain kalau ko Google pun mungkin boleh jumpa) tapi org tu dah "tolong" Google kan utk ko. kasik shortcut biar ko cepat pandai.
cuba bayangkan xde Google (enjin pencari) kat internet. ko nak dpt sesuatu maklumat kat internet kena pegi satu laman web ke laman web yg lain.
mcm tu lah lbh kurang perumpaannya..

kesimpulan..
abis tu buat seminar ni nak kena caj ke tak?
terpulanglah kepada si pembuat seminar..
kalau ko nak cakap "modal air liur je"... cikgu kat sekolah pun modal air liur..
tapi gaji cikgu lebih mahal dari pembantu rendah am. apsal plak?
sbb cikgu ckp dia dah keluar "modal" banyak masa belajar dulu.. belajar sana sini bayar yuran, mohon biasiswa segala bagai..
lps tu plak gaji cikgu tu bkn semuanya sama. makin tinggi dia pegi belajar dulu makin tinggi gaji dia dpt bila jadi cikgu...

betul tak?

sbb tu harga seminar tu berbeza2..

akhir kata, rezeki dia, dia makan lah.. rezeki kita kita makan..
taknak join abaikan je. tak perlu pertikaikan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register