Saya salah seorang murid yang pergi ke kelasnya...
Biarlah saya ceritakan sedikit tentang saya dan apa yang menyebabkan saya terpaksa ke kelas cikgu Najib.
Pada tahu 2018 saya ada bina perniagaan ternakan. pada awalnya keseluruhan perjalanan tiada masalah.. tetapi, pada pertengahan tahun 2019.. Masalah mula muncul di mana tapak kami gunakan untuk penanaman rumput bagi menampung keperluan ternakan telah di ambil semula oleh makcik saya.
Ini menyebabkan saya rugi ketika projek sedang berjalan dan kebanyakan ternakan menjadi kurus kerana kurang makanan. Macam biasalah, di sebabkan kebodohan sendiri, tiada agreement penggunaan tanah, saya hilang keseluruhan tapak yang menyebabkan saya rugi kat tanaman hampir 27k..
Bila ternakan kurang makanan, kesemuanya tidak bermaya dan ada yang lari dari kandang. Ada yang suruh jual, bayangkan, masa beli RM2200.. bila nak jual balik mereka cuma ambil RM1350 dengan alasan ternakan terlalu kurus. Kerugian Demi Kerugian saya tanggung. sehingga terpaksa menggadai dan menjual barang kemas isteri untuk membayar hutang.
Saat ini saya sangat sangat DOWN.. kiri kanan partner cari saya.. mana yang saya boleh bayar saya bayar, mana yang tak boleh terus menuntut... Sampailah satu hari, kesakitan yang amat sangat ini dah tak boleh tahan, saya bagitau pada isteri, dah sampai masa kita tinggalkan Ternakan.. dan mulakan dengan berniaga benda makanan..
Pada hujung tahun 2019, Saya mulakan business menjual makanan dengan menumpang gerai orang, dengan keadaan tidak berduit. Saya jual Rim kereta saya dan modal yang ada saya beli bahan mentah seperti ayam, daging, bawang, pembungkus makanan... maka bermulah episod baru dalam hidup saya sebagai penjual nasi berlauk ketika itu....
Bayangkan, ketika kami tidak sesiapapon mengenali, kami cuba juga untuk menjual. Nasi berlauk pertama kami ketika itu, Nasi Putih Gulai Daging.. Hari Pertama kami hantar ke gerai tersebut, tak banyak.. Dalam 10 bungkus sahaja... kami hantar awal pagi seawal jam 6.30 pagi.. Kami Bangun Masak jam 4 pagi.. Punyalah seksa hari hari kami ketika awal nak berniaga.. Sampai tersungkur menahan mengantok atas meja.. hahaha... Dalam Hati kami, buat 10 bungkus takkan lah tak boleh habis.. Dan kami terus hantar makanan tu ke gerai...
Tapi, jangkaan kami meleset.. kami fikirkan jika kita letak makanan yang kita fikir orang ramai suka, ia akan habis... Tetapi tidak, dari 10 bungkus, hanya 2 bungkus sahaja yang laku... Sedihnya ketika itu tidak terkata.. Pemilik gerai bagitau, belajar lagi masak.. kemudian esok hantar balik.. Daging kau keras... cuba lembutkan lagi... Mulai dari hari itu, kami pon beajar memasak.. walaupon isteri dah pandai masak.. tapi tak cukup pandai untuk memuaskan hati pelanggan.. dan kami belajar lagi memasak..
Hari Kedua pon sama, 10 bungkus, hanya jalan 1 bungkus... Hari ketiga, 8 bungkus tak habis.. Tapi nasi nasi yang tak habis ini kami tak bawak balik.. Kami bagi pada orang yang datang ke gerai.. sampai la minggu ke 2.. Jualan kami dari 10 bungkus, 3 saja tak abis... dan masuk minggu ke 5.. hantar 10 bungkus habis..
Selepas 2 bulan kami berniaga, kami mampu habiskan jualan 25 bungkus sehari.. Dan ia terhad untuk 1 menu.. hingga tokey gerai suruh kami buat menu tambahan iaitu ayam masak merah... dan bila kami dah ada database kami @ pelanggan sedia ada.. maka tak sukar untuk kami lariskan jualan pada ketika kali pertama kami masak ayam merah, 15 bungkus habis.. bermakna pada hari tersebut, 40 bungkus di jual... ketika ini jualan kami sebungkus RM4.50.. Tokey ambil komisen 70sen sebungkus....
Nanti saya ceritakan sambungan kenapa saya Join Kelas cikgu Najib Assadok dan apa yang berlaku selepasitu..
Boleh Follow FB page saya ya..