BTC USD 83,873.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Jutawan! Terbukti berkesan??

rizalstudio

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Jan 8, 2009
Messages
2,668
Reaction score
690
Points
71
Salam...

Merujuk kepada topik. Dan merujuk kepada gelombang 'jutawan' dan dah lama bertapak kat malaysia ni membuatkan aku selalu tertanya2...

jutawan-jutawan @ mentor2 jutawan ni.. jutawan sebab diorang memang jutawan? atau kita yang tertipu sebab ingat dia jutawan dan masuk program dia baru dia jadi jutawan?

sebab dari zaman irfan khairi membawak ke azizan osman.. dan beberapa program jutawan.. bila masuk preview diorang kat hotel2 tu.. banyk la pulak testimoni diorang mereka2 yang berjaya yg diorang tunjuk dalam preview diorang..

in-the-end apa yg aku tau.. kena byr dari beribu ringgit utk masuk preview.

apa yg aku dgr pulak, xplak kawan2, sedara mara.. yg masuk program2 tu jadi kaya-raya. yg aku dgr mak bapak diorang yg bising buang duit beribu masuk program2 tu..

apa yg aku dgr dlm setiap preview2 tu byk ditekankan;

1. mengenali diri sendiri (apa selama ni kita terlalu bod0h untuk mengenali diri sendiri sampai masuk program untuk kenal diri dan potensi diri??)

2. semangat perniagaan?? (apa selama ini kita memang penukul dan pahat.. org lain kena ketuk kepala kita untuk kita sedar?)

ada yang lebih dari sekali masuk program/kursus diorang.. kenapa? x cukup penerangan yang pertama? tak cukup apa yg diorang bgtau masa preview?

macam seminar azizan, setiap kali preview free aku kekadang ada gak gi (benda free ambik je la.. ) dan setiap kali yang ditekankan seminar/kursus yang harga dekat seribu tu. apa yang ada ialah ucapaan dari jutawan2 yang sedia ada cam norman kru dan lain2 setiap tahun..
masalahnya.. apa tidak cukup kita lihat dan ambik iktibar mereka yang dah berjaya didepan mata?

apa yg aku nmpak, cam irfan khairi. aku rasa dia pun skrang bukan jutawan sebab bisnes lama dia.. tapi dari org yg sanggup buang duit kat dia semata2 nk dgr ceramah. sama ngan dr. azizan. tang mana jutawan azizan ngan khairi ni tetiba keluar kata dia jutawan?

jadi persoalan aku ialah : adakah jutawan2 ni sebab diorang memang jutawan? atau kita yang tertipu sebab ingat dia jutawan dan masuk program dia baru dia jadi jutawan?

kedua : siapa yang pernah pergi dan jadi jutawan? atau setiap kali masuk kursus jutawan diorang.. last2 buang duit kat jutawan tapi kita kat takuk lama lagi??
 
Saya pernah mengikuti preview majlis program Dr Azizan untuk mengetahui secara khusus apa yang diajar,kaedah serta methodologinya.Namun bila bayaran yang dikenakan,termasuk dengan sesi kelas yang selalunya bermula hari Jumaat,membatalkan hasrat saya untuk mengikuti kelas yang berbayar.

Ada diantara mereka yang mengikuti kelasnya telah berjaya,tapi secara asasnya saya rasa ia lebih berkisar kepada kaedah pemasaran.Rata2 yang hadir ke kelas sememangnya telah ada kemahiran masing2,umpamanya-pengusaha dobi,pembuat kek,pengusaha kedai makan dan lain2 industri,mereka ada kemahiran tetapi kurang ilmu dari segi pemasaran.

Contoh mudah,cookies.Siapa pernah dan boleh bayangkan cookies jika dibuat dalam bentuk buah2an akan mendapat sambutan,hatta sedap atau tidak itu soal kedua,yang penting rupa cookies menarik minat.

Salah seorang yang lain ialah jutawan yang menjual BeeHoon Sufi.Beliau pada asalnya adalah seorang pengurus yang bekerja di sebuah hotel.Maknanya latarbelakang masing2 adalah orang yang dah pernah berjaya,cuma mereka digilap sedikit dari segi idea dan pemasaran untuk berjaya.

Kalau setiap sesi dihadiri 1000 orang,saya tak fikir semuanya dalam 1000 orang itu mampu menjadi jutawan.Mungkin mereka berjaya tetapi dalam ruang kapasiti masing2.Orang yang meniaga cookies takkan sama pendapatannya dengan yang membuka restoran.Jadi status JUTAWAN disini mungkin berbeza,dan tertakluk kepada bagaimana diri tuanpunya bisnes menilai keberjayaan perniagaannya.

Saya masih mencari peluang meniaga,jika sesiapa yang sudi hello2 laa...sanggup nak bermula dari bawah,tapi tak pernah ada peluang dan idea.

Terima kasih kepada TT atas cetusan untuk membuka thread ini.
 
Kesimpulan utk aku dalam bisnes yang paling penting adalah mental...

Orang yang baru berkecimpung dalam bisnes akan bersemangat sekejap je dan cakap gah mengalahkan orang yang dh bisnes lama...tetapi bila ombak datang, mereka akan berputus asa..

Biar orang cakap apa2 pun, kita boleh jadi berjaya jika kita ada mental yang kuat dan paling penting visi...

Tk de visi, maka tk bergunalah...

Ilmu penting tetapi jika mental tak kuat, ilmu pun tade guna..mental nak kuat camana?

Urut kepala....urut badan, layan budak2 kecil, tgk orang lagi susah, baca buku motivasi, tgk orang berjaya dan lepak dengan orang yang lebih kaya, musuh yang ingin menghancurkan bisnes dan sebagainya....semua ini akan difahami hanya oleh mereka yang dah buat bisnes lebih 5-10 tahun...

Tetapi sebenarnya yang paling penting untuk mendapatkan kekuatan mental adalah minta kepadaNya.....abih cerita.

Rezeki akan datang...konsep Rezeki akan datang tidak dapat diselami oleh orang bekerja..melainkan mereka yang pernah susah betul2......

that is all...
 
Bila dah jatuh dalam bisnes bukan senang nak naik semula...orang sekeliling akan memberikan pelbagai tangapan...

Kekadang orang yang bekerja pula seolah2 lebih mengetahui akan keadaan sebenar tetapi bila mereka memulakan perniagaan baru mereka tau antara langit dan bumi....

Tapi, pengalaman yang didapati akan membuatkan kita lebih tegas dan bijak, kreatif...
 
Last edited:
kesimpulan yang aku dapati, jika kita ikhlas dan jujur, Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada kita...tetapi kita nie manusia yang kekadang akan terbabas..tetapi penting utk berdoa supaya cepat mengambil pengajaran dan semat dalam minda sehingga mati..

Sesusah mana pun..tetapi rezeki tetap akan masuk...dan jangan mengeluh...

Kalau kamu jenis yang tak megeluh, orang sekeliling akan mengeluh..kekekekekeke.

salam..
 
nak jadi jutawan? ingat gi seminar tu dah boleh ker? tidak?

nak berjaya kena ada usaha dan rintangan yg perlu di atasi.

it's very basic. berniaga adalah kerja selesaikan masalah orang lain.

nak mudah lagi, it's marketing. pemasaran. atau memasarkan sesuatu produk. atau jual produk.

mudah jer kan.

jual jer la produk/perkhidmatan yg anda ada. Fikirkan jalan mcm mana nak bg semua orng dlm dunia ini tahu anda jual apa atau menyediakan perkhidmatan apa.

simple kan.

itulah rahsia jutawan bagi saya.
 
program "jutawan" yg ada dimesia rata2 lebih kepada program motivasi dan psiko peserta tidak lebih dari itu...menjanjikan bulan dan bintang...yg berjaya hanya sekumpulan kecil sahaja...sbnrnye yg kaya mereka yg kononnye ader rahsia alam yg boleh dikongsi bersama...

dan Dr.Mickey mouse bukan doktor tulen, kbykn nye doktor beli yg tidak diiktiraf dimesia mahupn didunia...

zaman skg ni byk fraud/kaki kencing...bhati2...bukan senang nak senang...solat jangan tinggal, amalkan solat dhuha setiap pagi dua rakaat, insyallah pintu rezeki akan dibuka seluas2nya...tidak kira bidang apa pn kita cari mkn, allah akan permudahkan rezeki kita...melimpah ruah...yg penting berkat...
 
kawan aku ade gak yg g
tp tengok camtu gak
 
Dr Azizan sendiri dah mengaku dalam seminarnya..."Kerja memotivasi manusia nie bukan kerja saya,gila ke apa nak ubah diri manusia 360 darjah,dari gagal kepada berjaya,saya hanya boleh bantu sikit2,tapi nak berubah 360 darjah itu bermula dari diri sendiri dan dengan izin Allah jua"

Soalnya,ramai dari kita teruja dengan sesi motivasi yang diberikan,tapi motivasi akan tinggal motivasi jika diir sendiri tidak bergerak untuk menggapai atau meneroka peluang yang ada.

Kalau dilihat sekarang,business klon Cookies yang dijalankan,bersumberkan dari pengusaha asalnya,namun masih mendapat sambutan menggalakkan.Tak terfikir dek akal,bagaimana caranya dan bagaimana penerimaan masyarakat,tapi perniagaan masih boleh laku.Peluang dan ruang itu ada,tapi tak jumpa.Kawan2 lain bagaimana?
 
benda ni sama je mcm janji2 MLM..peluang,idea tu ada tp JALAN tu yg takde..modal kecik nak bisnes besar, nak bisnes tapi takde modal..

start niaga jual pisang goreng xnak..nak bisnes nak terus sewa kedai renovate belas2 ribu..kedai cantik no 1, signboard ada lampu lip lap no 2..sales no 5 haha
 
Back
Top
Log in Register