BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate PDPR online : Berkesan atau tidak? Jom undi

PDPR : Berkesan atau tidak

  • Berkesan 100%

  • Berkesan kurang 50%

  • Berkesan 1% sahaja

  • Tak Berkesan langsung

  • Neutral. Muhasabah diri dulu

  • Hanya 50% berkesan


Results are only viewable after voting.
Kembali kepada tajuk..ya sy bersetuju kelas pdpr berjaya...terutama kepada ibu bapa yang mampu untuk observe anak2 mereka ketika di dalam pembelajaran
 
Takde line

———
Ibu bapa kecewa anak tercicir PdPR

KULIM: Kira-kira 20,000 penduduk dari empat buah taman perumahan di Padang Serai di sini mendakwa anak mereka tercicir mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPR) berikutan masalah capaian internet yang lemah di kawasan tersebut.

Empat buah taman perumahan itu adalah Taman Lagenda, Taman Ria, Taman Seri Wangi dan Taman Mahsuri.

Seorang penduduk, Herman Mukhtar, 38, berkata, anaknya yang belajar di Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan (SK) Pinang Tunggal di sini sering tercicir dalam mengikuti PdPR kerana masalah capaian internet yang lemah di kawasan ini.

“Kebiasaannya anak saya mengikuti PdPR melalui aplikasi Google Meet, namun anak saya tidak dapat membuka aplikasi tersebut sehingga kelas secara online tamat disebabkan capaian internet yang lemah.

“Mujurlah pihak sekolah ada menyediakan modul subjek yang diajar oleh guru, maka bolehlah anak saya menyiapkan tugasan tersebut selepas itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Abdullah, 40, berkata, kebiasaannya liputan internet di kawasan perumahan itu agak lancar pada pukul 12 tengah malam hingga pukul 7 pagi sahaja.

Tambahnya, kebanyakan pelajar terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

“Masalah tersebut dipercayai berlaku berikutan kesesakan rangkaian telekomunikasi pada waktu siang terutama pada sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

Penduduk, Azahari Mahamad, 45, berkata, dia sebelum ini telah beberapa kali menukar talian telekomunikasi untuk mendapatkan liputan yang baik, namun masalah tersebut tetap sama sahaja.

Katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sepatutnya menaik taraf beberapa pencawang yang terdapat di sekitar Padang Serai memandangkan penduduk semakin padat.

“Difahamkan masalah tersebut telah dilaporkan kepada SKMM, namun masih tiada tindakan yang diambil,” katanya. – UTUSAN
 
Struggle is real

FB_IMG_1628112120117.jpg
 
Jarang saya share posting orang lain. Tapi untuk posting Mohammad Arif Kamarudin saya mesti share.

Inilah simbiosis dan makna sebenar PdPR.

Pertama, dalam PdPR, kehadiran (attendence) bukanlah keutamaan tetapi utamakan penglibatan (engagement) dalam pelbagai cara.

Kedua, inilah contoh seorang guru yang hebat. Mendahulukan kasih sayang pada murid dengan pujian dan sokongan dan bukannya dengan mencari kesalahan dan hukuman.

Ketiga, contoh seorang ayah yang baik bila sentiasa menyokong dan mahu ambil tahu pembelajaran anak-anak. (Asal bukan niat 'mengintai' cikgu Murni..hahaha 🙏)
.

Dari FB Anuar Ahmad

FB_IMG_1628132927415.jpg
 
Menteri sedih tragedi pelajar maut cari liputan internet

Tragedi yang menimpa seorang pelajar perempuan yang maut akibat dilanggar lari ketika sedang mencari liputan internet di Julau Isnin lalu, mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam satu kenyataan yang diterima di Sibu, beliau menyatakan kesedihannya dengan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 malam itu yang mengakibatkan kematian Kemalia Fran George, 17, selepas dilanggar sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

“Saya amat bersimpati dan ingin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang remaja perempuan yang meninggal dunia pada 2 Ogos 2021 akibat dilanggar lari ketika sedang mencari liputan internet di Jalan Julau-Nanga Entabai, Sarikei, Sarawak,” katanya.

Beliau berkata di kawasan kejadian, sebuah menara baru sedang dalam proses pembangunan oleh pihak Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang merupakan agensi utama untuk transformasi ekonomi digital yang mengawasi dan mengawal selia strategi dan inisiatif digital di Sarawak.

“Di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) pula, sebanyak 22 menara baru dijangka akan mula dibina di daerah Julau bermula pada akhir suku keempat 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir suku keempat 2022,” katanya.

Berhubung isu liputan internet di Julau, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Sarawak bagi memastikan isu liputan internet di kawasan berkenaan ditangani dengan secepat mungkin.

Menurut Saifuddin, sejumlah 12 menara komunikasi telah siap dibina di bawah dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) kelolaan MCMC dan beroperasi sepenuhnya di daerah Julau manakala dua lagi menara dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap pada suku pertama 2022.

Selain pembinaan menara komunikasi, kerja-kerja naik taraf rangkaian kepada 4G juga sedang dijalankan di 19 stesen pemancar di sekitar daerah Julau sehingga penghujung tahun ini termasuk Projek Jalur Lebar Melalui Satelit (Wifi VSAT) di 18 lokasi di sekitar daerah tersebut.

Projek itu dijangka mula dilaksanakan bermula September 2021 dan akan siap sepenuhnya pada Disember 2021.

Dalam kejadian pada kira-kira 9 malam itu, Kemalia sedang membonceng motosikal yang ditunggangi rakan lelakinya, Feisyia Erwin Jeffery, 20, dan dikatakan sedang mencari liputan internet bagi membuat kerja sekolahnya.

Mangsa yang merupakan pelajar SMK Julau kemudian dibawa bapanya ke Klinik Kesihatan Julau namun disahkan telah meninggal dunia manakala rakannya mengalami kecederaan ringan.

- Bernama
 
PDPR tak dapat nak ganti pembelajaran bersemuka...tu realiti...tapi berdasarkan keadaan sekarang...PDPR adalah langkah terbaik...cuma jika sudah capai 60 atau 75% vaksinasi...boleh dipertimbangkan untuk pembukaan sekolah la kot
 
aku kesiankan parent yg bekerja di luar rumah waktu PDPR berlangsung... xdpt bantu anak2 dr segi persiapan, bantu buat kerja rumah & benda2 hands on..

pljr sek rendah mmg perlu perhatian lebih dr ibubapa..tp ibu bapa keluar bekerja...nnti anak2 akan lost & x minat belajar sbb xde siapa nak guide..anak2 sek rendah ni xsemua phm teknikal komputer & perisian..
 
Back
Top
Log in Register