BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JelasBERITA: Yang mana lebih selamat - makanan dari dapur prasekolah atau hidangan khidmat katering?

adi19

Fun Poster
Messages
765
Joined
Oct 30, 2013
Messages
765
Reaction score
3
Points
25
screenshot-2025-09-25-081005.png

Pusat jagaan kanak-kanak. (Gambar fail: CNA/Chan Luo Er)

SINGAPURA: Kenaikan jumlah kes gastroenteritis dalam tempoh sebulan yang lalu membangkitkan semula kebimbangan terhadap amalan keselamatan makanan di prasekolah.

Ketiga-tiga pusat yang terjejas - E-Bridge Pre-School di Circuit Road, Mulberry Learning di Punggol, dan PCF Sparkletots di Mountbatten - menyediakan makanan sendiri di dapur prasekolah, yang menimbulkan tanda tanya sama ada dapur sedemikian atau khidmat katering menghidangkan makanan yang lebih selamat.

ADVERTISEMENT

Namun, para pakar keselamatan makanan memberitahu Mediacorp bahawa isu sebenar bukanlah di mana makanan itu disediakan, tetapi sejauh mana protokol kebersihan dipatuhi.

"Keselamatan makanan kurang bergantung kepada model dapur dan lebih kepada tahap kawalan yang dilaksanakan pada setiap langkah menyiapkan makanan, dan sejauh mana kawalan tersebut dikuatkuasakan secara konsisten," kata Encik Richard Ravel, perunding utama dari firma perunding keselamatan makanan Food Forward.

Dalam model dapur prasekolah, satu dapur khusus untuk satu prasekolah sahaja, bermakna isu lebih terkawal jika berlaku masalah. Sekalipun demikian, Encik Ravel menyatakan bahawa dengan banyak sekolah mengendalikan dapur mereka sendiri, risikonya berganda disebabkan oleh perbezaan pada amalan dan pengawasan.

Katering dari sumber luar pula bermakna satu dapur mungkin menawarkan khidmat kepada beberapa pusat prasekolah, yang berpotensi menjejas lebih ramai kanak-kanak jika berlaku kelemahan. Tetapi Encik Ravel berkata operasi sedemikian mungkin mendapat manfaat daripada kawalan yang lebih ketat dan proses yang lebih berstruktur.

TITIK KELEMAHAN DAN FAKTOR MANUSIA

ADVERTISEMENT

Pakar-pakar menunjukkan beberapa "titik kelemahan" yang berpotensi berlaku semasa menyediakan makanan - dari urusan penyimpanan hingga ke amalan pengendaliannya - tetapi bersetuju bahawa kelemahan utama tetap merupakan kesilapan manusia.

"Pencemaran silang (cross-contamination) adalah salah satu risiko terbesar di dapur yang lebih kecil, terutama sekali jika makanan mentah dan yang sudah masak dikendalikan bersebelahan satu sama lain," kata Dr Tan Sze Sze, pensyarah adjung di Akademi Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Encik Ravel bersetuju, sambil memberi amaran bahawa saiz dapur yang lebih kecil di Singapura boleh menjadikannya lebih sukar untuk mencegah pencemaran silang.

"Di Singapura, di mana ruang terhad dan mahal, kadangkala berlaku kesesakan di ruang simpanan atau kawasan kerja; sekali gus meningkatkan lagi risiko," katanya.

PEMANTAUAN BERTERUSAN

ADVERTISEMENT

Para pakar menekankan bahawa menjaga keselamatan makanan memerlukan lebih daripada sekadar kebersihan asas, tetapi juga latihan dan pemantauan berterusan.

Menurut Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA), semua individu yang mengendalikan atau membantu dalam proses penyediaan makanan mesti memiliki Sijil Kursus Asas Kebersihan Makanan atau Sijil Kursus Keselamatan Makanan Tahap 1 yang sah sebelum mula bekerja.

Mereka juga mesti menjalani latihan semula pada tahun kelima selepas pensijilan awal, dan seterusnya setiap 10 tahun.

ECDA juga menjalankan pemeriksaan mengejut di prasekolah sebagai sebahagian daripada rejim pelesenannya.

"Semasa lawatan ini, pegawai pelesenan kami akan, antara lain, memeriksa kemudahan dan peralatan prasekolah untuk memastikan ia mematuhi piawai kebersihan makanan, penyimpanan, dan penyediaannya," kata jurucakap ECDA.

 
1) kau masak sendiri paling selamat..
kau tau apa kau letak..kau bawa bekal..

masalahnya, xda masa nak masak..

2) dh tu upah la maid yang kau verify kata cermat memasak..suruh dia sediakan bekal..

ala xda duit nak upah maid..

3) Kau makan je pe yg ada.. semua benda nk complaint..

:ROFLMAO:

Benda ni ada step nya.. Klo x mampu, buat cara x mampu.. Gov pun x mampu nk subsidi semua benda..

Kecuaian manusia dlm menyediakan makanan sentiasa ada.. Ambil spe pun sama je..

Dah tu mcm mana nk minimumkan kecuaian ?

Dengan tambah staff monitoring.. Kau hire Dietitians, Nutritionist, QS..

Tengok dkt jepun.. ada Dietitians..


Semua ni ada duit, boleh sembang..
 
Back
Top
Log in Register