BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate PDPR online : Berkesan atau tidak? Jom undi

PDPR : Berkesan atau tidak

  • Berkesan 100%

  • Berkesan kurang 50%

  • Berkesan 1% sahaja

  • Tak Berkesan langsung

  • Neutral. Muhasabah diri dulu

  • Hanya 50% berkesan


Results are only viewable after voting.
Banyak faktor yang perlu diperhalusi namun PDPR tu pilihan yang terbaik setakat ini.
Nak kena tengok liputan internet, peranan guru dan ibu bapa dlm pdpr, kemampuan guru dan ibu bapa pun kena tengok juga.

Ada parent yang ada anak 3 orang yang bersekolah, namun ada satu je gajet untuk dikongsi.
Ada juga parent yang bekerja, jadi tiada yang memantau atau membantu anak-anak dia belajar.

Pada pihak guru pula, dia pun ada anak yang nak dikejarkan pdpr dengan guru yg lain, pada masa sama dia pun nak kena mengajar atau sedia kan bahan untuk mengajar.
masalah besar pd aku adelah pemantauan dr parent...xsemua dpt ngadap anak2..sbb waktu pdpr adelah waktu kerja mereka jgk...

anak2 mmg cpt lost...
 
kawan setuju PDPR ni bebanan pada parent yg terpaksa kerja di pejabat...cuma pilihan terbaik buat masa ni adalah PDPR...bersemuka ni risiko tinggi...cuma cikgu2 perlu sesuaikan juga kaedah dengan situasi...dah setahun lebih kita hadapi pandemik...dan kita dapat tgk ramai cikgu2 yg kreatif dan berdedikasi...cuma tak semua sekolah ada cikgu2 mcm tu...
 
Pelan kecemasan jika wabak menular di sekolah

Dr Radzi (dua kiri) diiringi Guru Besar SK Haji Nyak Gam, Mohd Rosli Hassan (empat kiri) meninjau keadaan sekolah yang terjejas berikutan kejadian kepala air Gunung Jerai, di Yan, hari ini. - Foto NSTP/

LUQMAN HAKIM ZUBIR


YAN: Kementerian Pendidikan menyediakan pelan kecemasan jika berlaku penularan wabak COVID-19 di sekolah, selepas pembelajaran bersemuka dimulakan bulan depan.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pelan itu membabitkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang dirangka bersama-sama pakar Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, sekolah juga tidak akan dibuka secara serentak mulai 3 Oktober, sebaliknya secara berperingkat-peringkat.

Katanya, pegawai Kementerian Pendidikan juga dalam proses mendapat pandangan pihak berkepentingan di seluruh negara dan memberi taklimat kepada guru serta pentadbir sekolah.

"Kita sedang mengadakan sesi libat urus. Apabila selesai, kita akan duduk balik dengan Kementerian Kesihatan berdasarkan pandangan dan input yang kita terima. Daripada situ, kita umumkan apa kaedahnya.

"Sekolah tidak akan dibuka serentak. Ia dibuka secara berperingkat atau fasa yang kita aturkan.

"Kita akan menjelaskan satu persatu. Ini satu pelan yang komprehensif, termasuk SOP baharu akan dilaksana.

"Kita juga ada pelan alternatif, sekiranya berlaku penularan COVID-19 di sekolah. Ia akan dijelaskan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat kerja baik-pulih ke Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak , Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.
 
Sekolah dibuka semula: Sistem bersemuka paling baik

Sekolah dibuka semula: Sistem bersemuka paling baik
SHAH ALAM: Pelajar yang terperap di rumah dan tidak ke sekolah dalam tempoh yang panjang boleh memberi kesan kepada perkembangan mental dan fizikal mereka.

Pakar pendidikan, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, pelajar bukan saja terpaksa belajar dalam keadaan terbatas, bahkan mereka tidak dapat bersosial yang secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal mereka.


“Cara belajar secara bersemuka itu adalah kaedah paling terbaik dalam sistem pendidikan mana-mana negara sekali pun.

“Menerusi pembelajaran secara bersemuka ini, ia memudahkan pemahaman pelajar dan murid terhadap topik yang diajar.

“Pada masa sama, mereka juga dapat bersosial dengan rakan-rakan, guru dan orang sekeliling,” katanya.

Sehubungan itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, pembukaan semula sekolah bermula 3 Oktober depan ibarat memberi nafas baharu kepada pelajar dan murid yang sudah sekian lama mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Mereka sudah lama belajar di rumah dan tidak dapat bersosial, jadi dengan pembukaan sekolah ini, mereka dapat belajar dan bergaul semula seperti biasa dengan rakan-rakan sekelas, rakan sekolah, guru-guru dan mereka di sekeliling.

“Perkara yang paling penting adalah pelajar dan murid perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan ia perlu dipantau secara ketat oleh pihak sekolah dan ibu bapa.

“Dengan penularan varian baharu yang lebih ganas seperti Delta, penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua meter perlu menjadi amalan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Bahasa dan Komunikasi, Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Che Hasniza Che Noh berkata, pembukaan sekolah wajar kerana untuk memastikan proses pendidikan lebih berkesan terutama kepada pelajar di bawah 18 tahun.

“Pendidikan dan kesihatan adalah perkara paling utama kepada negara kerana pendidikan itulah yang akan membentuk generasi akan datang.

“Proses pendidikan pula hanya berkesan apabila dilakukan secara bersemuka kerana guru adalah pendidik atau mentor yang boleh dijadikan contoh kepada pelajar dan murid.

“Jadi, sama ada mahu atau tidak, usaha untuk belajar secara bersemuka harus ada bagi mengimbangi keperluan jasmani dan rohani pelajar serta murid itu sendiri,” katanya.

Percepat vaksin pelajar

Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berpendapat, sebagai persediaan pembukaan semula sekolah pemberian vaksin kepada pelajar seeloknya dipercepatkan.

“Sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah bersedia dan keputusan kajian tentangnya telah diperoleh, sebaiknya vaksin kepada pelajar diberikan sekarang.

“Sekurang-kurangnya ibu bapa akan rasa tenang dan tidak susah hati untuk membenarkan anak-anak ke sekolah semula,” katanya.

Katanya, pihak sekolah dan pengendali juga perlu memastikan pelajar mematuhi SOP terutamanya ketika berada di dalam bas sekolah.

“Pastikan pelajar mematuhi jarak fizikal ketika berada di dalam bas, selain bas juga perlu dinyahjangkit sekerap yang mungkin,” katanya.

Pada 3 September lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.

Katanya, keputusan membuka sesi sekolah itu dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Artikel asal di Sinar Harian
 
Pdpr ni hanya keluarga yg bernasib baik aje lah,mana prarent yg sibuk tu kesian anak2,
 
PDPR ni bukan setakat student yg stress, tapi mak bapak pun stress jugak. Macam isteri sebagai cikgu nak kena ajar anak org lain online walaupun tak sampai separuh yg masuk kelas online. Anak sendiri nak kena tengok jugak. Mujur ada 2 laptop...boleh lagi lah untuk PDPR mak di ruang tamu, anak di dapur belajar PDPR.
Anak keluarga yg kurang mampu, terpaksa tunggu mak ayah balik kerja baru PDPR. Musim covid ni tempat jagaan anak-anak pun tak berapa nak terima terutama bila batuk2, selsema. Mak ayah berkerja terpaksa redha tinggalkan anak2 kat rumah. Bagusnya sekarang dengan teknologi cctv boleh pantau anak buat apa di rumah.
Ok untuk pelajar universiti yg dah cukup vaksin, ada subjek tertentu yg memang kena balik kampus jugak. Kalau tidak mmg hanyut, lepas tu isi borang tarik diri.
 
x setuju sangat..akan ada pelajar ke arah tidak berdisiplin..
 
x setuju sangat..akan ada pelajar ke arah tidak berdisiplin..
Betul ni aku setuju akan wujud masalah disiplin.

Ramai sebenarnya yg tak datang kuliah bila belajar online ni.
Antara faktor yg pelajar bagitau kenapa tak datang kuliah:-
i. Diorang sibuk main game sampai 3-4 pagi. Jadi kelas jam 8.00 pagi plg ramai yg tak datang. Kalau datang pun masuk selepas 20-30 minit dari masa yg sepatutnya. Ada pensyarah yg buat syarat bagi isi borang kehadiran 15 minit je. Ada yg masuk kelas kendian tidur, sampai lecturer tanya pun tak sedar.
ii. Pelajar stress, tertekan, assingment individu lambat hantar, yg group pun tak bagi sumbangan.
iii. Pelajar dah sedap cari duit, buat grab, food panda pada hari kuliah.....ada yg terpaksa nak tanggung mak ayah yg tiada pendapatan masa PKP. Tapi ada jugak yg nak pakai duit nak beli benda macam2.
iv. Pelajar tak ambik PTPTN sebab mak ayah tak bagi. Last yuran tak bayar, kelas pun tak masuk....dlm kepala nak berhenti belajar je.

Pelajar mmg tak keluar bilik....mak ayah pun percaya anak tgh belajar..bila dpt surat dari IPT baru terkejut...rupanya anak tak masuk kelas pun.

Tinggi sebenarnya kes disiplin bila online ni. Masing-masing kena main peranan termasuklah KPT, mak bapa dan student sendiri.
 
Back
Top
Log in Register