BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate Program jenis cmna YB kita perlu jalankan di kawasan dorg

Kapal Terbang Kertas

Fun Poster
Messages
578
Joined
Jun 25, 2013
Messages
578
Reaction score
41
Points
20
Salam

Seperti tajuk, mari kita bincangkan.
Sebagai rakyat marhaen, program cmana sbnrnya yg rakyat suka di sesuatu kawasan.
 
pendapat sy, rakyat just nak tgk yb2 ni slalu turun padang jer, tak perlu program2, program2 ni byk guna duit. Contoh luar, sy amik gabenor Ganjar pranowo, Cak Thoriq....pendekatan beliau guna saluran media sosial menyelesaikan masalah dan bertemu rakyat. Dari org yg tak kenal, jadi kenal. Suruh yb2 yg tuan kenal tuh tgk video azfar badrul (contoh dlm Malaysia), semoga byk idea leh buat untuk mewakili rakyat di tempat masing2. Mana tau, dri video2 atau media sosial ni, dpt menjana pendapatan yg boleh disalur kepada kawasan2 YB tersebut tanpa guna dana rakyat.

Dekat dgn rakyat secara spontan tanpa banner/iklan.

Kesimpulan dri ayat diatas, Prihatin kpd rakyat yang mewakilkan anda. Rakyat pasti suka......
 
terima kasih atas pandangan

'menyelesaikan masalah dan bertemu rakyat'

part menyelesaikan masalah tu sgt memerlukan duit dan akan ada bias atau perpektif negetif..kecuali masalah setempat mcm banjir dll..
berbeza dgn program, ia akan cover sluruh kawasan ...smua org blh join.

youtube chnnel tu sgt mnarik..
 
Salam

Seperti tajuk, mari kita bincangkan.
Sebagai rakyat marhaen, program cmana sbnrnya yg rakyat suka di sesuatu kawasan.

Saya cadangkan setiap Dun tubuhkan team Research & Development ikut trending semasa macam mana nak monetisekan sumber yang ada di kawasan masing2.. Team ni kena partner dengan university dan agensi2 yang expertise dalam bidang masing2 dan ambil thesis2 budak uni, cuba applykan di dun masing2.. kesian pelajar uni letih2 buat thesis tapi x apply in reality life pon.. amatlah rugi

cuba melawat korea selatan setiap daerah ada perusahaan dan tempat pelancongan yang menarik dan mereka utilise sepenuhnya sumber yang ada.. saya ada terbaca di mana thesis budak2 university mereka guna dan apply in real life..

contoh research in gaharu produce minyak wangi cara cepat, long lasting bau dan etc..

kat malaysia dah implement cuma bukan 100%. saya geram tengok development di kelantan very slow even kat kelantan kaya dengan pelbagai sumber mineral seperti emas etc..

Dan satu lagi cuba buat program "how to catch a fish" (perumpamaan) .. seperti yang selalu kita dengar jangan bagi ikan tapi bagi pancing supaya rakyat belajar skill lifelong learning..

Gambar kat bawah ni saya sempat join program rakyat percuma bagi saya bagi manfaat kat rakyat.. "How to catch a fish" ..

CCI27122019.jpg

CCI27122019_0001.jpg

CCI27122019_0002.jpg

Disclaimer: Saya tak mewakili mana-mana parti politik.
 
Program menjana ekonomi, minda dan sosial.....tu penting......khidmat bantuan bila memerlukan.......jgn ajar bg ikan tp bg pancing......mslh setempat yb kena cepat ambik tindakan, contoh mcm air, jalan raya.....program klau gah ja tp sia2 xguna......nak lg cantik.....pusat khidmat yb turun padang bkn rakyat yg kena cari yb utk minta bantuan........
 
bykkn aktiviti utk bantu rakyat, contoh:

1. bantuan back to school utk ahli2 parti ppbm
2. program berkhatan percuma khas utk anak dan cucu ahli amanah

ni contoh je, byk lg aktiviti seumpama ini boleh dibuat
 
hahahahaa....adehhhh....buka cg dgn senyuman ini kali. :(paid
 
Dalam perjalanan inilah Husam bercerita akan keistimewaan dan rahsia ubi Cilembu yang ditanam di kampung itu. Menurutnya, faktor ubi di sini enak dan rasanya manis ialah kerana di bumi Cilembu itu terdapat dua jenis bakteria, Rhizosfer dan Endofit. Dua bakteria ini hanya ada dalam tanah di Cilembu. Bakteria ini mengeluarkan elemen khas menjadikan ubi menjadi manis dan bermadu serta menjadi daya penyuburan.

Keistimewaan ubi Cilembu dan kewujudan bakteria rahmat itu tidak pun disedari oleh para petani disitu. Begitu juga ia tidak terkesan oleh pegawai pertanian. Ia disedari dua tahun lepas apabila seorang mahasiswa kesarjanaan Institut Teknologi Bandung (ITB) Agustina Monalisa yang membuat kajian untuk sarjananya berhubung perkara itu menemui rahsia kewujudan bakteria berkenaan.

Sejak penemuan bakteria itu menyebabkan ubi Cilembu jadi popular dan menjadi kegemaran ramai. Ia ditambah pula dengan beberapa kelebihan ubi berkenaan yang mana dapat bantu mengurangkan pelbagai penyakit kronik seperti jantung serta bertindak menjadi menguatkan ketahanan diri dan juga awet muda. Ubi ini juga tidak membahaya kepada pengidap kencing manis dan baik untuk jantung disamping menjadi pengekang kanser.

Contoh yb husam musa hujung tahun lepas beliau pergi bercuti sambil belajar di indonesia. we need more people like him..

lihat bagaimana hubungkait kajian student indonesia dgn ekonomi penduduk setempat..

Sumber bacaan lanjut: http://msomelayu.blogspot.com/2020/01/memburu-rhizosfer-dan-endofit-di-jawa.html?m=1
 
Back
Top
Log in Register