BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Melayu perlukan reformasi minda

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Melayu perlukan reformasi minda

Sejak puluhan tahun lalu, golongan bijak pandai Melayu sedar akan masalah bangsa Melayu ketinggalan dalam ekonomi dan pendidikan. – mingguan/FAISOL MUSTAFA

Sepanjang zaman, tesis utama yang digunakan untuk menjawab kepada persoalan mengapa bumiputera dan khususnya orang Melayu sentiasa ketinggalan dalam penguasaan ekonomi dan pendidikan adalah faktor sikap dan minda bangsa Melayu itu sendiri.

Seringkali penelitian tentang isu kemunduran bangsa Melayu dikaitkan dengan sikap yang mudah selesa dengan apa yang ada. Malah ada pandangan yang lebih ekstrem mengaitkan bangsa Melayu dengan sikap malas, bangsa yang tidak mempunyai budaya kerja yang kuat dan ketekunan belajar yang tinggi.

Penulis tidak bersetuju dengan pandangan ekstrem begini. Tentulah pandangan sebegitu tidak mewakili keseluruhan sikap orang Melayu kerana terbukti ada ramai dalam kalangan Melayutelah pun berjaya dalam sektor ekonomi dan cemerlang dalam pendidikan.

Tetapi secara umumnya, kita juga tidak dapat menolak data-data rasmi yang membuktikan terdapat sebahagian besar orang Melayu yang masih jauh ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di negara ini. Jika dibandingkan jenis pekerjaan berkemahiran tinggi seperti doktor, jurutera, peguam, akauntan atau ahli farmasi jelas nisbah orang Melayu masih di belakang bangsa lain.

Bagi menguruskan sikap ‘kemunduran’ bangsa Melayu ini, pelbagai ikhtiar, inisiatif, bantuan, dan gagasan dilakukan. Malangnya, kita tidak boleh nafikan kemajuan bangsa Melayu masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain. Kita mungkin tidak suka dengan kenyataan ini tetapi itulah realiti berdasarkan data-data rasmi yang ada.

Sejak puluhan tahun lalu, golongan bijak pandai dalam kalangan Melayu sudah pun sedar akan masalah bangsa Melayu yang ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Bagi menguruskan masalah ini, sejak awal abad ke-20 lagi, para ulama Melayu memainkan peranan untuk menyedarkan orang Melayu tentang sikap mereka.

Banyak saranan dan peringatan diberikan oleh para ilmuwan melalui penerbitan berbagai surat khabar dan majalah yang cuba menggerakkan reformasi minda orang Melayu. Misalnya, antara majalah terpenting al-Imam yang mula diterbitkan pada 1906 di Singapura.

Pengasas majalah al-Imam, Syed Mohamad Salim al-Khalali pernah menjelaskan tujuan al Imam diterbitkan adalah untuk membangunkan bangsa Melayu dari lena dan kemalasan.

Tokoh lain yang aktif menulis tentang sikap orang Melayu di dalam majalah al Imam ialah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Mohamad Aqil dan Sheikh Abbas Taha. Ramai pengkaji bersetuju majalah al-Imam adalah antara risalah terawal yang cuba membawa agenda pembaharuan kepada pemikiran rakyat Melayu.

Di era sebelum merdeka, kita berpeluang membaca tulisan kritikan Pendeta Za’ba tentang sikap ‘kemalasan’ bangsa Melayu. Antara tulisan beliau yang secara terbuka mengkritik sikap dan minda orang Melayu adalah buku berjudul Asohan Budi dan Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri.

Pada Pendeta Za’ba, masalah kemunduran orang Melayu sangat terkait dengan sikap dan perangai dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Za’ba juga berpandangan orang Melayu ‘miskin cita-cita’ untuk maju dan paling dibimbangi ‘miskin agama’ yang disifatkannya bahawa orang Melayu semakin jauh daripada ajaran Islam kerana kepercayaan tradisional dan khurafat. Pendeta Za’ba melihat situasi kemiskinan dalam kalangan orang Melayu berpunca daripada beberapa faktor.

Pertama, pada pandangan Za’ba, sebahagian besar orang Melayu masih tiada iltizam untuk maju kerana negara ini subur menyebabkan sumber makanan senang didapati, jadi orang Melayu tidak perlu bersusah-payah mencarinya.

Kedua, faktor orang Melayu yang masih mengharapkan bantuan orang lain khususnya kerajaan dan tidak seperti bangsa lain berusaha atas kebolehan sendiri. Ketiga, sikap golongan muda yang tidak belajar bersungguh-sungguh untuk memajukan pengetahuan mereka, dan yang kelima, masih kuat dengan kepercayaan tahyul seperti hantu dan mistik.

Di era 1980-an, kita berpeluang pula membaca tulisan mengkritik sikap orang Melayu dari pemikir besar seperti Profesor Diraja Ungku Aziz dan Profesor Dr. Syed Hussein Al Attas. Mereka aktif menulis tentang kemunduran Melayu di dalam penguasaan ekonomi dan pendidikan. Kita juga tentunya pernah mendengar tentang pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam bukunya Dilema Melayu yang begitu keras mengkritik sikap malas orang Melayu di era 1970-an.

Persoalannya mengapakah walaupun sebegitu lama menyedari tentang sikap bangsanya, sehingga ke hari ini sebahagian besar orang Melayu masih juga ketinggalan dalam pendidikan dan ekonomi? Data-data pendidikan misalnya mengesahkan rata-rata pencapaian kanak-kanak Melayu bumiputera masih lemah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Data PISA 2022 menunjukkan pencapaian murid luar bandar (rata-ratanya dari keluarga Melayu bumiputera) masih rendah berbanding pencapaian matematik dan sains murid-murid yang bersekolah di bandar besar. Isu ponteng sekolah, keciciran pembelajaran juga masih terbelenggu dalam kalangan murid-murid bumiputera.

Kita juga dapati daripada laporan Perangkaan Malaysia pendapatan dalam kalangan Melayu bumiputera terendah berbanding kumpulan etnik Cina dan India. Misalnya, data perangkaan 2022 menunjukkan pendapatan penengah bumiputera RM5,248 berbanding pendapatan penengah etnik Cina yang mencecah RM7,391. Begitu juga dengan penguasaan ekuiti bumiputera hanya sekitar 18 peratus pada 2020, masih jauh di bawah sasaran 30 peratus ekuiti yang dihasratkan di dalam Dasar Ekonomi Baru.

Kajian terkini berkaitan pencapaian ekonomi dan pendidikan bumiputera yang dijalankan oleh Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM) juga membuktikan kemunduran Melayu bumiputera dalam sektor ekonomi dan pendidikan sangat dipengaruhi oleh sikap orang Melayu itu sendiri.

Kajian yang dijalankan kepada lebih 8,000 responden berbangsa Melayu, seterusnya diikuti 15 sesi libat urus dan temu bual dengan lebih 500 bumiputera Melayu di seluruh negara mengukuhkan lagi tesis kemunduran Melayu adalah kerana sikap sendiri.

Bayangkan, sudah lebih 120 tahun sejak majalah al-Imam diterbitkan pada 1906, permasalahan kemunduran bangsa Melayu kekal dipengaruhi oleh sikap Melayu itu sendiri. Selama tempoh itu, faktor sikap dan perangai terus menjadi sebab utama kemunduran.

Moralnya, jika pihak kerajaan beriltizam mahu memajukan bangsa Melayu bumiputera, pertamanya lakukan dahulu reformasi sikap dan minda orang Melayu supaya mereka lebih bersedia menerima perubahan untuk maju ke hadapan.

Dr. Anuar Ahmad ialah Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM)

Nak maju kena rujuk kitab2 yahudi dan nasrani..
Sebab diorang tgh karang, mereka mendahului kitab kemajuan..

Orang Islam ? dh x karang kitab kemajuan..
Kita statik.. klo ada pun.. Kita kena rujuk kitab yahudi dan nasrani lepas tu olah semula..

Bila dh olah, akan nmpk kepincangan ilmu..

Sebab tu orang melayu islam jdi mcm xleh move fwd..

---

Kisahnya orang melayu islam diberi pilihan utk rujuk kitab yahudi dan nasrani dan terima dgn hati terbuka ? atau duduk statik dgn kitab2 agama ulama2 dahulu.. Kemudian "kami" akan label korang "kolot/pemalas"

Kebanyakkan pemikir2 melayu islam yg liberal diorang akan move fwd.. ambil kitab yahudi dan nasrani..ada yg olah semula, kemudian cium tgn puak2 yahudi dan nasrani.. Mereka ni bakal jdi "Budak Suruhan"..

Jadi tinggal lah pemikir2 melayu yg "kolot" akan statik dgn kitab2 agama, dgn ikut cara ulama2 dlu..

Penggunaan bahasa "kolot" mmg akan nmpk jelas dari sudut pandangan mata.. Klo korang tgk.. Mmg akan nmpk "kolot".. tp bila kita tgk dgn hati.. akan nmpk kehebatan diorang..

Begitulah secara ringkas knpa orang melayu x all out.. Kerana pemikiran orang melayu islam terbahagi kpd 2 cabang..

---

Aku boleh cadang, klo kita nak move fwd.. Kena implement kaedah islam secara menyeluruh..

Baru pemikir2 melayu islam yg statik boleh keluar untuk bantu negara.. Cuma nnt akan ada penentangan dari pemikir2 melayu islam liberal..

Cakap itu x boleh, ini x boleh..
Akan menyebabkan Negara Rosak..
Banyak la alasan lain2 tu..

Mmg logik sgt negara akan rosak..

Aku bg analogi, kau dh mandi dgn taik, lepas tu bila kau nk kluar dari lumpur taik.. akan rasa sayang nk keluar bg bersih.. Biar je lah dlm keadaan lumpur.. Hidup lebih tenang sambil2 bau taik..:p

Aku ckp mcm ni sbb aku pun ngaji kitab2 puak yahudi dan nasrani dari sudut kemajuan teknologi.. So aku tahu nikmat duduk dalam lumpur taik.. Bila spe2 suruh keluar gi cuci.. Rasa sayang..

---

So reformasi minda apa yg kita nk skrng ni ?

Terjun dlm lumpur taik lagi dalam atau gi cuci bersihkan diri..

Kemudian mula kan pemikiran mengikut cara islam anjurkan ?

Yer korang tentukan sendiri..
Aku pun xleh ckp bnyk sgt.. sbb tgh duduk dalam lumpur taik.. (anologi) :ROFLMAO:

*aku kena tambah skit, akan ada orang cakap kita kena ambil kitab yahudi dan kitab islam kemudian sesuaikan dgn zaman.. Baru betul..

Yer Nabi pesan lama dh, kamu akan ikut diorang sejengkal sehasta.. begitulah.. (refer hadis nabi)

Sebab tu ada ketikanya pemikir melayu islam yg liberal dia akan stop bila dia sedar (dpt hidayah), kemudian akan statik kan diri.. Kita akan lose kebolehan mereka sbgi pemikir..

72993.jpg

Jika dilihat pada huraian Imam Nawawi, merujuk kpd benda2 maksiat..

Tp aku berpandangan, ilmu2 kitab2 puak yahudi dan nasrani menyebabkan kita orang islam mudah utk ikut cara mereka.. Kemudian kita start ikut cara mereka berfikir.. Gaya hidup mereka.. Solusi mereka..

Sikit sebanyak kita akan ada jurang antara apa yg islam tekankan vs apa yg yahudi nasrani anjurkan..

So bertepatan dgn istilah "sejengkal demi sejengkal, dan sehasta demi sehasta"

Btw screenshot hadis ambil dari website mufti..
 
Last edited:
Melayu perlukan reformasi minda

Sejak puluhan tahun lalu, golongan bijak pandai Melayu sedar akan masalah bangsa Melayu ketinggalan dalam ekonomi dan pendidikan. – mingguan/FAISOL MUSTAFA

Sepanjang zaman, tesis utama yang digunakan untuk menjawab kepada persoalan mengapa bumiputera dan khususnya orang Melayu sentiasa ketinggalan dalam penguasaan ekonomi dan pendidikan adalah faktor sikap dan minda bangsa Melayu itu sendiri.

Seringkali penelitian tentang isu kemunduran bangsa Melayu dikaitkan dengan sikap yang mudah selesa dengan apa yang ada. Malah ada pandangan yang lebih ekstrem mengaitkan bangsa Melayu dengan sikap malas, bangsa yang tidak mempunyai budaya kerja yang kuat dan ketekunan belajar yang tinggi.

Penulis tidak bersetuju dengan pandangan ekstrem begini. Tentulah pandangan sebegitu tidak mewakili keseluruhan sikap orang Melayu kerana terbukti ada ramai dalam kalangan Melayutelah pun berjaya dalam sektor ekonomi dan cemerlang dalam pendidikan.

Tetapi secara umumnya, kita juga tidak dapat menolak data-data rasmi yang membuktikan terdapat sebahagian besar orang Melayu yang masih jauh ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di negara ini. Jika dibandingkan jenis pekerjaan berkemahiran tinggi seperti doktor, jurutera, peguam, akauntan atau ahli farmasi jelas nisbah orang Melayu masih di belakang bangsa lain.

Bagi menguruskan sikap ‘kemunduran’ bangsa Melayu ini, pelbagai ikhtiar, inisiatif, bantuan, dan gagasan dilakukan. Malangnya, kita tidak boleh nafikan kemajuan bangsa Melayu masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain. Kita mungkin tidak suka dengan kenyataan ini tetapi itulah realiti berdasarkan data-data rasmi yang ada.

Sejak puluhan tahun lalu, golongan bijak pandai dalam kalangan Melayu sudah pun sedar akan masalah bangsa Melayu yang ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Bagi menguruskan masalah ini, sejak awal abad ke-20 lagi, para ulama Melayu memainkan peranan untuk menyedarkan orang Melayu tentang sikap mereka.

Banyak saranan dan peringatan diberikan oleh para ilmuwan melalui penerbitan berbagai surat khabar dan majalah yang cuba menggerakkan reformasi minda orang Melayu. Misalnya, antara majalah terpenting al-Imam yang mula diterbitkan pada 1906 di Singapura.

Pengasas majalah al-Imam, Syed Mohamad Salim al-Khalali pernah menjelaskan tujuan al Imam diterbitkan adalah untuk membangunkan bangsa Melayu dari lena dan kemalasan.

Tokoh lain yang aktif menulis tentang sikap orang Melayu di dalam majalah al Imam ialah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Mohamad Aqil dan Sheikh Abbas Taha. Ramai pengkaji bersetuju majalah al-Imam adalah antara risalah terawal yang cuba membawa agenda pembaharuan kepada pemikiran rakyat Melayu.

Di era sebelum merdeka, kita berpeluang membaca tulisan kritikan Pendeta Za’ba tentang sikap ‘kemalasan’ bangsa Melayu. Antara tulisan beliau yang secara terbuka mengkritik sikap dan minda orang Melayu adalah buku berjudul Asohan Budi dan Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri.

Pada Pendeta Za’ba, masalah kemunduran orang Melayu sangat terkait dengan sikap dan perangai dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Za’ba juga berpandangan orang Melayu ‘miskin cita-cita’ untuk maju dan paling dibimbangi ‘miskin agama’ yang disifatkannya bahawa orang Melayu semakin jauh daripada ajaran Islam kerana kepercayaan tradisional dan khurafat. Pendeta Za’ba melihat situasi kemiskinan dalam kalangan orang Melayu berpunca daripada beberapa faktor.

Pertama, pada pandangan Za’ba, sebahagian besar orang Melayu masih tiada iltizam untuk maju kerana negara ini subur menyebabkan sumber makanan senang didapati, jadi orang Melayu tidak perlu bersusah-payah mencarinya.

Kedua, faktor orang Melayu yang masih mengharapkan bantuan orang lain khususnya kerajaan dan tidak seperti bangsa lain berusaha atas kebolehan sendiri. Ketiga, sikap golongan muda yang tidak belajar bersungguh-sungguh untuk memajukan pengetahuan mereka, dan yang kelima, masih kuat dengan kepercayaan tahyul seperti hantu dan mistik.

Di era 1980-an, kita berpeluang pula membaca tulisan mengkritik sikap orang Melayu dari pemikir besar seperti Profesor Diraja Ungku Aziz dan Profesor Dr. Syed Hussein Al Attas. Mereka aktif menulis tentang kemunduran Melayu di dalam penguasaan ekonomi dan pendidikan. Kita juga tentunya pernah mendengar tentang pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam bukunya Dilema Melayu yang begitu keras mengkritik sikap malas orang Melayu di era 1970-an.

Persoalannya mengapakah walaupun sebegitu lama menyedari tentang sikap bangsanya, sehingga ke hari ini sebahagian besar orang Melayu masih juga ketinggalan dalam pendidikan dan ekonomi? Data-data pendidikan misalnya mengesahkan rata-rata pencapaian kanak-kanak Melayu bumiputera masih lemah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Data PISA 2022 menunjukkan pencapaian murid luar bandar (rata-ratanya dari keluarga Melayu bumiputera) masih rendah berbanding pencapaian matematik dan sains murid-murid yang bersekolah di bandar besar. Isu ponteng sekolah, keciciran pembelajaran juga masih terbelenggu dalam kalangan murid-murid bumiputera.

Kita juga dapati daripada laporan Perangkaan Malaysia pendapatan dalam kalangan Melayu bumiputera terendah berbanding kumpulan etnik Cina dan India. Misalnya, data perangkaan 2022 menunjukkan pendapatan penengah bumiputera RM5,248 berbanding pendapatan penengah etnik Cina yang mencecah RM7,391. Begitu juga dengan penguasaan ekuiti bumiputera hanya sekitar 18 peratus pada 2020, masih jauh di bawah sasaran 30 peratus ekuiti yang dihasratkan di dalam Dasar Ekonomi Baru.

Kajian terkini berkaitan pencapaian ekonomi dan pendidikan bumiputera yang dijalankan oleh Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM) juga membuktikan kemunduran Melayu bumiputera dalam sektor ekonomi dan pendidikan sangat dipengaruhi oleh sikap orang Melayu itu sendiri.

Kajian yang dijalankan kepada lebih 8,000 responden berbangsa Melayu, seterusnya diikuti 15 sesi libat urus dan temu bual dengan lebih 500 bumiputera Melayu di seluruh negara mengukuhkan lagi tesis kemunduran Melayu adalah kerana sikap sendiri.

Bayangkan, sudah lebih 120 tahun sejak majalah al-Imam diterbitkan pada 1906, permasalahan kemunduran bangsa Melayu kekal dipengaruhi oleh sikap Melayu itu sendiri. Selama tempoh itu, faktor sikap dan perangai terus menjadi sebab utama kemunduran.

Moralnya, jika pihak kerajaan beriltizam mahu memajukan bangsa Melayu bumiputera, pertamanya lakukan dahulu reformasi sikap dan minda orang Melayu supaya mereka lebih bersedia menerima perubahan untuk maju ke hadapan.

Dr. Anuar Ahmad ialah Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM)

rangka utk memperkasa sesuatu bangsa itu intipatinya adalah pada rahsia dalam agama itu sendiri, kerana itu diutuskan nabi2 dan rosul2, dan kemudian ulama yg melahirkan taswuf sbg pati yg memenuhi segenap aspek sepertimana kegemilangan Melayu Islam Jawi 1000 tahun yg lalu seperti yg tercatat dalam sejarah lama...
 
Pertama, pada pandangan Za’ba, sebahagian besar orang Melayu masih tiada iltizam untuk maju kerana negara ini subur menyebabkan sumber makanan senang didapati, jadi orang Melayu tidak perlu bersusah-payah mencarinya.

Kedua, faktor orang Melayu yang masih mengharapkan bantuan orang lain khususnya kerajaan dan tidak seperti bangsa lain berusaha atas kebolehan sendiri

Ketiga, sikap golongan muda yang tidak belajar bersungguh-sungguh untuk memajukan pengetahuan mereka, dan

yang kelima, masih kuat dengan kepercayaan tahyul seperti hantu dan mistik

Tahayul kuat sgt
Sampai jd bahlol

Sbb tu mona fendi sanggup berenti jd artis
Jd bomoh lg laku 😅
 
thayol mistik ni bukan isu melayu saja, seluroh dunia dan boleh kata setiap bangsa ada mistik tersendiri
dan patot diri org tu kena tahu kebenaran, apa sejarah di dalam mistik itu sendiri sebenarnya
apa makna mistik, apa kebenaran dan keilmuan di sebalik misitik itu
 
So aku tambah input sikit..

Macam mana orang Melayu Islam Nak Berjaya ?

Bila kita dh nak start ubah dan implement model Negara Islam, Pendidikan Islam, Ekonomi Islam, Kehidupan Cara Islam, Undang² Islam, Kekuatan Tentera Islam..

Asasnya kita dh dpt hidayah..
kemudian kita nak lihat outcome dpt hasil hidayah ini..

Terlebih dahulu, kena mohon taufiq.. Supaya segala usaha kita yang ongoing untuk berubah.. Kita nak ianya terbit daripada keyakinan nya kita kepada Allah..

Ini adalah kunci kepada permasalahan apa yang kita sedang hadapi baik fokusnya kepada orang melayu islam itu sendiri maupun umat islam secara keseluruhan nya.. Bila kita sebut Usaha..Waima kita allout sekalipun, belum tentu menjadi..

Aku rujuk huraian mufti untuk kita faham sikit.. Kebiasaan nya kita selalu doa, ulang2 doa.. Tapi kita tak yakin.. Kita akan start persoal.. Boleh ke tak ni ?

568336t.jpg

Persoalan lain.. Boleh ke Berjaya ? Banyak Ilmu2 yang outdated daripada islam.. So bila kita tolak kitab2 Yahudi Nasrani ? Nak ubah kehidupan jdi 180° ? :ROFLMAO:

Boleh terima ke, Banyak benda dah terpesong jadi bila nak buat perubahan itu agak sulit..

Depend.. Pada cara kita memupuk keyakinan membina kekuatan islam itu sendiri dari dalam.. Sebab Allah tetap akan uji sama ada kita yakin sepenuhnya, atau sekadar iyakan je.. Akan ada tentangan2 yang menjurus kepada persoalan ekonomi, kekuatiran kepada harta dan nyawa.. Termasuk persoalan2 maslahah..

---

Kita kena tanya ulama2 melayu islam, Pemimpin2 melayu islam, kena tanya orang2 melayu islam yang nak berubah ?

Bersedia ke tak ? merefomasikan minda orang melayu islam mengikut agama ? Dengan tujuan mencapai kejayaan ?

---

Aku ada pendapat juga, kejayaan ni bukan bermaksud kita hidup kaya raya.. Tapi lebih kepada keseimbangan kehidupan di dunia.. Kita akan dapat dunia dan akhirat..
 
Semua bermula dengan iman dulu
Kuatkan dalaman
Baru boleh nak ubah kehidupan sikit-sikit untuk kembali kepada cara yang betul

Bab belajar daripada Yahudi dan Nasrani tu betul
Ini berkaitan teknologi lah
Tiada apa yang patut dirisaukan pun bila mana kita dah kuatkan dalaman
Ilmu tu boleh datang dari pelbagai sumber

Bila nak membangunkan kembali Islam amnya dan Melayu khususnya
Tentangan utama akan datang dari dalam diri dulu
Untuk berubah perlu keluar dari keadaan selesa sekarang
Kalau yang tu pun tak lepas
Jangan mengharapkan untuk lepas tentangan luaran pula

Aku nak bincang sikit pasal sistem..

Dimana kita rasa berat nak keluar dari sistem sedia ada.. Aku pun sehingga sekarang tak dapat nak keluarkan diri daripada sistem. Bila start nak langkah kaki kanan, kaki kiri keras tak dapat nak keluar.. bila nak keluar ada macam2 tentangan.. Yang mana kita akan sedar bukan mudah nak ubah mindset.. Pemikiran yang diasuh mengikut sistem dari kecil lagi..

Kita boleh cakap kena kuatkan iman.. Kena baiki diri dan sebagainya.. Tapi still duduk dalam sistem.. Dia mcm kau duduk dalam lubang biawak.. Lepas tu kau baiki diri kau dalam tu.. Kadang2 ada orang akan ckp, eh "Bukan kata nak panjat keluar ke ? masih disini bersama kami.. :D"

Bukan la nak kata salah duduk dlm sistem..

Tapi bila kita nak mulakan langkah itu.. Takda siapa nak sokong kita untuk bergerak.. Aku tengok ianya berdasarkan apa yang kita nak pilih.. Kemudian kita kena berserah..

Overall aku dapati, Allah tetap akan uji.. Tak kisah macam mana kita faham satu2 masalah.. Ujian nya itu menyebabkan kita boleh mengadu sahaja pada Allah.. Next step ? Kekal maintain dengan apa yang ada.. Manusia ni dia xleh claim dia beriman.. Selagi belum diuji..

Itu yang terjadi kepada manusia.. Lemah.. xde daya upaya.. Waima faham masalah.. Tp xleh keluar dari masalah..
 
Bila sebut sistem, ia merangkumi pelbagai rantaian
Dalam kehidupan kita ni memang banyak rantaian yang bermaksud kebergantungan sesuatu perkara dengan perkara lain

Nak keluar terus dari sistem sekarang tu memang tak dapatlah
Ambil masa untuk keluar dari kepompong
Kehidupan dah terikat dengan apa yang kita anuti sekian lama
Kena tolak semua memandangkan sebahagian besar yang ada kat dunia sekarang di kuasai bukan Islam

Berbalik kepada contoh dalam tangki najis
Kita tak boleh bersihkan diri selagi berada kat dalam tu
Nak tak nak kena keluar juga dari situ

Nak keluar tu la ujian nya datang dari pelbagai arah
Masa ni keimanan teruji
Sejauh mana kita yakin dengan Nya

Adakah kita yakin Allah akan bantu kita untuk hadap segala kemungkinan bila mana kita dah tak ikut sistem sedia ada
Akan dipulaukan
Hidup sendirian
Ini akan bermain di fikiran bila nak berubah
 
Back
Top
Log in Register