BTC USD 64,939.2 Gold USD 2,357.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail

Sponsored Post

TERKINI: Balu mangsa pokok tumbang akan terima faedah PERKESO sepanjang hayat - Menteri​

bhbalulah10_1715341659.jpg


SHAH ALAM: Waris keluarga kepada seorang lelaki yang maut dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur 7 Mei lalu, dikenal pasti layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata semakan Skuad PERKESO Prihatin mengesahkan bahawa Md Rizal Atan, 47, yang meninggal dunia ketika insiden itu, adalah pencarum bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 1 Januari 1995.

Chee Keong berkata, balu Allahyarham iaitu Norpahidah Mat Zaman, bakal menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM3,400 sepanjang hayat.

Manakala empat anaknya masing-masing berumur antara 3 hingga 18 tahun diberikan manfaat FOT sehingga berusia 21 tahun jika belum berkahwin dan boleh dilanjutkan sekiranya menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama.

"Sebagai pencarum, waris keluarganya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 secara sekali bayar oleh PERKESO menerusi Skim Bencana Pekerjaan bawah Akta 4," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chee Keong berkata, kesedaran majikan dalam melunaskan tanggungjawab untuk mencarum pekerjanya telah meringankan beban keluarga tersebut bagi melalui episod hitam tersebut menerusi perlindungan jaringan keselamatan sosial pemberian Perkeso menerusi sokongan kewangan.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, Md Rizal yang bekerja sebagai pemandu sejak 2018 meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sebuah hotel untuk menjemput tetamu syarikat majikannya akibat terlibat dalam insiden pokok tumbang. – BERNAMA

 

‘Doakan Allah hadiahkan saya kereta baru, ujian sebulan kahwin’​

WhatsApp-Image-2024-05-10-at-9.54.21-PM.jpeg


PETALING JAYA – Perkongsian pemandu e-hailing yang terlibat dalam insiden pokok tumbang di Jalan SultanI smail, Kuala Lumpur baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai di TikTok.

Hari ini, pemandu kereta Perodua Bezza berwarna merah, Abdul Hayyi Al Hakimi Nazli, 26, berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) keretanya ketika kejadian meragut satu nyawa itu.

Menerusi video terbabit, jelas kedengaran bunyi pokok besar berusia 50 tahun sebelum ia jatuh menghempap landasan monorel serta 18 kenderaan lain.

“Terima kasih atas doa semua. Doakan saya Allah hadiahkan saya kereta baharu ya. Ujian baru sebulan kahwin,” kongsinya menerusi hantaran di TikTok hari ini.

Lelaki itu bersama seorang penumpang wanita warga Sweden, 72, dilaporkan terselamat dan difahamkan wanita terbabit masih mendapatkan rawatan di hospital.

Orang ramai turut meluahkan rasa sebak lebih-lebih lagi Abdul Hayyi tidak putus-putus mengucapkan kalimah suci Allah ketika berdepan situasi getir itu.

Para pengikut juga sempat bertanya berkenaan rahsia doa serta amalan sehariannya kerana terselamat dalam kemalangan itu meskipun kereta dipandunya remuk teruk.

“Boleh tanya keluar rumah sebelum kejadian ada baca doa ke, krana berkat doa,” tanya Yusnida.

“Saya ada dengar ustaz cakap kalau kita terselamat dari kecelakaan, ia disebabkan doa ibu dan amalan sedekah kita,” kata Miey.

“Tak sangka nampak ‘slow’ je pokok tu tumbang tapi bila hempap kereta baru tahu sangat-sangat kuat. Semoga dipermudahkan,” kata Wiz Jannah.

“Aku tak boleh bayangkan jika ada anak bini dalam kereta. Semoga semua dimewahkan rezeki,” komen PokDik. – KOSMO! ONLINE.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register