BTC USD 64,795.0 Gold USD 2,356.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail

Sponsored Post

Kalau pokok tu dlm lot tanah Menara IMC tu mmg tanggung jawab owner Tanah lah. Kalau pokok dlm rizab Tanah milik kerajaan Baru la dbkl uruskan.

Pokok mempelam dlm Kawasan umah tumbang kene hempap kete jiran tak Kan owner kete Nak Saman pbt.
Kaki lima tu siapa punya?
 
Kaki lima tu siapa punya?
Cam tu kene tgk balik Geran lah..kaki Lima tu rizab Jalan bang.

Screenshot-2024-0508-150752.jpg
 
Last edited:
Zaliha pun nak backup DBKL. Dari semalam asyik kena balun je.
Takda masalah nak back up team sendiri..

Tapi agak2 la... statement " bukan dbkl punya tu " ignorance...

Petang orang tekorban malam cakap pokok bukan dbkl punya...cari la benda lain nak bagi statement pun...tai chi jugak yg priority...

Petang pokok tumbang malam " eh pokok tu bukan aku punya ok...so jangan kacau aku"
 
alamak... nampaknya jgn dkl gan kontraktor lantikan terlepas pandang sudah
Rasanya pokok tu masih dlm lot bangunan IMC Tower Mungkin dah berpuluh Tahun pokok tu dah hidup. Sblm bangunan tu wujud. Kalau tgk Kawasan dan pokok tu ad org selenggara.
 

'Saya lihat video tular seorang maut akibat pokok tumbang, rupanya abang saya'​





Kuala Lumpur: "Uda seorang yang baik, selalu ambil berat perihal kami lima beradik," kata Shahrizan Atan, adik bongsu kepada Allahyarham Md Rizal Atan, 47, mangsa yang maut dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, semalam.

Shahrizan, 38, berkata, abangnya yang mesra dipanggil Uda itu bukan saja disayangi adik-beradik dan ahli keluarga, mereka malah turut disenangi majikan serta rakan sekerjanya.

Menurutnya, dia ada melihat video tular memaparkan kejadian itu namun tidak menyangka lelaki yang maut berkenaan adalah abang kandungnya sendiri.

"Saya dapat maklumat daripada anak arwah petang semalam mengatakan ada polis datang ke kediaman mereka di Manjung, Perak tetapi tiada orang di rumah.

"Kemudian jiran di Manjung memaklumkan kepada anak arwah sebelum dia cuba menghubungi bapanya (mangsa) tetapi gagal lalu hubungi saya," katanya ketika ditemui di Forensik Hospital Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Katanya, ketika kejadian itu dia difahamkan mangsa sedang dalam perjalanan menjemput seorang tetamu di sekitar ibu negara menggunakan kereta syarikat.

"Pada waktu itu, jalan sangat sesak sebab hujan lebat. Selepas kemalangan, kami sekeluarga dan majikan cuba hubungi abang tetapi gagal.

"Majikan cakap, Uda tidak pernah lambat tetapi pada petang itu, semua orang tidak boleh telefon abang. Rupanya telefon arwah sudah pecah disebabkan kemalangan itu," katanya.

Menurutnya, Allahyarham anak ketiga daripada lima beradik meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia antara 19 hingga 5 tahun.

Katanya, abangnya itu juga sangat mengambil berat dengan kesihatan bapa mereka yang berusia 71 tahun dan gigih menjaga warga emas itu bersama adik-beradik lain.

"Kami semua adik-beradik lelaki jadi kami sangat rapat. Apa-apa mengenai urusan keluarga, kami akan berbincang.

"Semasa menguruskan ayah yang sedang sakit, abanglah yang banyak membantu kerana dia seorang pemandu peribadi," katanya sebak.

Shahrizan berkata, kali terakhir mereka berjumpa adalah pada majlis hari raya dan kenduri doa selamat, Jumaat lalu.

"Pada waktu itu, abang saya demam. Dia nampak penat sebab banyak menguruskan hal berkenaan bapa saya di Hospital Shah Alam.

"Pada hari raya pun Allahyarham ada berjumpa dengan keluarga. Tetapi dia tidak banyak bercakap sebab kami sekeluarga faham keadaan bapa kami yang masih sakit," katanya.
Jenazah disolatkan di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 selepas Zohor hari ini.

SHAHRIZAN ketika ditemui media di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim

SHAHRIZAN ketika ditemui media di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim



 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register