BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Individu Terselamat Kereta Dihempap Pokok Tumbang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Enam Individu Terselamat Kereta Dihempap Pokok Tumbang​

d312d20d5b593a240d21ccee932ea20c6a865f7485892

Kredit: JBPM Melaka

Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Kilometer 24, Kampung Air Panas, Bemban di sini malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.46 malam dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari digerakkan ke lokasi.

“Berlaku kejadian pokok tumbang yang menghempap sebuah kereta.

“Kesemua individu dalam kereta itu bagaimanapun selamat tanpa sebarang kecederaan selepas berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dan kereta itu hendak memasuki simpang menghala ke kediaman mereka.

Mohd Hafidzatullah berkata pasukan bomba BBP Jasin Bestari dengan bantuan BBP Jasin telah menjalankan kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok berkenaan dan operasi tamat sepenuhnya pada 11.01 malam.

 
Back
Top
Log in Register