BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak​

6b9067cac34be5bba1e23c06d8b3423b6a5c2683a76bd

Kredit PDRM

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang di depan Dua Residensi berhampiran Kedutaan Singapura di Jalan Tun Razak di sini, kira-kira 10.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata mangsa berusia 43 mengalami kecederaan pada kedua-dua belah tangan dan pendarahan dalaman di bahagian dada.

"Mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebuah lagi kenderaan yang dinaiki tujuh individu berusia dua bulan hingga 57 tahun turut dihempap pokok dalam kejadian itu.

Sazalee berkata kesemua mereka sedang menerima rawatan di HKL dan pemeriksaan fizikal mendapati tiada kecederaan luaran.

Beliau berkata kerja pembersihan dan pemotongan pokok oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selesai pada 12 tengah malam tadi, manakala dua kenderaan terlibat telah ditunda keluar dari Jalan Tun Razak bagi melancarkan pergerakan trafik.

 
Back
Top
Log in Register