BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Terselamat Pokok Tumbang Hempap Kereta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a4841215df9e57e02cca2cb2e1a582c1699452e0b9b02

kredit JBPM Perak

Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok di Lebuhraya Ipoh-Lumut berhampiran kawasan kuari menghala ke Batu Gajah, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.03 petang.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih yang tiba di lokasi kejadian pada 4.10 petang mendapati sebatang pokok hutan telah tumbang lalu menghempap bahagian hadapan kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 41 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 5 petang setelah keadaan disahkan selamat.

 
Back
Top
Log in Register