BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail​

Ridauddin Daud
07/05/2024 15:45 MYT
Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail

Berdasarkan beberapa gambar dan video tersebar di laman sosial, lokasi kejadian adalah berhampiran sebuah hotel dan kompleks beli-belah. - Gambar/ Astro Radio Traffic/ Ranger Chuck


KUALA LUMPUR: Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail di sini, tumbang dan menghempap sebahagian landasan monorel serta beberapa kereta di kawasan itu pada petang Selasa.
Kejadian itu berlaku susulan hujan lebat dan angin kencang di kawasan berkenaan.
Berdasarkan beberapa gambar dan video tersebar di laman sosial, lokasi kejadian adalah berhampiran sebuah hotel dan kompleks beli-belah.

Video dan gambar tersebut menunjukkan beberapa kereta remuk teruk akibat dihempap pokok itu.

Begitupun, pihak Astro AWANI masih menunggu kemas kini daripada pihak berkuasa terutama membabitkan operasi monorel selain sama ada ia turut melibatkan mangsa cedera.

Rapid KL dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat mengenai insiden yang turut menjejaskan perkhidmatan monorel itu.

Kejadian itu menyebabkan laluan kedua-dua arah di lokasi berkenaan ditutup sementara.

Orang awam yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dinasihatkan menggunakan laluan lain kerana kesesakan turut berlaku di Jalan Kuching.

sumber - https://www.astroawani.com/berita-m...-monorel-kereta-di-jalan-sultan-ismail-469513

 

[TERKINI] Seorang maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail​

Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan beberaoa kenderaan remuk akibat dihempap.

 
masalah pokok tumbang tak habis2...
pokok besar2 kasi trim bonsai la dbkl ...
bahayakn org awam
 
kena kaji balik pokok besar tepi jalan2 ni...
cantik memang la cantik , tapi kalau jadi benda tak boleh control mcm ni nak salahkan siapa?
aku pun serious kadang2 seriau jugak lalu sesetengah kawasan jalan2 yg ada pokok mcm ni...
hujan sekarang tak macam dulu...ribut lagi....

siap ada tekorban lagi tu...
 
kena kaji balik pokok besar tepi jalan2 ni...
cantik memang la cantik , tapi kalau jadi benda tak boleh control mcm ni nak salahkan siapa?
aku pun serious kadang2 seriau jugak lalu sesetengah kawasan jalan2 yg ada pokok mcm ni...
hujan sekarang tak macam dulu...ribut lagi....

siap ada tekorban lagi tu...
Macammana Singapore boleh maintain pokok besar kat jalanraya dia?
Kalau nak Changi Airport, banyak je pokok besar kat bahu jalan.
 
1000210833.jpg


[TERKINI] Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok tumbang yang menghempap 17 kenderaan akibat hujan lebat dan angin kencang di Jalan Sultan Ismail hari ini - Bomba
 
Back
Top
Log in Register