BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maksud: "gaji kecik" dan cara2 menyimpan

gaji anda akan terasa besar jika anda bebas drpd hutang dan sistem kapitalis yg ada sekarang

ramai bilionaire dan millionaire berhutang
tetapi pastikan hutang itu menjana pendapatan , bukan bermewah-mewahan.

sistem kapitalis mampu jadikan kita kaya kalau kita pandai menggunakannya
 
sistem kapitalis mampu jadikan kita kaya kalau kita pandai menggunakannya[/QUOTE]

boleh share tuan cara nya camne nk take advantage pd sistem kapitalis
 
ramai bilionaire dan millionaire berhutang
tetapi pastikan hutang itu menjana pendapatan , bukan bermewah-mewahan.

sistem kapitalis mampu jadikan kita kaya kalau kita pandai menggunakannya

boleh share tuan cara nya camne nk take advantage pd sistem kapitalis
 
Sy skrg tgh consider nak tukar acc gaji sbb yelah nak juga kan acc yg bagi manfaat kt kita.. Tuptup sy terjumpa dgn Hong Leong Bank punya benefits masa buat reaserch sikit. Diorg bagi interest rate sampai 3.9%. Ada yg penah dengar ke tntg ni?
 
apapun bab gaji kecik nie ramai rakyat malaysia terbelenggu

kadang rasa sakit perit

kena ada semangat kuat

saya pun pernah rasa down dalam hidup

tapi tak leh patah semangat dalam hidup

terus bangkit terus jalan
 
Gaji kasar 3k blom tentu dpt saving,$100 sbulan..skrg tgh tunggu loan abis..nk wat part time masa n suasana xmengizinkan..kalu nk amik risiko berhutang lg dh xsnggup walaupon overlap. Sasaran sy adalh nk payslip bersih & kurangkan komitmen yang panjang..
 
Sy skrg tgh consider nak tukar acc gaji sbb yelah nak juga kan acc yg bagi manfaat kt kita.. Tuptup sy terjumpa dgn Hong Leong Bank punya benefits masa buat reaserch sikit. Diorg bagi interest rate sampai 3.9%. Ada yg penah dengar ke tntg ni?

aku skrg guna bank lain.. sikit gila interest rate dia kalau simpan gaji kt situ.. tapi hong leong ni ok ke? betul ke tinggi camtu interest dia?
 
boleh share tuan cara nya camne nk take advantage pd sistem kapitalis
kalau nak beli rumah atau sewa rumah make sure sebelah poslaju. pergi poslaju jalan kaki. kalau sebulan membeli barang online dengan quota sebulan 100 unit . setiap unit jimat RM 5. maka quota tadi anda telah jimat RM 500.. jimat parking . jimat masa . jimat minyak. cuma keburukan satu la. kot telur ke roti habis waktu malam yang ni kena carik kedai jugak la.
 
gaji anda akan terasa besar jika anda bebas drpd hutang dan sistem kapitalis yg ada sekarang
Kerja kat malaysia ni underpaid dan underproduktiviti . Kerja kat KL duduk batu caves. kena bangun seawal 6 pagi. padahal kerja on pukul 8pagi. pastu hari hari hadap Jamm. pergi jam balik jam. bila hujan banjir. habis kereta rosak. keje kerajaan walaupun gaji rendah tapi takde bab isu gaji tak di bayar. lagipun ada elaun atau bonus utk cover balik. kalau mana yang swasta kerani + despatch cabuk tu risiko mmg kesian la.
 
semasa hidup membujang, simpan rm2000 setiap bulan takde hal
bila dah kahwin, dah x boleh nak simpan mcm dulu. ada je benda lain yg jadi halangan.

so, kena buat side income baru boleh menyimpan.
biasanya orang kira perbelanjaan dia kira dari A to Z . kira dari barang kumpul kumpul baru tau oooo bajet lari. tapi saya punya stail saya kira dari belakang. contoh gaji RM 3000. First of all tolak dulu perbenjaan tetap dan tidak boleh di adjust. contoh sewa rumah & sewa beli kenderaan. katalah sewa rumah RM 1000. installment kereta RM 500 so situ dah RM 1500. maka akan ada balance RM 1500 cash di tangan. Cash RM 1500 tu tolak dengan kos petrol dan barng basah. katalah RM 300 + RM 500 maka ada balance di tangan RM 700 . yang baki RM 700 ni bahagi dengan 30 hari maka had limit belanja sehari adalah RM 23.33. jadi kalau plan nak makan kat luar atau nak beli rokok . tolak daripada RM 23.33.
 
Back
Top
Log in Register