Hukum menyimpan ASB halal atau haram

CG Sponsors




zackpenang

Junior Member
Joined
Jan 9, 2010
Messages
82
Reaction score
40
Points
16
Daripada Ustaz/Dr Zaharuddin......

Zaharuddin Abd Rahman

Ramai yang masih bertanya saya berkenaan ASB, khususnya semenjak beberapa fatwa negeri mengubah fatwa mereka. Secara peribadi saya gembira dengan perkembangan pimpinan PNB yang responsif kepada kritikan membina lalu melakukan penambahbaikan yang agak banyak dalam pentadbiran, perancangan serta pendekatan.
Itulah pentingnya kritikan membina..agar penambahbaikan, perubahan dan pembetulan dapat digerakkan. Contohnya, dulu tiada Majlis Penasihat Shariah, sekarang ada, dulu tiada Jabatan Shariah, sekarang sudah ada. Dulu tiada plan semakan berdasarkan Maqasid al-Syariah, kini sudah siap..cuma pelaksanaan pelan masih perlukan 'push' berterusan agar bergerak dan bukan hanya cantik atas kertas.
Selain itu, saya juga masih menunggu Suruhanjaya Sekuriti mengkelaskan ASB sebagai Saham Amanah Patuh Shariah dan saya juga OK dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa Perlis yang sebut harus tetapi kena bersihkan sekurang-kurangnya 20 % dari dividen yang diterima serta Maybank perlu ada perancangan jelas yang bertempoh dengan jelas juga untuk berubah menjadi 100 % Maybank Islamik, bukan hanya 'Islamic First'. Itu penting agar semua dividen yang disalurkan dari keuntungan Maybank hasil dari pemegangan saham majoriti ASB/PNB ke atas Maybank Group hanya datang dari sumber patuh Shariah sahaja.
 
Sponsored Post

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
5,380
Reaction score
387
Points
81
Rezeki masing2 tuan, yg penting cari yg halal dan berkat. Ramai je org yg asb die dh max dgn menabung sikit2.

Klu tuan suka cara lasb, ikut tuanla, dosa pahala tnggung sndiri. Sori agak keras sikit, sy bab2 halal haram ni mmg xde kompromi.
citer pasal halal haram agama

tp perangai maki hamun org

huhu
 

bell&ross

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
4,127
Reaction score
159
Points
43
Kepada pelabur yang berpegang kepada hukum harus tu jangan lupa pula zakat ya, kepada yang rasa ada subhah dalam ASB tapi masih melabur tak perlu mengeluarkan zakat kerana tak dapat mensucikan benda yang haram...

Ustaz Lariba
December 18 at 3:34 PM ·
JANGAN LUPA BERSIHKAN DIVIDEN ASB DAN KELUARKAN ZAKAT
Kepada yang pegang pendapat ASB harus dan menggunakan fatwa Selangor dan Perlis sebagai panduan, mohon jangan lupa:
1. Bersih 28% dari dividen kerana 28% pelaburan ASB sahih tak patuh syariah. Untuk panduan, bersih lebih-kurang 1.54% dari jumlah pelaburan dengan diberikan kepada Baitulmal. Jangan buat jamban, parit atau kitchen cabinet pulak.
2. Selepas dibersihkan, barulah jumlah yang tinggal dikenakan zakat 2.5% jika sudah lebih nisab (lebih kurang RM13,500). Sebab dividen yang tak dibersihkan tak wajib zakat sebab zakat wajib atas harta halal saja, bukan harta haram macam riba dalam pelaburan Maybank.
Jangan lupa ya...
Semoga bermanafaat.
Insya Allah...😁
Nota Lariba: Kami berbeza pendapat tentang keharusan ASB. Sebab tu kami tak perlu bersih2kan apa2. Alhamdulillah. 😁
#BuyHalalOnly #BHO
kalau subahat dgn riba boleh cuci2 kasi bersih ye...?.. :unsure:

kenapa nak bagi baitulmal...?..
 

zackpenang

Junior Member
Joined
Jan 9, 2010
Messages
82
Reaction score
40
Points
16
kalau subahat dgn riba boleh cuci2 kasi bersih ye...?.. :unsure:

kenapa nak bagi baitulmal...?..
Yang ni kena tanya la Mufti/majlis fatwa yang mengharuskan ASB ni, kalau ikut ulama /ustaz di luar sana, benda riba ni tak boleh disucikan dengan mengeluarkan zakat, benda haram tetap haram, ini untuk dividen saja ya... Untuk unit pokok kita tetap kena zakat jika cukup haul dan nisab untuk tahun ni jika simpanan kita lebih RM 13k. Sebab tu ustaz Lariba kata kami tak perlu zakat, sebab tak melabur pun kerana berbeza pendapat tentang keharusan ASB ni.. Tentang bagi baitulmal tu sebab tak mahu kita guna duit riba untuk kegunaan sendiri, contoh tukar tayar kereta ka atau lain2 lagi, orang kita ni payah sikit, duit haram dia paham tak boleh buat makan minum saja, yang lain ok... Jadi bagi baitulmal la urus duit tu untuk buat apa, atau boleh bagi juga kepada masjid/pusat tahfis/pondok yang menerima duit subhah, tapi kena bagi tahu orang yang menerima duit ini, duit subhah takut digunakan di tempat yang tak sepatutnya..
 

kai2020

Active+ Member
Joined
May 14, 2006
Messages
3,919
Reaction score
367
Points
41
tiap2 hujung tahun camni lah thread ni. same old same old

aku doa semua termasuk aku kalau dah kaya duit, kita kayakan lah bahasa dan adab skali..

peace all we move on with no hate for people with superiority complex k
Ni mmg tread panas bang, sape rasa sejuk maksudnya dia berhati2 dan berjaga2. Kt sini ada harus, halal, haram, untung, rugi, riba dan mcm2 lg. Lg2 ujung tahun bila umum dividen, koyak rabak atau senyum.

Khutbah terakhir nabi sblm wafat peringatan ttg riba. Riba satu penindasan, hanya untung di pihak peminjam je. Klu x percaya tgkla berapa ramai yg koyak sbb dividen rendah, bank pulak semakin kaya.

Dr trus2an brgelumang dgn dosa besar baik mati je la.
 

syiafuku

Freshie
Joined
Aug 5, 2012
Messages
19
Reaction score
3
Points
8
Ni mmg tread panas bang, sape rasa sejuk maksudnya dia berhati2 dan berjaga2. Kt sini ada harus, halal, haram, untung, rugi, riba dan mcm2 lg. Lg2 ujung tahun bila umum dividen, koyak rabak atau senyum.

Khutbah terakhir nabi sblm wafat peringatan ttg riba. Riba satu penindasan, hanya untung di pihak peminjam je. Klu x percaya tgkla berapa ramai yg koyak sbb dividen rendah, bank pulak semakin kaya.

Dr trus2an brgelumang dgn dosa besar baik mati je la.
lol ok bang. terima kasih atas peringatan. semoga sentiasa dilimpahi pahala ;)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register