zackpenang
Banned

- Messages
- 7,236
- Joined
- Jan 9, 2010
- Messages
- 7,236
- Reaction score
- 1,891
- Points
- 151
Daripada Ustaz/Dr Zaharuddin......
Zaharuddin Abd Rahman
Ramai yang masih bertanya saya berkenaan ASB, khususnya semenjak beberapa fatwa negeri mengubah fatwa mereka. Secara peribadi saya gembira dengan perkembangan pimpinan PNB yang responsif kepada kritikan membina lalu melakukan penambahbaikan yang agak banyak dalam pentadbiran, perancangan serta pendekatan.
Itulah pentingnya kritikan membina..agar penambahbaikan, perubahan dan pembetulan dapat digerakkan. Contohnya, dulu tiada Majlis Penasihat Shariah, sekarang ada, dulu tiada Jabatan Shariah, sekarang sudah ada. Dulu tiada plan semakan berdasarkan Maqasid al-Syariah, kini sudah siap..cuma pelaksanaan pelan masih perlukan 'push' berterusan agar bergerak dan bukan hanya cantik atas kertas.
Selain itu, saya juga masih menunggu Suruhanjaya Sekuriti mengkelaskan ASB sebagai Saham Amanah Patuh Shariah dan saya juga OK dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa Perlis yang sebut harus tetapi kena bersihkan sekurang-kurangnya 20 % dari dividen yang diterima serta Maybank perlu ada perancangan jelas yang bertempoh dengan jelas juga untuk berubah menjadi 100 % Maybank Islamik, bukan hanya 'Islamic First'. Itu penting agar semua dividen yang disalurkan dari keuntungan Maybank hasil dari pemegangan saham majoriti ASB/PNB ke atas Maybank Group hanya datang dari sumber patuh Shariah sahaja.