TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
SEJARAH Lebuhraya Persekutuan bermula selepas Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, dan kerajaan Malaysia membuat keputusan menjadikan Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang) sebagai pelabuhan baru negara ini
Lanjutan daripada itu, kerajaan merancang membina lebuh raya untuk menghubungkan Pelabuhan Klang ke Kuala Lumpur dengan menaik taraf Lebuhraya Kuala Lumpur-Klang (Jalan Kuala Lumpur-Klang). Lebuh raya ini dibuka kepada lalu lintas pada 14 Jan, 1959
Dana untuk projek ini adalah pinjaman dari Bank Dunia. Kerja-kerja menaik taraf untuk Lebuhraya Persekutuan dari Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Subang ke Kuala Lumpur bermula pada tahun 1974 dan siap pada 1977
Lebuh raya ini pada asalnya empat lorong sahaja kecuali bahagian Petaling Jaya yang mempunyai enam lorong
Bagaimanapun, pada tahun 1992 PLUS Expressways, pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan telah menaik taraf keseluruhan lebuh raya kepada enam lorong dengan dua plaza tol iaitu Batu Tiga dan Sungai Rasau yang memulakan operasi pada 11 Mei, 1993
Lebuh raya ini mengendalikan jumlah trafik yang tinggi dengan kesesakan berlaku hampir sepanjang masa setiap hari
Lebuh raya ini adalah nadi utama untuk kawasan Lembah Klang kerana ia menghubungkan bandar-bandar utama termasuk Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur
Bagaimanapun, peningkatan trafik akibat pertambahan penduduk menyebabkan kemampuan lebuh raya memuncak pada pertengahan tahun 1990an
Keadaan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk saban hari sepanjang Lebuhraya Persekutuan terutamanya pada awal pagi dan lewat tengah hari
Memandangkan keadaan itu, kerajaan mula membina lebuh raya baru bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan
Kerja menaik taraf Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Subang termasuk hubungan utama Subang-Kelana Jaya Link dari Lebuhraya Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ke Persiaran Kewajipan berhampiran Menara Mesiniaga bermula pada penghujung tahun 2005 dan siap pada September 2009
Pembinaan Majlis Link bermula September 2005 dan selesai pada Mac 2007
Kedua-dua projek ini diketuai Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
Lebuh raya ini semakin terbeban. Lebuh raya lain iaitu Lebuhraya Sprint (Kerinchi Link), New Pantai Exchange dan Lebuhraya Plus adalah antara lebuh raya yang dibina untuk mengurangkan kesesakan Lebuhraya Persekutuan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya
Dari hari ke hari, jumlah trafik meningkat dan belum nampak lagi jalan penyelesaian kepada kesesakan teruk Lebuhraya Persekutuan. Jalan keluar baru ke I-City telah memburukkan lagi aliran trafik dari Sungai Way ke Subang
Berdasarkan data JKR, anjakan baru itu menyebabkan pengurangan 1,500 buah kereta keluar masuk Lebuhraya Persekutuan
Sebelum ini, jumlah kenderaan ialah 7,500 kenderaan sejam tetapi sejak tanjakan itu dibina, jumlah tersebut jatuh kepada 6,000 kenderaan sejam
Bayangkanlah jumlah kenderaan dalam tempoh 24 jam dan kemungkinan sehingga 36,000 kenderaan tersangkut di laluan ini. Untuk itu, tidak masuk akal jika ada rancangan untuk menambah jalan keluar atau jalan masuk ke lebuh raya yang sudah sesak
Kita memerlukan laluan alternatif atau lebuh raya bertingkat yang baru bagi mengurangkan waktu perjalanan pada waktu pagi dan tengah hari
Kelewatan memburukkan lagi keadaan, menambah tekanan serta kehilangan masa bekerja yang produktif dan menjadikan penduduk Lembah Klang semakin bosan dengan keadaan ini
Malangnya tidak ada pengurusan trafik pada waktu puncak di lebuh raya ini dan tidak ada siapa yang memikirkan tentang aliran kontra atau mengalihkan laluan trafik pada masa ini
Memandu laju adalah amalan lazim di mana setiap pengadang didapati rosak dan musnah tetapi penggantinya hanya dibuat selepas beberapa bulan atau beberapa tahun
Penunggang motosikal yang sepatutnya menggunakan lorong motosikal lebih suka menggunakan lebuh raya ini. Pihak polis tidak lagi memantau isu ini pada masa sekarang
Pembangunan yang berlebih-lebihan di sepanjang lebuh raya dengan bangunan pencakar langit kelihatan di mana-mana sedangkan infrastruktur tidak bertambah dan ini memburukkan lagi keadaaan
Sistem jalan sehala Petaling Jaya juga menyebabkan keresahan kerana ia menyebabkan cerutan di Lebuhraya Persekutuan
Cadangan sistem Bas Rapid Transit (BRT) dari Kuala Lumpur ke Klang dijadual bermula pada tahun 2008 adalah satu ide yang cemerlang
Cuma soalan saya ialah apakah kita mempunyai ruang untuk membina BRT di lebuh raya yang sama. Ruang antara jalan terlalu sempit sehinggakan jika sebarang tiang mahu dibina di ruang itu, akan berlaku isu serius pengurangan lebar jalan yang ada
Ini akan menyempitkan lagi Lebuhraya Persekutuan yang ketika ini mengalami kesesakan teruk
Setiap hari, sejumlah 95,000 kenderaan menggunakan lebuh raya ini. Sekiranya tidak ada rancangan proaktif untuk isu ini, jadi pintu masuk utama kita ke Pelabuhan Klang yang mengandungi pelabuhan ke-12 terbesar dunia akan terjejas
Ini akan merugikan dari segi ekonomi dan turut membebankan rakyat dengan kesesakan yang lebih teruk
Lebuhraya Persekutuan adalah kebanggaan kita. Kita perlu memastikan keadaannya tidak sesak dengan mengadakan penyelesaian yang praktikal bagi kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar
Sumber