BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kos bahan binaan naik 40 peratus, harga rumah dijangka melonjak akibat perang

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

Kos binaan naik 40 peratus, harga rumah dijangka melonjak​



GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan


Kuala Lumpur: Kenaikan kos pembinaan antara 30 hingga 40 peratus dijangka memberi tekanan kepada harga rumah kerana kebanyakan pemaju tidak mampu menyerap sepenuhnya peningkatan kos bahan binaan.

Pensyarah Kanan Bidang Harta Tanah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Dr Muhammad Azwan Sulaiman berkata, kos bahan binaan seperti simen, keluli dan pasir menyumbang sebahagian besar dalam struktur kos projek.

Beliau berkata, secara teknikal apabila kos input meningkat, pemaju mempunyai dua pilihan sama ada menyerap kos berkenaan yang akan menjejaskan margin keuntungan atau memindahkan sebahagiannya kepada pembeli melalui harga jualan lebih tinggi.

"Dalam realiti semasa, kebanyakan pemaju tidak mampu menyerap keseluruhan kenaikan kos, jadi sedikit sebanyak ia akan diterjemahkan kepada kenaikan harga rumah.

"Namun, kesannya tidak seragam. Projek dalam kategori mampu milik mungkin lebih dikawal melalui polisi kerajaan, manakala projek komersial atau 'high-end' lebih mudah mengalami kenaikan harga," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, kenaikan kos berkenaan juga memberi tekanan signifikan kepada pemaju dari segi kos operasi keseluruhan termasuk logistik, tenaga kerja dan pembiayaan.

Muhammad Azwan berkata, keadaan rantaian bekalan global yang masih tidak stabil seperti gangguan penghantaran, konflik geopolitik dan turun naik harga bahan mentah meningkatkan lagi ketidakpastian kepada pemaju.

Katanya, situasi itu menyukarkan pemaju membuat anggaran kos yang tepat pada peringkat awal projek.

"Keadaan ini boleh menyebabkan kos projek meningkat (cost overrun), tempoh pembinaan tertangguh dan aliran tunai pemaju terjejas," katanya.

Katanya, dalam keadaan tertentu pemaju juga akan menangguhkan atau menyusun semula pelancaran projek perumahan.

"Situasi ini juga memberi kesan kepada keyakinan pelabur dan pembeli kerana harga serta tempoh siap projek menjadi kurang pasti," katanya.

Menurutnya, pendekatan bersepadu perlu diambil bagi mengawal kesan kenaikan kos supaya harga rumah kekal mampu milik.

Katanya, pemaju boleh mengoptimumkan reka bentuk projek, mengguna pakai teknologi seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan memperkukuh strategi perolehan bahan.

"Kerajaan juga boleh memainkan peranan melalui pemberian insentif bersasar, kawalan harga bahan kritikal dalam situasi tertentu dan mempercepatkan proses kelulusan projek.

"Langkah jangka panjang seperti memperkukuh rantaian bekalan tempatan juga penting bagi memastikan harga rumah kekal lebih stabil dan mampu dimiliki," katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, industri pembinaan negara dijangka berdepan kenaikan kos bahan binaan antara lima hingga 15 peratus pada kadar minimum dan boleh mencecah sehingga 30 hingga 40 peratus jika konflik di Asia Barat berlarutan, sekali gus memberi tekanan besar kepada keseluruhan rantaian industri.

Pengerusi Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) Negeri Perak merangkap Ahli Jawatankuasa Pusat, Mohd Hawarie Tan Muzi berkata, unjuran itu bergantung kepada tempoh konflik, gangguan rantaian bekalan global serta peningkatan kos bahan api yang terus menekan kos operasi pembinaan.

sumber - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...naik-40-peratus-harga-rumah-dijangka-melonjak
 

PKBM gesa kerajaan bantu industri pembinaan susulan lonjakan harga diesel​



MGF30032026_PKBM-2-681x454.jpg
Presiden PKBM, Datuk Dr. Azman Yusoff, bercakap pada sidang media mengenai isu kenaikan harga bahan binaan yang dibangkitkan oleh Persekutuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) di MATRADE, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 30 MAC 2026

KUALA LUMPUR – Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menggesa kerajaan mengambil langkah segera bagi membantu industri pembinaan yang kini berdepan tekanan serius susulan kenaikan mendadak harga diesel.

Presidennya, Datuk Dr Azman Yusoff berkata, harga diesel industri melonjak daripada sekitar RM2.79 seliter pada Februari kepada kira-kira RM6.85 seliter ketika ini, peningkatan sebanyak RM4.06 atau 145 peratus dalam tempoh kurang dua bulan.


Menurut beliau, kenaikan luar biasa itu memberi kesan langsung kepada kos operasi kontraktor, khususnya melibatkan penggunaan jentera berat, pengangkutan bahan binaan serta keseluruhan rantaian logistik projek.

“Kenaikan ini sangat ketara dan sukar ditanggung kontraktor. Hampir semua kos berkaitan pembinaan meningkat termasuk sewaan jentera dan kos pengangkutan,” katanya dalam sidang media di pejabat PKBM, di sini hari ini.

MGF30032026_PKBM-1.jpg
Presiden PKBM, Datuk Dr. Azman Yusoff, bercakap pada sidang media mengenai isu kenaikan harga bahan binaan yang dibangkitkan oleh Persekutuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) di MATRADE, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 30 MAC 2026

Beliau berkata, antara kos yang terjejas termasuk kadar sewaan lori satu tan yang mencecah sehingga RM450 sehari, lori tiga tan sekitar RM550 sehari, excavator sehingga RM1,300 sehari dan jentolak (backhoe) sekitar RM650 sehari.

Tambahnya, peningkatan kos diesel turut memberi kesan berantai kepada harga bahan binaan seperti simen, besi dan komponen lain yang dijangka meningkat antara 30 hingga 40 peratus.

Dalam masa sama, beliau berkata, lebih 41,000 kontraktor berisiko terjejas sekiranya situasi itu berterusan, termasuk kemungkinan projek dihentikan, kelewatan penyiapan serta gangguan aliran tunai syarikat.

“Apabila kos meningkat secara mendadak, ada kontraktor yang terpaksa menghentikan kerja kerana tidak mampu menanggung kos operasi harian,” ujarnya.

Sehubungan itu, PKBM mencadangkan agar kerajaan mengaktifkan semula mekanisme Variation of Price (VOP) yang sebelum ini dihentikan bagi membantu kontraktor menyesuaikan kos projek dengan keadaan semasa.

Menurut Azman, pelaksanaan semula VOP sekurang-kurangnya untuk tempoh sementara boleh membantu memastikan projek tidak terbengkalai serta memberi ruang kepada kontraktor untuk terus beroperasi.

MGF30032026_PKBM-7.jpg
Presiden PKBM, Datuk Dr. Azman Yusoff. Foto MUHAIMIN MARWAN, 30 MAC 2026
Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga disaran mengkaji semula projek sedia ada yang terjejas, mengawal harga bahan binaan serta mempertimbangkan pelaksanaan pakej rangsangan khas bagi industri pembinaan.

Tambahnya, kerjasama strategik antara kerajaan, pembekal dan pemain industri juga penting bagi memastikan kestabilan kos serta kelangsungan projek pembangunan negara.

“Jika tiada langkah segera diambil, industri pembinaan berisiko menghadapi krisis lebih besar termasuk peningkatan projek terbengkalai dan syarikat kontraktor gulung tikar,” katanya.

Beliau menegaskan, PKBM bersedia bekerjasama dengan kerajaan dan agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian menyeluruh demi memastikan industri pembinaan terus kekal sebagai pemacu ekonomi negara. – MalaysiaGazette

 
 
bnyk barang import china jugak..
 

Cadangan tangani kenaikan kos bahan binaan sedang diteliti​

Sementara itu, pelaksanaan lanjutan masa (EOT) dan syarat perubahan harga (VOP) antara cadangan utama yang sedang diperhalusi kerajaan bagi membantu sektor pembinaan menghadapi kenaikan harga bahan binaan

 

KERAJAAN TANGANI KENAIKAN KOS BINAAN, LINDUNGI PEMBELI RUMAH​

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan memaklumkan bahawa pihak kementerian telah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan kontraktor minggu lalu bagi mendapatkan gambaran sebenar tekanan yang sedang dihadapi industri.

Menurutnya, walaupun bekalan bahan binaan ketika ini masih mencukupi, peningkatan kos pengangkutan telah memberi kesan langsung kepada harga bahan mentah di pasaran.

 

JKR-DOSM nilai impak sebenar kos binaan akibat krisis Asia Barat​

Rafidah Mat Ruzki - April 15, 2026 @ 12:51pm


09ntmaslann_1776228701.jpg

PUTRAJAYA: Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan (DOSM) untuk menilai kesan konflik di Asia Barat dan krisis tenaga ekoran penutupan Selat Hormuz, terhadap industri pembinaan negara.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata perkongsian data dan statistik oleh DOSM dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) penting untuk mengetahui peratusan sebenar kesan krisis berkenaan kepada kenaikan harga bahan binaan.

Beliau berkata, ia berikutan jabatan itu mempunyai angka-angka berkaitan selain kaedah pengiraannya berbanding jangkaan dan peratusan yang dinyatakan pihak industri.

"DOSM ada angka-angkanya, ada kaedah pengiraan dan kadar inflasi yang dibuat oleh DOSM diumum dari semasa ke semasa secara berkala, itu mempunyai kaedah saintifik yang boleh dipercayai dan bukan hanya main agak-agak.

"Persatuan kontraktor ada yang melapor 30 peratus (kesan), ada persatuan kontraktor kata 40 peratus, saya kira itu angka yang tidak tepat.

"Kami terus mendapatkan maklumat kenaikan ini, sebenarnya berapa peratus dan kita telah pun menghubungi CIDB dengan DOSM untuk mendapatkan peratusan kenaikan bahan binaan yang sebenar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan ke tapak projek Pusat Aktiviti Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Ahmad berkata, penilaian perlu dibuat secara terperinci termasuk melihat komponen atau bahan dalam sektor binaan yang benar-benar terjejas akibat krisis tenaga yang berlaku.

Beliau berkata, impak kenaikan kos bahan api berbeza mengikut jenis projek dengan pembinaan serta penyenggaraan jalan raya yang dilaporkan menerima kesan besar berbanding projek bangunan.

"Cuma mereka yang membina jalan raya, kontraktor melaporkan pada saya bahawa kenaikan diesel sangat membebankan mereka kerana segala kenderaan dan jentera yang digunakan untuk membina dan menyenggara jalan raya menggunakan minyak diesel.

"Sebaliknya, bagi projek pembinaan bangunan, kesan kenaikan diesel adalah lebih terhad kerana penggunaan bahan api itu tidak begitu tinggi," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kenaikan kos dalam sektor pembinaan tidak semestinya berpunca daripada konflik semasa, sebaliknya turut dipengaruhi faktor rantaian bekalan sedia ada yang telah memberi kesan kepada harga sebelum ini.

Sementara itu, Ahmad berkata hanya empat peratus daripada 855 projek bawah seliaan JKR di seluruh negara kini diklasifikasikan sebagai 'projek sakit'.

Beliau berkata, antara punca termasuk kelemahan pengurusan projek dan kewangan.

Mengulas mengenai kelewatan projek pembinaan Pusat Aktiviti Setia Perdana yang terletak bersebelahan dengan Puspanitapuri, di sini, Ahmad berkata, isu kelewatan dan status kontraktor bagi projek berkenaan akan diketahui dalam mesyuarat Panel Penyelarasan Kontrak (CCP) pada 21 April ini.

Beliau berkata, projek dengan kos asal sejumlah RM19. 7 juta itu sepatutnya disiapkan pada Julai 2024 namun kini sudah lewat hampir dua tahun dengan status pembangunan semasa sebanyak 75 peratus.

Katanya, kontraktor berkenaan, yang sudah enam kali diberikan lanjutan masa, berkemungkinan ditamatkan selepas mesyuarat CCP itu.

Ahmad berkata, kementerian tidak menggalakkan pemberian lanjutan masa berulang kerana ia mencerminkan masalah pelaksanaan serta berpotensi meningkatkan kos projek.

"Setiap lanjutan masa akan memberi implikasi kos. Jika kontrak ditamatkan, kerajaan perlu melantik kontraktor penyiap melalui tender baharu yang juga melibatkan kos tambahan serta tempoh masa dua hingga tiga bulan," katanya.

sumber - https://www.bharian.com.my/berita/n...k-sebenar-kos-binaan-akibat-krisis-asia-barat
 

Kos diesel, bahan binaan melonjak: Projek jalan berdepan risiko lewat​



Ahmad (kanan) mengadakan lawatan kerja rasmi ke JKR Daerah Kulai di Pejabat Jurutera Daerah Kulai.

Ahmad (kanan) mengadakan lawatan kerja rasmi ke JKR Daerah Kulai di Pejabat Jurutera Daerah Kulai.


KULAI – Kenaikan harga bahan binaan serta peningkatan kos operasi terutama diesel dijangka memberi kesan langsung terhadap pelaksanaan projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan di seluruh negara ketika ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, krisis geopolitik di Asia Barat yang berlarutan memberi tekanan kepada sektor termasuk pembinaan.


Jelas beliau, kontraktor dijangka mengemukakan permohonan lanjutan masa (Extension of Time, EOT) bagi memastikan projek dapat diteruskan mengikut situasi semasa.

“Difahamkan, terdapat 855 projek sedang dilaksanakan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana bagi 28 kementerian.


“Daripada 855 projek tersebut, sebelum ini satu pertiga direkodkan berada mendahului jadual, satu pertiga mengikut jadual dan satu pertiga lagi mengalami kelewatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke JKR Daerah Kulai di Pejabat Jurutera Daerah Kulai, di sini, pada Isnin.


Beliau menjelaskan projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan merupakan sektor paling terjejas berikutan kebergantungan tinggi terhadap penggunaan diesel bagi menggerakkan jentera berat seperti lori dan mesin penggelek.

Pada masa yang sama, Ahmad menegaskan kontraktor tidak dibenarkan menghentikan kerja walaupun terdapat permohonan untuk memperlahankan operasi bagi mengawal kos, yang masih belum diluluskan secara rasmi oleh kementerian.

Menurut beliau, pihaknya kini masih menunggu data rasmi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia bagi mendapatkan angka tepat berhubung kenaikan harga bahan binaan.

Katanya, walaupun terdapat anggaran kasar kenaikan antara 30 hingga 40 peratus, kementerian tidak akan mengesahkannya selagi data saintifik dan sistematik belum diperoleh.

Tambah beliau, empat persatuan kontraktor telah mengemukakan empat permohonan utama kepada kerajaan, antaranya syarat perubahan harga (VOP), lanjutan masa (EOT), kawalan harga bahan binaan termasuk simen, pasir, batu, besi serta konkrit, selain permohonan untuk memperlahankan kerja bagi mengurangkan tekanan kos operasi.

Katanya, semua permohonan itu kini sedang diteliti bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum dibawa ke Mesyuarat Kabinet akan datang pada Rabu ini.

sumber - https://www.sinarharian.com.my/arti...n-melonjak-projek-jalan-berdepan-risiko-lewat
 
Back
Top
Log in Register