BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Firma binaan sesuaikan diri dengan 'norma baharu' susuli kenaikan kos bahan binaan akibat konflik Timur Tengah

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Firma binaan sesuaikan diri dengan 'norma baharu' susuli kenaikan kos bahan binaan akibat konflik Timur Tengah​

screenshot_2026-07-02_105215.jpg

Para pekerja di sebuah tapak binaan di Singapura pada 14 September 2021. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Firma-firma binaan sedang menyesuaikan diri dengan apa yang disifatkan para pemain industri sebagai "norma baharu" melibatkan kos bahan api dan bahan binaan yang lebih tinggi, beberapa bulan selepas konflik di Timur Tengah menjejaskan rantaian bekalan global.

Syarikat-syarikat memberitahu Mediacorp bahawa lonjakan kos itu menekan margin keuntungan dan meningkatkan jangkaan harga tender yang lebih tinggi bagi projek-projek akan datang.

IKLAN

Menurut mereka, harga bahan binaan utama seperti konkrit, simen, besi tetulang dan bitumen kekal tinggi meskipun rantaian bekalan sudah stabil.

HARGA BAHAN BINAAN KEKAL TINGGI

Data rasmi Jabatan Perangkaan Singapura mengenai harga pasaran bahan binaan mencerminkan trend tersebut.

Sebagai contoh, besi tetulang keluli berkekuatan tinggi dalam lingkungan diameter 16 hingga 32 milimeter berharga S$704 setiap tan pada Mei, naik sekitar 10 peratus daripada S$637.10 pada Februari semasa konflik di Timur Tengah memuncak.

Konkrit siap dibancuh pula meningkat daripada S$130 setiap meter padu pada Februari kepada S$145.60 pada Mei, iaitu kenaikan lebih 10 peratus.

IKLAN

"Kesan utama kepada kami ialah margin keuntungan kami semakin terhakis," kata Pengarah Eksekutif Right Construction, Bruce Peng.

"Bagi bahan-bahan tertentu, kerana kami sangat bergantung kepada pembekal, kami tidak dapat berbuat banyak. Kami hanya boleh cuba mengurangkan kesan kenaikan harga ini."

Bagi menangani kos yang lebih tinggi, sebahagian firma sedang berunding dengan pembekal sambil melabur dalam langkah-langkah seperti sistem simpanan bateri dan jentera elektrik untuk mengurangkan penggunaan diesel di tapak binaan.

Walaupun Encik Peng percaya konflik itu akhirnya akan berakhir, beliau berkata inflasi bermakna harga bahan binaan tidak mungkin kembali ke paras sebelum perang.

Buat masa ini, kesan terhadap projek-projek yang sedang berjalan dilihat terhad.

IKLAN

Micro Builders Association Singapore, yang mewakili sekitar 200 kontraktor yang kebanyakannya mengkhususkan diri dalam projek perumahan swasta, berkata kurang satu daripada 10 projek mengalami kelengahan.

Ketua penilai persatuan itu, Chua Tai Kee, berkata meskipun sebahagian projek mungkin berdepan kelengahan, kesannya tidak begitu serius.

"Ia seperti beberapa minggu hingga sebulan. Ia bukan seperti dahulu, semasa COVID-19, apabila kelengahan boleh mencecah setahun atau setahun setengah," tambah beliau.

"Dalam keadaan seperti ini, kecuali harga benar-benar melonjak terlalu tinggi, barulah kita lihat kontraktor tidak dapat membeli bahan. Ketika itu, kelengahan akan mula berlaku. Tetapi setakat ini, keadaan nampaknya masih terkawal."

HARGA TENDER DIJANGKA MENINGKAT

IKLAN

Firma-firma binaan menjangka persekitaran kos yang lebih tinggi itu akan dicerminkan dalam harga tender pada masa depan.

Buat masa ini, mereka tidak menjangka kos tambahan itu akan dipindahkan secara langsung kepada para pembeli rumah, dengan pemaju dan kontraktor dijangka menyerap sebahagian besar daripada kenaikan tersebut.

Namun, para pakar memberi amaran bahawa keadaan sedemikian mungkin tidak mampan sekiranya kos bahan binaan dan bahan api kekal tinggi.

"Saya fikir amat ia tidak mungkin bagi kontraktor atau pemaju untuk menyerap kos ini untuk jangka panjang," kata Profesor Sing Tien Foo, Pengerusi Profesor Provos dalam bidang hartanah di Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS).

"Akhirnya, apabila kos bahan binaan meningkat, kita harus menjangkakan sedikit tekanan harga, terutamanya terhadap harga rumah."

Profesor Sing berkata sama ada perkara itu akan berlaku bergantung kepada tempoh kos bahan binaan dan bahan api kekal lebih tinggi, memandangkan ketidaktentuan berhubung konflik di Timur Tengah masih berlanjutan.

 
Back
Top
Log in Register