BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga barangan di Thailand dijangka naik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,389
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,389
Reaction score
346
Points
141

Harga barangan di Thailand dijangka naik​

3522023.webp

Don Nakornthab.-Agensi

BANGKOK – Bank Pusat Thailand menjangkakan pengusaha perniagaan di negara itu akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sehingga 20 peratus bermula suku kedua tahun ini, khususnya antara Mei hingga Julai, susulan peningkatan kos tenaga akibat konflik di Asia Barat.

Menurut hasil tinjauan bank pusat, kebanyakan syarikat besar di Thailand merancang menaikkan harga secara berperingkat, namun kadar kenaikan masih lebih rendah berbanding peningkatan kos sebenar berikutan kuasa beli pengguna yang lemah dan persaingan sengit pasaran.

Penolong Gabenor Dasar Monetari Bank Thailand, Don Nakornthab berkata, kesan kenaikan kos tenaga sudah mula dirasai khususnya dalam sektor pengangkutan awam dan tiket penerbangan.

Selain itu, sektor perikanan yang menggunakan tenaga tinggi serta industri pelancongan termasuk hotel turut terkesan dengan peningkatan kos operasi.-Agensi

 
Back
Top
Log in Register