combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Penurunan Harga Diesel Dijangka Kurangkan Kos Logistik, Turunkan Harga Barangan - Pakar
Pengumuman penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter mulai Julai ini dijangka dapat mengurangkan harga barangan susulan penurunan kos logistik dan pengangkutan.
Profesor Ekonomi Fakulti Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Nanthakumar Loganathan berkata kebanyakan sektor rantaian bekalan makanan asas khususnya yang terlibat dengan kos operasi, menggunakan bahan api berkenaan.
“Sepatutnya langkah ini memberi berita baik kepada rantaian perniagaan kerana rata-rata mengatakan kos bahan api menjadi alasan bagi mereka menaikkan harga barangan.
“Kita harap pengumuman penurunan harga diesel bersubsidi ini memberi kesan kepada pengguna lain kerana sepatutnya harga barang di pasaran yang berasaskan pengangkutan menggunakan diesel seperti sayuran, yang menggunakan kenderaan pikap turut berkurang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap persatuan peniaga di negara ini memberi respon positif terhadap penurunan harga diesel yang banyak memberi penjimatan perbelanjaan berbanding kos yang perlu ditanggung oleh mereka sebelum ini.
Ditanya sama ada kadar RM2.10 seliter itu dapat dikekalkan sekiranya harga minyak dunia kembali meningkat, beliau berkata kerajaan perlu berusaha mendapatkan tambahan peruntukan bekalan supaya rakyat terus menikmati pemberian subsidi bahan api melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
“Kita tidak boleh menjangka perkara yang akan berlaku dan kerajaan mungkin boleh mencari sumber atau jaminan bekalan seperti dari Rusia atau negara selain negara-negara Arab,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter bermula Julai dan dilaksanakan selaras dengan pendekatan yang digunakan melalui program BUDI95, iaitu dengan pengesahan melalui MyKad.