combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Foto: Christophe Gateau/dpa
Keputusan kerajaan mengekalkan subsidi diesel di Sabah disifatkan sebagai langkah penting dalam melindungi kebajikan rakyat, khususnya dalam berdepan kos sara hidup yang tinggi serta cabaran logistik di negeri itu.
Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Cawangan Sabah David Chan berkata langkah berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, terutama di Sabah yang sangat bergantung kepada pengangkutan darat dan laut.
Beliau berkata pengekalan diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter bagi pengangkutan awam dan sektor pengangkutan barangan darat turut membantu menstabilkan kos pengangkutan dan pengedaran.
“Subsidi diesel yang diteruskan ini bukan sekadar langkah ekonomi, sebaliknya menjadi talian hayat penting bagi rakyat Sabah. YPNM mengakui kos sara hidup kekal sebagai cabaran utama, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
“Justeru, kesinambungan subsidi ini membantu menstabilkan kos pengangkutan dan pengedaran, sekali gus meredakan tekanan terhadap harga makanan serta barangan keperluan asas,” katanya kepada Bernama hari ini.
Chan turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas langkah berkenaan ketika harga pasaran terbuka mencecah sekitar RM5.52 seliter.
Beliau berkata YPNM mengiktiraf pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal.
Sementara itu, penternak kambing di Putatan, Jason Lee, 49, berkata subsidi diesel amat penting bagi sektor pertanian dan penternakan kerana kos bahan api yang tinggi akan meningkatkan kos pengeluaran dan menjejaskan harga pasaran,
Selain itu, katanya keadaan jalan raya di Sabah yang tidak seragam, termasuk laluan berbatu, tidak berturap serta berbukit-bukau menyebabkan penggunaan kenderaan pacuan empat roda menjadi keperluan, khususnya di luar bandar.