BTC USD 81,982.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KOMPILASI Renungan Jumaat

Tinta Indah Penguat Jiwa

stand.png


Tercoret tinta ini memadahkan rahsia qalbu. Hati...tidak siapa tahu. Tidak siapa mengerti, disimpan juga tidak membawa makna. Kepada yang Haq ia berbicara. Melagukan bicara yang terkadang sumbang lakunya. Bicara pada manusia juga tidak mengurang resah.

HIDUP ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.

UJIAN... Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan Allah. Memanusiakan seorang manusia!

CINTA... Manusia dihidupkan atas cinta. Cinta itu meluas. Cinta kepada Allah, kepada Rasul, kepada ibu bapa, kepada suami, kepada isteri, kepada sahabat. Malangnya cinta yang pernah dijumpai telah disempitkan dan tersepit oleh kurangnya faqih akan hakikat cinta. Cinta itu setia, jujur, kasih sayang, rindu, doa kebahagiaan. Benihlah cinta yang meniti atas dasar iman. Akan redhalah Allah pada cinta itu. Namun sayang seribu kali sayang, cinta itu tercalar keluhurannya. Terselit pengkhianatan, ketidakjujuran... dan akhirnya perpisahan... Yang meninggalkan mencari pengganti. Segala janji terlupus begitu sahaja. Ingatlah bahawa roda kehidupan ini sentiasa berputar. Hari ini kita mengkhianati. Esok mungkin kita dikhianati. Hari ini kita mencipta luka di hati yang lain, mungkin esok hati kita pula yang terluka.

SABAR... Bukan mudah untuk memahami erti sabar apatah lagi untuk melakukannya. Saat derita menjengah rasa, seakan kita sahajalah yang derita. Kita sahajalah yang terluka. Duka itu milik kita. Sedih itu juga milik kita, sehingga kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg lainnya. Nikmat Allah yang begitu melimpah ruah jarang disyukuri tetapi bila didatangkan ujian, melaralah sekeping hati. Itu sahaja yang diingat-ingatkan. Demikianlah resam insani.

REDHA... Tidak diuji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bangun?? Ya... hanya kekuatan sahaja yang mampu menarik... Maka yang bangun itu bukanlah diri yang lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yang kuat. Redha itu adalah menerima dengan lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa-apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yang lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.

SYUKUR... Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam yang berlalu, biarkanlah. hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba, bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yang diredhaiNya. "Fastabiqul khairat" pesanNya. Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah.

Semoga beroleh kebahagian dalam mencari warna cinta Ilahi.
 
Graviti Hati

heart.jpg


Sahabat, apa yang kita fikirkan, sangat mempengaruhi hati. Justeru, jika kita ingin mengetahui bagaimanakah keadaan pemikiran kita – sama ada positif atau negatif, kesanlah perasaan kita. Ceria atau nestapa. Jika ceria, insya-Allah itu petanda fikiran kita positif dan insya-Allah tindakan-tindakan kita pun akan jadi positif juga. Tindakan yang positif, akan menghasilkan natijah yang positif.

What you see, is what you get – apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat. Maksud “see” di sini bukan dengan mata, tetapi dengan pemikiran dan perasaan. Jika pemikiran kita positif terhadap sesuatu perkara, maka kita akan mendapat sesuatu yang positif daripadanya. Tetapi jika kita melihat sebaliknya, yang negatif akan kita dapat sebagai balasannya.

Dalam kaedah psikologi ada yang dinamakan “reframing” – yakni, memberi erti baru kepada sesuatu yang negatif. Misalnya, ketika dibuang kerja… Itu buruk bukan? Tetapi cuba beri erti baru, itu sebenar peluang untuk kita mencari pekerjaan yang lebih baik. Mungkin juga untuk memberi ruang bagi meneruskan pelajaran. Atau memberi tumpuan yang lebih kepada keluarga. Bukan menafikan realiti, tetapi dengan “reframing” kita akan dapat ketenangan hati dan kestabilan fikiran untuk menyelesaikan kemelut kehidupan.

Itu semua kaedah yang dianjurkan oleh pakar psikologi. Tetapi Islam punya kaedah yang lebih hebat daripada itu. Kita ada ajaran bersangka baik sekali gus dilarang berprasangka (itu satu dosa). Kita ada anjuran untuk berdoa – bukankah dalam doa kita pinta yang baik-baik dan pinta dijauhkan daripada yang buruk. Kita ada tawakal, ada solat hajat, ada istikharah dan ada muzakarah. Semuanya yang dibuat atas dasar yang baik dan mengharap yang baik-baik.

Semunya itu hakikat satu “mekanisme Ilahi” untuk melakarkan sesuatu yang positif dal;am fikiran dan hati para insani. Malah, Allah sendiri menegaskan – AKU menurut sangka hamba-KU! Jadi, inginkan kebaikan? Sangka baik dengan Allah, dengan diri sendiri dan dengan orang lain serta sikon (situasi & kondisi) yang dihadapi.

Ingat betul-betul bahawa hati itu umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yang di luar diri. Apa yang dirasakan, menentukan apa yang diterima sebagai pantulan. Justeru, penting sekali bersangka baik, agar kebaikan akan ‘ditarik’ ke dalam diri. Jauhi daripada prasangka dan dendam, kerana itu jua yang akan diterima sebagai balasan. Sekali lagi… hati umpama magnet, semaikan rasa yang baik-baik, pasti kita akan menuai kebaikan. Jangan sekali-kali menyemai badai, nanti terpaksa pula kita menuai taufan!

Hati itu bolak-balik sifatnya. Sabda nabi, bagai kuah yang mendidih dan menggelegak. Simpang-siurnya begitu licik. Naik turunnya, berbolak-balik. Kekadang ia baik, bagaikan asal mulanya sejak dulu. Jadi kain bersih yang menghamparkan kejernihan dan kesucian. Namun, seseketika bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.

Para Muttaqin pernah memberi petunjuk… Bila hatimu keras, buas dan liar sekali, bukalah Al Quran, bacalah dan tadabbur akan makna dan rasanya. Al Quran itu bukankah penawar hati? Namun jika masih keras juga, dirikan solat. Solat itu zikir penyucian hati. Namun sekiranya masih keras jua… bangunlah di dinihari. Berwuduk dan berdoalah, pintalah kepada Tuhan agar dikurniakan hati yang lain kerana hati yang kau miliki waktu itu hakikatnya bukan lagi hatimu!

Hati itu ditarik antara dua graviti. Pertama, graviti tahap tinggi pintalan ilham para malaikat. Kedua, graviti menjunam lembah kehinaan simpulan para syaitan. Ketika melihat simiskin meminta-minta, suara hati berdetik… bantulah dia, insan lara yang datang kerna kemiskinan. Namun sedetik cuma, tiba-tiba graviti bertukar, memberi alasan, biarkan… itu balasan buatnya akibat kemalasan! Kau prasangka? Bukan, cuma berhati-hati. Dan atas alasan ‘berhati-hati’ ramai yang telah enggan memberi tetapi masih merasakan diri baik hati!

Ingat mati – pembasuh hati yang gelisah dan jiwa yang resah. Cukuplah mati sebagai peringatan dan amaran. Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat. Ingat mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan kebaikan. Ingat mati itu sesungguhnya menghidupkan hati. Tetapi… sayang, kita kian lupa untuk mengingatnya. Lalu, kita terkapa-kapa antara tarikan dua graviti hati… membuat kebaikan belum terasa kemanisannya, melakukan kejahatan tidak sunyi diburu rasa keresahannya!
 
Resume Rasulullah SAW


rj_zps2b4cc2f1.jpg



Salam maulidurrasul kepada semua. Mari kita lihat “Resume” Nabi Muhammad SAW, bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’. Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola kita.

…..Dan tidak Kami utuskan engkau (Nabi Muhammad SAW) melainkan membawa rahmat semesta alam. (Al-Anbia’ :107)

Semoga beroleh manfaat.

Nama
Muhammad Rasulullah SAW

Jawatan Terakhir
Rasul Terakhir untuk Seluruh Alam
Dilantik Oleh Allah SWT

Nama Bapa
Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah

Nama Ibu
Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah

Nama Nenek dari Sebelah Bapa
Fatimah binti Umar Al-Makhzumiyah

Nama Nenek dari Sebelah Ibu
Burrah binti Abdul U’za’ bin Utsman bin Abduddar bin Qushay bin Kilab bin Murrah

Warga Negara
Muslim Quraisyi Hasyimi

Tempat dan Tarikh Lahir
Makkah, dekat Al-Shofa di Rumah Abi Thalib (sekarang dijadikan Perpustakaan Makkah), hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun 53 sebelum Hijrah bersamaan 20 April 570 M

Nama Bidan
Syaffa binti A’uf (Ummu Abdurahman)

Nama Pengasuh
Ummu Aiman

Nama Penyusu
1- Stuaibah Al-Aslamiyah (Budak Abu Lahab)
2 – Halimah binti Abi Dhuaib Al-Sa’diyyah (Istri Harist bin Abdul U’zza)

Tempat dan Tarikh Diutus Menjadi Nabi
Gua Hira, Makkah 27 Ramadhan 13 Sebelum Hijrah (17 Ogos 609M)

Tempat dan Tarikh Wafat
Madinah 12 Rabiul Awal 11 H bertepatan tanggal 6 Juni 632M

Alamat
Makkah dan Madinah, Masjid Nabawi

Pekerjaan
1-Pengembala domba di masa kecil
2- Pedagang sampai usia 40 tahun
3- Rasul dan Nabi sebagai rahmat bagi alam semesta

Tanda Tanda Istimewa
1 – Tanda kenabian atara kedua bahunya
2 – Dipayungi awan dalam setiap perjalanan

Tanda Tanda Jasmani
Berperawakan sedang, Berkulit putih kemerah merahan, berdahi lebar, berambut hitam dan panjang, bermata jeli, bertubuh sempurna, sedap dipandang mata, lesung pipit, senyumnya menarik, tidak ada seorang pun di dunia yang menyamainya dalam keindahan tubuh dan kesempurnaan jasad.

Saudara sesusu Nabi
Dari Stwaibah:
1- Abdullah bin Jahsy
2- Hamzah bin Abdul Muthalib
3- Abu Salamah bin Abdul Asad
4- Masruh ibnu Stuaibah
Dari Halimah Al-Sa’diyyah
1- Abdullah bin Harist
2- Anisah binti Harist
3- Hudhafah binti Harist

Isteri-Isteri Nabi
1- Khadijah binti Khuailid
2- Saudah binti Zama’h
3- A’isyah binti Abu bakar As-Shiddik
4- Hafshah binti Umar bin Khattab
5- Zeinab binti Khuzaimah
6- Hind binti Hudhaifah
7- Zainab binti Jahsy
8- Juwairiyah binti Harist
9- Shafiyyah binti hay
10- Ramlah binti Abi Sufyan
11- Maimunah binti Al-Harist
12- Mariya binti Syamu’n
Putra Putri Nabi 1- Qasim
2- Abdullah (Al-Thayyib atau Al-Thahir)
3- Ibrahim
4- Zainab
5- Ruqayyah
6- Ummu Kalstum
7- Fatimah
Cucu Cucu Nabi 1- Ali
2- Abdullah
3- Hasan
4- Husen
5- Muhsin
6- Umamah
7- Ummu Kalstum
8- Zainab
 
Perjuangan Perlu Diteruskan...

Untitled_zpsb585ec9c.jpg


TAUBAT adalah kembali daripada melakukan maksiat. Orang yang berdosa itu seolah-olahnya meninggalkan Allah dengan tidak taat kepada-Nya dan melanggar perintah-Nya. Maka, apabila dia meninggalkan maksiat, seolah-olah dia kembali semula kepada Allah.

Allah memerintahkan supaya kita melakukan taubat seperti firman-Nya bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur, ayat 31)

Allah turut berjanji menerima taubat serta membuka pintu pengharapan seluas-luasnya.
Firman Allah bermaksud: “Katakanlah Muhammad, wahai hamba-hambaku yang melampau (menzalimi) dirinya, janganlah kamu putus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa semuanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar, ayat 53)


Ulama sepakat bahawa taubat itu wajib dilakukan segera dan berterusan sama ada dari segala dosa kecil atau besar. Perkara ini dijelaskan dalam firma-Nya bermaksud: “Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan mengenai kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya?) Pada hal, Allah amat pengampun lagi amat mengasihani.” (Surah al-Maidah, ayat 74)

Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud mengenai dosa yang ditanggungnya, adakah boleh bertaubat. Abdullah berpaling daripadanya, kemudian menoleh kembali kepada lelaki itu.
Dia melihat kedua-dua mata lelaki itu berlinangan air mata. Lalu, Abdullah berkata: “Syurga itu ada lapan pintu, semuanya dibuka dan ditutup melainkan pintu taubat, kerana di situ ada malaikat yang ditugaskan supaya tidak menutupnya. Maka beramallah, jangan kamu berputus asa.”

Lukman Hakim berpesan: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya.

“(Kalau tidak) maka, dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan (kedatangan ajal matiku) ke suatu masa yang sedikit saja lagi. Hal itu supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh.

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan.”
Orang yang telah dimatikan, semuanya berangan-angan untuk dapat hidup sebentar supaya dapat bertaubat dan bersungguh-sungguh melakukan ketaatan, tetapi jauh sekali apa yang mereka inginkan.

Menurut pendapat ulama secara ringkasnya taubat Nasuha adalah mencabut daripada melakukan dosa pada masa itu. Menyesali perbuatan dosa lalu dan berazam tidak akan melakukan dosa pada masa akan datang. Kemudian, jika dosa itu berkait dengan manusia, hendaklah dikembalikan kepadanya.

Said bin Jabar Rahimahullah berkata: “Taubat tidak akan diterima, selagi tidak menyempurnakan tiga syarat iaitu takut tidak diterima, mengharap diterima dan menghitung taat.”

Imam Kartobi Rahimuhullah berkata: “Taubat menghimpunkan empat perkara iaitu istigfar dengan lidah, meninggalkan dengan badan, menyembunyikan keinginan untuk kembali semula dan meninggalkan keburukan.”

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan, disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui lagi amat bijaksana.” (Surah an-Nisa, ayat 17)

Jamhur ulama menyatakan maksud taubat yang dekat ialah taubat sebelum hampirnya kematian. Allah menerima taubat hamba-Nya yang derhaka, selagi roh ada dalam badan.

Perkara ini menunjukkan seelok-elok taubat adalah ketika sihat untuk membolehkannya melakukan amal soleh. Sebab itu, Allah gandingkan kalimah taubat dengan amal soleh dalam banyak tempat.

Taubat ketika hampir mati, sama dengan menyedekahkan harta ketika kematian sudah datang. Ia seolah-olah seseorang tidak akan bertaubat, melainkan apabila sudah sakit, setelah kekuatan dan kesihatannya digunakan sepenuhnya tenggelam dalam syahwat dan kelazatan dunia.

Apabila putus asa dari kehidupan dunia, barulah hendak bertaubat, bukanlah ini cara bertaubat sebenar.

Oleh itu, ketika usia masih ada, lakukan taubat sepenuh hati, lebih-lebih lagi pada Ramadan yang mulia . Pada Ramadan Allah berjanji untuk mengampunkan dosa umatnya bertakwa sepenuh hati terhadap-Nya. Marilah kita rebut peluang ini dengan melakukan taubat di atas kesalahan sama ada dosa kecil atau besar.
 
Kisah Duit 50 Sen

50sen_zps3b2bbf11.jpg


*KRINGGGG.. TERIMA KASIH CIKGU, SEMUA PELAJAR BEREDAR KE KANTIN. TAPI SEORANG PELAJAR NI TAK KELUAR UTK REHAT.

"AWAK TAK REHAT KE ALIF? "UJAR CIKGU KPD PELAJAR NI.
"TAK CIKGU...."JAWAB ALIF RINGKAS.

"KENAPA ALIF TAK REHAT? " TANYA CIKGU LAGI.
JAWAB ALIF "MAK SAYA BERI 50 SEN SEHARI CIKGU. KAT KANTIN 50 SEN NI DPT BELI NUGGET JE SEKEPING."
"MALU LA CIKGU BERATUR PANJANG2 DPT BELI NUGGET JE. JADI SAYA KUMPUL DUIT HARI INI UTK MAKAN HARI ESOK.
JADI SAYA DPT LA MAKAN NUGGET 50 SEN DAN AIR SIRAP 50 SEN.
SAYA KAT KANTIN HARI SELASA DAN KHAMIS JE CIKGU " ALIF TERTUNDUK MALU

PERASAAN CIKGU MULA BERCAMPUR BAUR, SEDIH SEBAK. DI ZAMAN 2013 INI MASIH ADA
PELAJAR YG MEMBAWA 50 SEN KE SEKOLAH. RAMAI DI ANTARA KITA MEMANDANG 50 SEN
JUMLAH YG KECIL SEDANGKAN BG PELAJAR INI 50 SEN SGT BESAR ERTINYA.

CIKGU BERTANYA LAGI, "KALAU HARI JUMAAT AWAK TAK PERGI KANTIN LA YE?"
"OWHH…HARI JUMAAT DUIT 50 SEN NI SAYA SEDEKAH MASA BACAAN YASIIN CIKGU." JAWAB ALIF DGN BERSAHAJA.
MAK SAYA KATA KALAU KITA SEDEKAH REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH..MATA CIKGU SUDAH BERKACA...
CIKGU TERKEJUT DAN BERTAMBAH SEBAK.
SUDAHLAH DUIT ADA 50 SEN. SIAP BOLEH SEDEKAH PULAK. *

** **

*YA ALLAH, LIMPAHKANLAH REZEKI BG KELUARGA PELAJARKU INI..LUASKAN REZEKI
MEREKA SEMOGA MEREKA TIDAK LAGI BERADA DALAM KEMISKINAN.

HUH MACAM TERPUKUL SUNGGUH SAYA, BAYANGKAN DUIT 50 SEN YG DIBERI UTK MAKAN,
DIA INFAKKAN 50 SEN UTK TABUNG SEKOLAH SETIAP JUMAAT SEMASA BACAAN YASIIN.
MUNGKIN KISAH INI NAMPAK SIMPLE TP BAGI SAYA IA MEMBERI SERIBU PENGAJARAN.
MUNGKIN ALLAH NAK TEMUKAN SAYA DGH PELAJAR INI SUPAYA LEBIHKAN SEDEKAH DAN
BERINFAK.

BAGAIMANA PULA DGN KITA.....?
 
Syukuri Nikmat Ujian

"Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku."

Dalam hidup ini, kita sering diuji dengan berbagai-bagai ujian dari Maha Pencipta. Ujian yang didatangkan itu kadang-kadang merupakan satu peringatan di atas kelalaian ataupun satu hukuman lantaran kesalahan dan tidak kurang juga hanya semata-mata ujian untuk menduga tahap kesabaran dan keimanan kita. Kita diuji dengan sesuatu yang kita mampu hadapi kerana Yang Maha Mengetahui kemampuan dan keterbatasan kita hanyalah Allah Yang Esa.

Sesetengah orang diuji dengan harta kekayaan, kemewahan dan kesenangan. Manakala, sebahagian yang lain diuji dengan kesusahan, kedaifan dan kesulitan. Semua itu hanya satu tujuannya iaitu untuk mengukur sejauhmana kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.


syukur_zps2fd1d959.jpg


Bagi orang yang punya semuanya, seharusnya di hati mereka tiada perasaan riak, sombong, takbur, dan kedekut kerana semua yang dimiliki itu adalah pinjaman Allah semata-mata. Apabila Dia mengkehendakinya semula, pasti Dia boleh menarik balik dengan sekelip mata. Sedangkan bagi mereka yang tak punya apa-apa seharusnya tiada sekelumit pun perasaan kesal, dengki, iri hati dan rendah diri kerana Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani boleh mengubahnya dengan membuka pintu rezeki.

Di antara dua ujian itu terselit satu persamaan iaitu bersyukur. Jika kita diuji dengan segala macam kesenangan nikmat duniawi kita perlu bersyukur. Begitu juga jika kita diuji dengan segala ketidakcukupan duniawi, kita juga perlu bersyukur.

Bagi mereka yang punya segala, bersyukurlah dengan kurniaan yang dianugerahkan, berbahagilah sesama saudara, rakan dan jiran serta jauhkan dari sikap menunjuk-nunjuk dan meninggi diri. Bagi mereka yang tidak punya, tidak perlu menyesali takdir, merasa iri dengan kesenangan orang lain dan tidak perlu terlalu merendah diri atas segala kekurangan. Bersyukurlah dengan apa yang ada kerana syukur itu adalah tanda Iman. Apabila kita bersyukur, nescaya Allah akan menggandakan nikmatnya kepada kita.

Kita juga boleh berfikir begini "Jika aku senang mungkin aku akan lalai dan hanyut dalam kesenangan itu. Aku tidak mampu menanganinya dengan baik, maka Allah berikan aku kesusahan." Ataupun "Jika aku susah mungkin aku akan melakukan banyak kemungkaran. Aku tidak mampu hidup susah, maka Allah berikan aku kesenangan." Maka bersyukurlah. Susah ataupun senang, kedua-duanya adalah antara nikmat dan ujian dari Allah.Alhamdulillah...

Kesimpulannya, walau apa juga ujian yang diberikan kepada kita, baik hidup senang atau susah, kita hendaklah bersyukur. Bagi yang senang tidak perlu menghina yang susah dan yang susah tidak perlu mencemburui yang senang. Barulah semuanya akan hidup aman. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya tentang hamba ciptaan-Nya dan Dia tidak membebani kita melainkan dengan beban yang mampu ditanggung oleh kita. Wallahua'lam.

 
BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAIKI KEHIDUPAN KITA....???

smile_zps6da116f5.jpg



PERSONALITI :

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.

2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini

3. Jangan berlebihan, tetapkan had

4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius

5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’

6. Bermimpilah ketika anda berjaga

7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan

8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang

9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa

10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini

11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri

12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat

13. Lebihkan senyum dan ketawa

14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju

Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga

16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain

17. Maafkan semua orang untuk segala galanya

18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun

19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari

20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda

21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

Kehidupan

22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan

23. Allah akan mengubati segala galanya

24. Buat perkara yang betul

25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah

26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia

27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba

28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan

29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah

30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.
Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.



mforum2.cari.com.my
 
Aku Dah Penat Berdoa!

DOA_zps607d35d0.jpg


Siapa yang tidak pernah rasa sedih? Siapa yang tidak pernah kecewa? Rasulullah S.A.W sendiri pernah rasa kecewa dan pernah berada dalam keadaan yang sangat sedih. Setiap orang pernah diuji dengan pelbagai dugaan berbentuk perasaan. Sedih, resah, adakalanya gembira dan ketawa dan pastinya tidak mampu terlepas dari perasaan kecewa juga.

Kecewa?

Satu perasaan di mana hadirnya mungkin kerana sesuatu yang diinginkan tidak dapat dimiliki seperti yang dibayangkan. Mungkin juga kecewa kerana kehendak hati tidak dapat dipenuhi. Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?
"Aku sudah penat berdoa, tetapi Allah tidak pernah memakbulkan doa dan permintaanku. Aku sudah penat!"


Putus asa?

Ya, jelas sekali rasa putus asa yang terzahir dari situasi di atas. Kadang-kadang sepertinya kita menyalahkan takdir pula. Sedangkan Allah mengatur segalanya sesuai dengan keperluan dan kebaikan hamba-Nya. Kerana hanya Pencipta tahu apa yang diperlukan dan terbaik untuk ciptaan-Nya. Kadang-kadang apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita, dan banyak pula perkara yang tidak kita senangi itu sebenarnya adalah baik untuk kita.

Sebagaimana penegasan Allah dalam kitab-Nya yang mulia al-Quran:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui." (Surah al-Baqarah:ayat 216)

Persoalannya, wajarkah kita untuk kecewa? Kecewa itu fitrah perasaan. Tetapi bagaimana pula kiranya kalau kekecewaan itu menyebabkan kita berani menuding jari menyalahkan takdir ketentuan Allah?

Mungkin ramai di antara kita frust bila setiap yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Lalu, kita kecewa dan sedih. Kita berdoa tetapi tidak kesemuanya ditunaikan. Kecewakah? Nanti dulu, sahabat. Tanyalah pada diri. Bukankah setiap yang kita miliki saat ini tidak semuanya kita minta daripada Allah.

Tapi Allah dengan murah hati memberi sebelum kita minta. Allah tetap mengurniakan tanpa kita mengajukan kemahuan tersebut kepada-Nya.

Pernahkah kita minta pada Allah untuk dikurniakan oksigen agar kita dapat kita bernafas? Adakah kita setiap hari meminta izin daripada Allah untuk menggunakan kaki, tangan dan lain-lain anggota? Adakah kita pernah minta supaya Allah meminjamkan mata untuk melihat dan mulut untuk bercakap pada setiap hari? Besar kemungkinan jawapannya tidak, bukan?

Jadi mengapalah berkira andai baru sekali kita dibiarkan merasa kecewa. Bukankah ujian itu tanda sayangnya Allah pada hamba-Nya? Sebelum kecewa, nanti dulu. Berhentilah dan cubalah untuk berfikir kembali. Kenanglah segala nikmat yang Allah berikan sehingga tidak mampu kita kira apatah lagi untuk menyukatnya. Jangan hanya kerana kecewa, anda sudah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan atau membunuh diri!

Jadi, tapislah kekecewaan kita supaya jangan kita melampaui batas dalam melayan rasa itu. Kekecewaan yang bermanfaat ialah kekecewaan yang membawa diri dan hati kita lebih dekat dan menyayangi Allah. Kekecewaan yang membahagiakan ialah di saat kebahagiaan itu berjaya mengukuhkan keyakinan hati kita dalam mengimani qada' dan qadar Allah.

Janganlah bersedih dan kecewa kerana di sebaliknya tersimpan kebahagiaan yang Allah hadiahkan sebagai hikmah-Nya.


iluvislam.com
 
Bersederhana Dalam Membenci

hate_zps9aabf700.jpg


Aku ingin Mendidik Hatiku: Bersederhanalah Dalam Membenci


Apakah garis panduan cinta dan benci yang mesti kita turuti sebagai seorang muslim?

Islam melarang kita melampau dalam mencintai dan membenci sehingga membutakan mata kita daripada melihat kebenaran..

Apabila kebencian seseorang melampaui batas, hatinya akan dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang dibenci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Mereka ini sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik!

Bagi orang yang berlebihan dalam membenci ini, sanggup membuka aib dan keburukan seseorang yang lain hanya untuk menutup mata semua orang daripada melihat kebaikan orang yang dibenci nya itu..

Bagi orang yang mempunyai sifat benci yang melampaui ini akan merosakkan diri sendiri. Oleh sebab itu, al-Hassan al-Basri berkata: " Bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci. (riwayat al-Baihaqi)

Sayidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: "Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."

Bagaimana menjadi seorang yang bersederhana dalam mencintai dan membenci ?

Kita boleh mulai dengan memikirkan kembali sebab kebencian yang kita rasakan terhadap seseorang. Adakah kita membenci kerana ikut-ikutan, membenci tanpa sebab (tidak tahu puncanya) atau kerana ucapan atau perbuatan seseorang itu yang pernah melukai perasaan kita..?

Sekiranya kita "membenci tanpa sebab", ini tentu sahaja sangat jauh daripada keadilan. Ini kerana, dia membenci setiap kali melihat atau mendengar nama orang yang dibencinya, tanpa melihat samada orang itu membuat kebaikan atau sebaliknya. Orang seperti sebenarnya sedang menderita sakit jiwa.

Bagi yang membenci kerana ikut-ikutan, biasanya terjadi dalam kes kebencian bermotifkan politik dan membabitkan orang awam. Sikap ini bukan sikap islamik dan bukan ciri seorang muslim, ia mesti dijauhi..

Kebencian kepada orang yang pernah mengeluarkan ucapan atau kata-kata yang melukai perasaan atau perbuatan yang menyakiti hati kita juga harus disingkirkan.. Perkara yang remeh berubah menjadi konflik yang berpanjangan kerana ego kita. Kita enggan mengalah dan bertolak ansur, padahal sikap ini sangat digalakkan oleh agama kita.

Sedangakan di dalam sebuah hadis ada mengatakan, orang yang lebih dahulu bertolak ansur dalam persengketaan adalah petanda kebenaran sebenarnya berada dipihaknya..

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari. Kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling daripada satu sama lain. Orang terbaik antara keduanya adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Ayyub)

Ya Allah, kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang engkau timpakan kepada hambaMu di muka bumi ini. Amin Ya Rabbal Alamin..


didik-hatiku.blogspot.com
 
Aku Dilamar...

lamar_zpsd02856d4.jpg


AKU telah DILAMAR oleh MALAIKAT MAUT...
AKU bakal BERNIKAH dengan KEMATIAN...
AKU bakal BERCERAI dgn DUNIA yang ku KEJAR...

MAHARKU adalah NAZAK dan sepersalinan KAIN PUTIH...
PELAMINKU diwangikan dengan GAHARU CENDANA...
Disaat itu akan akan DIARAK dengan laungan AZAN..
BerAKADkan TALKIN, berWALIkan LIANG LAHAD, berSAKSIkan NISAN...
pada MALAM PERTAMAku , aku akan DISERIKAN dengan persoalan MUNKAR dan NAKIR...

Ingatlah..segala NIKMAT yang ada padamu adalah datangnya dari ALLAH,
kemudian apabila kamu ditimpa KESENGSARAAN, KEDUKAAN dan KESEDIHAN..
maka kepadaNyalah kamu perlu meminta PERTOLONGAN..
(✿◠‿◠)


hanahagemaru.blogspot.com
 
Back
Top
Log in Register