Jom belajar melatih diri dalam keadaan ini. Sebagai manusia, kita memang tak boleh lari daripada berdepan dengan masalah ini. Tidak mampu 'bersangka baik' memerlukan kepada penerangan. Tak mampu 'berterus terang' memerlukan kepada*bersangka baik.
Pinjam kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: "Ubat mujarab bagi menyembuhkan penyakit dalam hubungan sesama manusia adalah UKHUWAH".
Cth: Kucing ni tak boleh berterus terang, jadi bersangka baiklah ツ
[FADHILAT BERSANGKA BAIK
Bersangka baik juga mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Antaranya adalah:
1. Mengelakkan manusia dan ummah daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara bak kata pepatah ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’.
2. Dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar dari terus bersarang di hati kita,
3. Selalu merasa bahagia atas kejayaan yang dicapai orang lain walaupun diri sendiri belum berjaya.
4. Mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.
5. Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik sahaja. Sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia.
6. Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah; (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 6)
“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”
Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil. Setelah dia membayar satu tin minuman dan mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi. Sungguh berhati-hati dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan.
Pemuda: "Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?"
Puan: "Saya sudah ada pekerja..".
Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".
Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".
Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah yang berada di situ".
Puan: "Tidak, terima kasih".
Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut bersimpati, dan mendekati pemuda tadi.
Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin menawarkanmu pekerjaan".
Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".
Pemilik Kedai: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".
Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya mahu memastikan apakah kerja yang selama ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja untuk puan dalam telefon tadi!"
Hebat Pemuda tadi! Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan di tahun 2013 untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi di tahun 2014.
TAPI YANG SANGAT-SANGAT PERLU KITA MUHASABAH ATAU NILAI IALAH AMALAN KITA YANG AKAN KITA BAWA JUMPA ALLAH…ADAKAH SOLAT SAYA SEPANJANG TAHUN 2013 SEMPURNA MENGIKUT KEHENDAK ALLAH DAN CARA RASULULLAH?
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".
Entah kenapa emosi agak tersentuh di petang hari tadi..
sebak.. sedih.. pilu..
sehingga semasa solat pon air mata mengalir..
kenapa dgn hamba-Mu ini ya Tuhan..
mungkin Kau sedang menyentuh hatiku..
atau Kau sedang menguji aku?..
Allahuakbar..
Terjumpa blog yang sgt membantu..
dalam menaikkan semangat ku utk teruskan kehidupan ini..
Allah berfirman bermaksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.
Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.
Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.
Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,
Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa.
Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !
Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.
Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.
Astagafirullah.. adakah aku golongan yang berprasangka buruk kepada Allah..
Ya Allah.. ampunkan aku..
aku alpa akan ketentuan Mu..
aku alpa akan kebesaran Mu..
Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)
Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita
Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.
Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.
Aku patut bersyukur kerana diuji oleh Mu, Ya Allah..
moga aku semakin tabah menghadapi ujian mendatang..
amin..
“Aaaaaaaa! Arghhhh.. Uuuuiii.. Sakit!” Barangkali itu yang diperkatakan oleh makcik berbangsa Cina yang kutemui di hospital sebentar tadi. Seingat aku, agak lama juga beliau mengaduh kesakitan. Memang jika dilihat secara luarannya seakan beliau terseksa dengan belitan tiub yang melingkari batang tubuh sehingga ke hidungnya. Ditambah lagi dengan uzurnya beliau, hanya mampu terduduk sahaja di atas kerusi roda itu. Tanpa henti beliau mengaduh, sehinggakan tidakk dapat tidak memang telah menarik perhatian aku.Memang sangat kasihan aku lihat keadaan makcik berbangsa Cina itu.
Tiba-tiba aku terfikir, biarpun siapa ataupun seteruk manapun kita yang sememangnya telah dilahirkan sebagai seorang Islam ini, tapi tidak dapat tidak ketika dilanda ujian pasti ringan sahaja mulut menyebut nama Allah. “Ya Allah, sakitnya!” “Allah, Allah!” Saudara-mara, sahabat handai juga sering mengingatkan kita: “Istighfar ya akhi… Ingat Allah wahai ukhti!” Di kala berseorangan tidak bermaya di pembaringan, air mata terasa laju mengalir di pipi yang hangat mengenangkan kesakitan yang dirasa. Ketika itu bagaikan terpapar di skrin segala perbuatan yang pernah kita lakukan ketika diberi nikmat kesihatan. Sedih, tapi tiada siapa yang tahu… namun….Salah! Ada yang mengambil tahu!
Di saat yang getir itu, walaupun hanya dengan menyebut namaNya kita berasa teramat hampir kepada Dia. Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah Qaf ayat 16 yang bermaksud: “Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” Sedekat itulah sebenarnya Allah kepada kita meskipun kita pernah menyombongkan diri daripadaNya. Kita juga pernah menjauhkan diri daripada cintaNya demi mengejar cinta manusia hatta material. Allah itu bukan sahaja sebaik-baik ‘sahabat’ bahkan Dialah Al-Waliy, Yang Maha Melindung. Ini senario yang bukan hanya terjadi kepada kamu, tetapi juga aku.
Lalu aku cuba kaitkan dengan makcik berbangsa Cina yang kutemui tadi. Perbezaan antara kita dan juga dia, meskipun dalam keadaan teruji bagaimana sekalipun pasti nama Dia juga yang meniti di bibir kita beserta dengan rintihan kesakitan yang kita alami. Tidak kira siapapun kita, para agamawan mahupun orang yang biasa-biasa sahaja, mana mungkin kita akan melolong-lolong juga menjerit-jerit kesakitan sepertimana yang kita lihat terjadi kepada yang bukan Islam. Itu bukan kita, Insya-Allah.
Mungkin kita tidak sedar akan hakikat ini. Luka ataupun parut dek ujian sakit mungkin terlihat jelas, tapi di dalam hati penuh dengan ketenangan. Dengan hanya menyebut-nyebut namaNya, hati kita terubat. Jiwa kita pun tenang. Benarlah seperti dalam Surah Al-Ra’ad, Ayat 28 itu yang menyebut: “Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Ya hana na, alangkah beruntungnya kita subhanallah! Kerana apa? Segala-gala yang berada di sekeliling kita sebenarnya adalah Allah.
Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.
Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
AI-Allahamah AI-Alusy berkata: “Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa beliau hidup di zaman Nabi Daud a.s.” Katanya lagi: “Orang juga berselisih pendapat, adakah beliau seorang yang merdeka atau seorang hamba ? Kebanyakan pihak mengatakan beliau adalah seorang hamba Habsyi”
Dipetik dari Ibnu ‘Abbas katanya: “Luqman bukanlah seorang nabi mahu pun raja tetapi beliau hanyalah seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Lalu Allah telah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia redha dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman. Maka kerana itu, kisah ini diceritakan di dalam AI-Qur’an agar kita semua dapat mengambil pedoman dan berpegang dengan wasiat-wasiatnya.”
Ibnu Kathir berkata: ‘Ulama’ salaf berselisih pendapat tentang diri Luqman; adakah dia seorang nabi atau pun seorang hamba yang soleh tanpa taraf kenabian? Di antara dua pendapat ini, kebanyakan mereka berpegang dengan pendapat yang kedua.’
Para ulama’ semuanya sepakat mengatakan Luqman itu seorang bertaraf wali dan Ahli Hikmah (bijak bistari), bukan seorang nabi, kerana lafaz hikmah dalam ayat di atas dimaknakan ‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih antara Hikmah (kebijaksanaan) dengan Nubuwwah (kenabian), dipilihnya Hikmah. Di an tara para ulama’ tersebut ialah seperti Mujahid, Sa’id bin AI-Musayyab dan Ibnu Abbas. Wallahu A’lam.”
Ibnu Kathir ada menyebutkan di dalam kitab sejarahnya: “Beliau ialah Luqman bin Unqaa’ bin Sadam.” Diceritakan dari As* Suhaili, dari Ibnu Jarir dan AI-Qutaibi: “Beliau ialah Luqman bin Tharan”
Dikatakan bahawa beliau ialah anak kepada AI- Baura’. Ibnu Ishaq ada menyebutkan beliau ialah Luqman bin AI Baura’ bin Tarikh iaitu Aazar Abu Ibrahim AI-Khalil.
Adalah diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak tidak mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut.
Kerana saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan memelihara saya.
”Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi Hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan tersalah pulan jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”
Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan Hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu.
Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh Hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi:
“Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”
Ada juga diriwayatkan bahawa Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang, iaitu: Bilal bin Robah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab) dan Luqman al-Hakim. Orang yang ke empat pula ialah an-Najasyi (Raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi Muhammad s.a.w.)
Ibnu Qutaibah berkata: “Luqman adalah seorang hamba Habsyi kepada seorang lelaki dari kalangan bani Israil. Kemudian beliau dibebaskan dan diberikannya harta.”
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dia telah berkata: Rasullullah s.a.w. pernah bersabda:
“Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman? “Mereka pun menjawab: “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.” Baginda bersabda: “Dia adalah seorang Habsyi.” Pendapat yang mengatakan dia adalah seorang habsyi, adalah dari lbnu Abbas dan Mujahid.
As-Suhaili berkata: “Luqman adalah Naubah dari penduduk Ielah ( Sebuah bandar di tepi laut merah )” Demikian juga dipetik oleh Qatadah, dari Abdullah bin Az-Zubair: Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: “Apakah cerita terakhir yang sampai kepadamu tentang perihal diri Luqman? “J abir menjawab: “Dia adalah seorang yang pendek, pesek hidungnya dari keturunan Naubah.” lanya juga sebagaimana yang disebutkan dari Sa’id bin AI* Musayyab, katanya: “Luqman adalah dari Sudan, Mesir.”
AI-Hassan AI-Basri pula berkata: “Luqman telah membina sebuah singgahsana di Ramlah, Syam. Pada masa itu, tempat tersebut masih lagi belum dibangunkan. Dia berada di sana sehinggalah Ian jut usianya dan meninggal dunia.”
Ibrahim bin Adham berkata: “Aku telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara Masjid Ar-Ramlah dan tempat didirikan pasar pada hari ini.Di tempat tersebut terdapat 70 kubur nabi-nabi sebelum Luqman.
Dilaporkan, bahawa Luqman adalah seorang mufti sebelum Nabi Daud a.s dibangkitkan. Apabila baginda diutuskan kepada umatnya, Luqman berhenti dari memberikan fatwa. Ada orang bertanyakan; padanya tentang hal itu lalu dia pun berkata: “Adakah aku tidak mahu berhenti apabila aku telah merasa cukup?!! “
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Mujahid: “Beliau adalah seorang Qadhi di kalangan kaum bani Israil di zaman Nabi Daud a.s”
Demikianlah siapa itu Luqmanal Hakim. Tidak kira siapapun dia, yang penting beliau adalah seorang yang mempunyai hikmah kebijaksanaan. Kata-katanya diberkati Allah dan dirakamkan didalam Al Quran.
Dipetik dari tulisan Muhammad Khair Ramadhan Yusuf dalam bukunya Lukman al Hakim
Sumber: http://smzblog.wordpress.com
irfanirsyad.wordpress.com