BTC USD 17,244.4 Gold USD 1,800.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datang awal solat jumaat, jangan pentingkan diri sendiri

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,728
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,728
Reaction score
4,441
Points
261
Awards
1
Jangan penting diri ketika ke masjid untuk solat Jumaat


KESESAKAN kenderaan adalah pemandangan biasa di masjid ketika solat Jumaat. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
SAUDARA PENGARANG,

ESOK adalah rutin mingguan diadakan solat Jumaat. Ia adalah satu kewajipan ke atas setiap lelaki Islam yang mencapai umur baligh, berakal dan bermukim di suatu tempat serta tidak mempunyai keuzuran.

Kegagalan untuk hadir menunaikan solat Jumaat tanpa sebab-sebab kukuh boleh menyebabkan seseorang itu berdosa dan dikunci hatinya sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat kerana mengambil mudah akannya, nescaya Allah akan mengunci mati jantung hatinya.” (Riwayat Abu Daud)

Sudah menjadi kebiasaan apabila ramai jemaah hadir menunaikan solat Jumaat di mana-mana masjid berdekatan, ia tidak dapat menampung kapasiti umat Islam yang ramai.

Paling ketara adalah tidak dapat menampung jumlah motosikal dan kereta kerana keluasan tempat meletak kenderaan yang terhad. Pada masa sama, kehadiran jemaah dalam memenuhi kewajipan bersolat Jumaat menyebabkan segelintir mereka terleka dengan akhlak dan adab sesama kita yang perlu terus dijaga.

Sememangnya dalam kalangan kita terpaksa meneruskan tugasan kerja hingga saat akhir menyebabkan kita lambat ke masjid. Justeru, kita sukar untuk mencari tempat letak kereta yang sesuai sehingga terpaksa meletakkan kenderaan secara berlapis-lapis.

Kita memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak masjid dan juga pengguna jalan raya berkaitan isu meletak kenderaan secara berlapis-lapis.

Namun, individu yang meletak kereta sedemikian perlu mempunyai akhlak yang baik dengan tidak menyusahkan orang lain.

Segelintirnya gemar keluar lewat dari masjid selepas solat Jumaat. Hal ini menyebabkan pemilik kenderaan lain menjadi mangsa keadaan akibat tingkah laku kita yang mengambil mudah dan bertindak secara sambil lewa.

Ubahlah sikap dan akhlak kita agar lebih berhemah dan bertimbang rasa ketika meletak kenderaan secara berlapis-lapis.

Semua pihak memahami kekangan keluasan tempat meletak kenderaan di masjid, cuma jangan kita mengambil kesempatan. – UTUSAN

DR. MUHAMMAD HAFIZ BADARULZAMAN
Universiti Utara Malaysia (UUM)
 
Sponsored Post

achok

Legendary Member
gem
Messages
14,885
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,885
Reaction score
344
Points
141
Kita memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak masjid dan juga pengguna jalan raya berkaitan isu meletak kenderaan secara berlapis-lapis.
Namun, individu yang meletak kereta sedemikian perlu mempunyai akhlak yang baik dengan tidak menyusahkan orang lain.
Segelintirnya gemar keluar lewat dari masjid selepas solat Jumaat. Hal ini menyebabkan pemilik kenderaan lain menjadi mangsa keadaan akibat tingkah laku kita yang mengambil mudah dan bertindak secara sambil lewa.


this.
lagi parah kena kat org yg nak cabut awal, habis salam terus cabut tau2 kena blok.
lagi lagi parah kalau blok jalan terus :ROFLMAO:
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,728
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,728
Reaction score
4,441
Points
261
Awards
1
Janji semayang katanya
 

neocnputamen

Junior Member
Messages
68
Joined
May 25, 2015
Messages
68
Reaction score
12
Points
21
Solusinya buat jumaat tu hari minggu. Johor dah buat. Baru tak terkejar2
 

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
6,299
Joined
Dec 27, 2018
Messages
6,299
Reaction score
2,312
Points
211
Awards
1
Kita memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak masjid dan juga pengguna jalan raya berkaitan isu meletak kenderaan secara berlapis-lapis.
Namun, individu yang meletak kereta sedemikian perlu mempunyai akhlak yang baik dengan tidak menyusahkan orang lain.
Segelintirnya gemar keluar lewat dari masjid selepas solat Jumaat. Hal ini menyebabkan pemilik kenderaan lain menjadi mangsa keadaan akibat tingkah laku kita yang mengambil mudah dan bertindak secara sambil lewa.


this.
lagi parah kena kat org yg nak cabut awal, habis salam terus cabut tau2 kena blok.
lagi lagi parah kalau blok jalan terus :ROFLMAO:

Dalam Islam,
antara kejar pahala
vs
elakkan buat mudarat kat orang lain
(contoh halang kereta orang lain dalam masa yang lama),

buat yang no.2 dulu, adalah sunnah.

Siapa2 yang parking berlapis tu,
pandai2lah bangun lepas beri salam kedua,
terus keluarkan kereta.

Wallahu a'lam.
 
Last edited:

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,877
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
27,877
Reaction score
5,835
Points
481
Awards
1
Dalam Islam,
antara kejar pahala
vs
elakkan buat mudarat kat orang lain (contoh halang kereta orang lain dalam masa yang lama),

buat yang no.2 dulu, adalah sunnah.

Siapa2 yang parking berlapis tu,
pandai2lah bangun lepas beri salam kedua,
terus keluarkan kereta.

Wallahu a'lam.
Ramai org terlepas pandang yg nie...depa kt depa dh lepas tp sebenarnya depa dh nyusahkan org ramai lg teruk dr beribadah mcm nie
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Dalam masjid pun, rapatkan saf pun terkebil"
Lambat benar
 
Sponsored Post

Top
Log in Register