hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Solat Jumaat di Surau al-Muttaqin tak sah, jemaah wajib qada zuhur
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
GEORGE TOWN – Solat Jumaat yang diadakan di Surau al-Muttaqin, Sungai Ara di sini pada 13 September lalu diputuskan tidak sah berikutan khatib dikatakan terlupa duduk antara dua khutbah.
Menerusi memo daripada pengerusi surau berkenaan yang tular di media sosial hari ini, syarat khutbah Jumaat itu tidak dipenuhi dan perkara tersebut telah dirujuk ke Pejabat Agama Barat Daya dan Pejabat Mufti Pulau Pinang.
Datuk Mufti telah dengan pantas membalas pertanyaan yang ditimbulkan dan memutuskan
Wajib menunaikan solat zuhur secara qada (menggantikan solat Jumaat yang tidak sah tersebut) dan harus dilaksanakan solat zuhur qada itu secara berjemaah.
“Bagi pihak tuan imam, pegawai-pegawai dan AJK (ahli jawatankuasa) Surau al-Muttaqin, saya memohon maaf di atas kesilapan ini. Insya-Allah kita akan perbaiki SOP supaya ‘check & balance’ (semakan) dibuat untuk memastikan rukun-rukun, syarat-syarat Jumaat dan khutbah dipenuhi,” katanya.
Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya menasihatkan supaya jemaah yang menunaikan solat Jumaat tersebut mengulangi atau qada solat zuhur.
“Kita menggunakan pandangan mazhab Syafie. Mereka (jemaah) tidak berdosa sebab perkara yang berlaku tidak disengajakan. Cuma kita nasihat supaya qada solat zuhur.
“Kita harap perkara ini tidak disensasikan sebab benda sudah berlaku. Kesilapan boleh berlaku di mana-mana cuba kita kena ambilnya sebagai iktibar,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
Sumber : Kosmo Online