BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KOMPILASI Renungan Jumaat

chesnatesz

Super Active Member
Messages
7,900
Joined
Jun 29, 2008
Messages
7,900
Reaction score
158
Points
73
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Bismillahirrahmanirrahim...

Oleh kerana adanya permintaan untuk menghimpunkan Renungan Jumaat, saya akan cuba yang terbaik untuk meletakkannya di sini. Tetapi untuk yang terkini sila rujuk kepada thread Renungan Jumaat dan minggu yang berikutnya baru saya akan meletakkannya di sini. Semoga saya dan kawan2 sume akan mendapat ilmu bersama. Terima kasih...
:)cgrock
 
Minda Sedar & Minda Bawah Sedar

Anda memiliki dua minda iaitu minda sedar (otak belahan kiri) dan minda bawah sedar (otak belahan kanan). Minda sedar menggunakan logik untuk membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila anda berhadapan dengan berbagai pilihan atau masalah dalam kehidupan, maka minda sedar akan membuat keputusan untuk memilih atau menyelesaikan masalah tersebut, bukannya minda bawah sedar. Namun dengan latihan tertentu anda boleh mendapati bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh minda sedar boleh dipandu dan dipengaruhi oleh maklumat yang diperolehi dari minda bawah sedar.

Sekiranya anda tidak memberikan minda bawah sedar sebarang matlamat untuk dicapai atau masalah untuk diselesaikan, ia tidak akan berkerja untuk anda. Akan tetapi, sekiranya anda memberikan matlamat yang khusus atau objektif yang konkrit untuk dicapai maka ia akan berkeja bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya kepada anda.
Dalam masyarakat kita bentuk permohonan ataupun doa sudah menjadi perkara lazim dan berlaku secara automatik. Permohonan dan doa ini jarang kita cuba untuk meningkatkan efisiensi dan keberkesanannya. Kita cuma melakukan dengan cara kita sendiri dan bersifat naluriah.
Tetapi bagi mereka yang kuat menjalankan ibadah mereka mencukupkan diri dengan doa di dalam sembahyangnya. Atau mereka menjalankan sembahyang hajat atau tahajjud dengan niat yang khusus untuk sesuatu hajat. Dengan pemusatan yang baik dan khusyuk, maka nilai getaran doa akan lebih tinggi dan nilai sembahyang pun akan meningkat disebabkan oleh pemusatan/khusyuk/konsentrasi itulah sebenarnya rahsia yang utama. Apalagi menghadapkan diri kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati, jiwa dan rasa kesungguhan, tentulah solat anda akan menjadi lebih tajam dan mantap

Sepertimana bongkah ais yang kelihatan timbul gagah dipermukaan laut namun sedarkah anda dibawahnya adalah lebih hebat dan besar lagi sehingga dapat menenggelamkan sebuah kapal persiaran terbesar yang dikatakan tercipta untuk tidak akan karam (unsinkable). Begitulah diumpamakan minda bawah sedar anda, malah ciptaan Allah S.W.T ini lebih hebat lagi..Subhanallah.

Petikan Oleh Ustaz Mohd Arief – Rahsia Kejayaan
 
The Benefits of Solah in Scientific Ways

JANGANLAH KITA MENINGGALKAN SOLAT WALAU DALAM KEADAAN APA SEKALI PUN...
SESUNGGUHNYA IBADAH SOLAT PENUH SERIBU KEBAIKAN YANG TIDAK KITA KETAHUI....

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan
Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. Penggerak kajian ini ialah Mantan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang
melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

Solat terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

"Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat.
Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh," katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan
dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains' terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap
seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia , Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah,
hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun.
Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi
tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan
itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah menge nai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. "Kajian itu akan mengkaji isyarat
otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,"
katanya. Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan
dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi
mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu. Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara
menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian
mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang
memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk
mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan
pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. "Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang
dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun
tidur. " Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu
adalah tamakninah," katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak
untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur
komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berban din g pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam
denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam
solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima
perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. "Kita mendapati apabila
berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya
meneutralkan cas tubuh. "Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan
cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan
diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat
serta paras glukos rendah. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman
seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. "Ini membuktikan terapi
solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung.
Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan
seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. "Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran).
Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum
mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit. Selain itu, katanya
antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan
jantung paling rendah adalah ketika berbaring. "Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring.
Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika
solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
 
Kapak Yang Kehilangan Kekuatannya

Seorang pedagang kayu menerima lamaran seorang pekerja untuk menebang pohon di hutannya. Kerana gaji yang dijanjikan yang bakal diterima sangat baik, sehingga si calon penebang pohon itu pun bertekad untuk bekerja sebaik mungkin.

Saat mulai bekerja, si majikan memberikan sebuah kapak dan menunjukkan kerja yang harus diselesaikan dengan target waktu yang telah ditentukan kepada si penebang pohon. Hari pertama bekerja, dia berhasil menebang 8 batang pohon.

Suatu hari, mendengar hasil kerja si penebang, sang majikan terkesan dan memberikan pujian dengan tulus, “Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuanmu menebang pohon-pohon itu. Belum pernah ada yang sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu.”

Sangat termotivasi oleh pujian majikannya, keesokan hari si penebang bekerja lebih keras lagi, tetapi dia hanya berhasil merobohkan 7 batang pohon.

Hari ketiga, dia bekerja lebih keras lagi, tetapi hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin bertambahnya hari, semakin sedikit pohon yang berhasil dirobohkan.

“Sepertinya aku telah kehilangan kemampuan dan kekuatanku. Bagaimana aku dapat mempertanggungjawab kan hasil kerjaku kepada majikan?” pikir penebang pohon merasa malu dan putus asa.

Dengan kepala tertunduk dia menghadap ke sang majikan, meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memadai dan mengeluh tidak mengerti apa yang telah terjadi.

Sang majikan menyimak dan bertanya kepadanya,
“Kapan terakhir kamu mengasah kapak?”

“Mengasah kapak? Saya tidak punya waktu untuk itu. Saya sangat sibuk setiap hari menebang pohon dari pagi hingga sore dengan sekuat tenaga,” kata si penebang.

“Nah, di sinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru dan terasah, maka kamu bisa menebang pohon dengan hasil luar biasa. Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun," kata sang majikan.

"Maka, sesibuk mana pun, kamu harus meluangkan waktu untuk mengasah kapakmu, agar setiap hari bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimal. Sekarang mulailah mengasah kapakmu dan segera kembali bekerja!” perintah majikannya.

Sambil mengangguk-anggukan kepala dan mengucap terima kasih, si penebang berlalu dari hadapan majikannya untuk mulai mengasah kapak.
"Istirahat bukan bererti berhenti. Tetapi untuk menempuh perjalanan yang lebih jauh lagi."

Sama seperti si penebang pohon, kita pun setiap hari, dari pagi hingga malam hari, seolah terjebak dalam rutinitas terpola. Sibuk, sibuk dan sibuk, sehingga seringkali melupakan sisi lain yang sama pentingnya, yaitu istirahat sejenak mengasah dan mengisi hal-hal baru untuk menambah pengetahuan, wawasan dan spiritual.

Jika kita mampu mengatur ritme kegiatan seperti ini, pasti kehidupan kita akan menjadi dinamis, berwawasan dan bersemangat.
 
DIA MENDEKATKAN AKU DENGAN ALLAH

Abu Ya'la telah mengeluarkan riwayat ini daripada Ibn Abbas r.a, beliau menceritakan bahawa Rasululllah s.a.w. telah ditanya :

Ya Rasulullah! Teman duduk-duduk kami yang manakah yang paling baik?

Sabda baginda yang bermaksud : "Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu) melihatnya dan bertambah ilmu kamu
(apabila mendengar) bicaranya dan mengingatkan kamu kepada Allah (apabila melihat) amalannya".

Bagi para sahabat, kesempatan dapat bersama Rasulullah s.a.w seumpama memasuki lombong emas. Saat ini adalah saat yang amat berharga dan mereka sanggup tebus hatta
dengan nyawa. Saat mereka disirami limpahan nur Rasulullah s.a.w. Saat tika mata mereka dapat menatap wajah suci Rasulullah s.a.w, yang bercahaya. Saat ketika telinga
mereka dapat mendengar sabda-sabda suci Rasulullah s.a.w.

Maka dalam kesempatan ini, mereka bertanya, siapakah teman yang paling baik? Ungkapan ''yang paling baik" bermaksud " yang paling afdal". Mereka bertanya siapa
teman yang paling afdal untuk mereka duduk-duduk bersama dalam suatu majlis? Majlis bersama siapakah yang paling tinggi fadhilatnya?

Lalu Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan sifat-sifat orang yang patut mereka dampingi dan sertai dalam sesuatu majlis. Dalam kitab Hashiyah al-Targhib dijelaskan maksud
teman majlis yang baik itu ialah "orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu) melihatnya menyebabkan lidah kamu pula menuturkan zikrullah, bertasbih,
bertahmid dan bertamjid kepada Allah s.w.t. Hal ini berlaku disebabkan oleh keelokan peribadinya, kewarakannya serta ketaqwaannya.

Beginilah tarbiah Rasulullah s.a.w, kepada para sahabat. Begitu halus dan tinggi hikmahnya. Baginda tidak menjawab : "Sayalah teman majlis yang terbaik!" Sebaliknya
memadai Baginda hanya menyenaraikan ciri-ciri teman majlis yang hebat iaitu :

1. Memandangnya, sudah cukup mendorong kita untuk ingat kepada Allah
2. Mendengar bicaranya, menyebabkan ilmu dan kefahaman kita bertambah
3. Melihat amalannya, menyebabkan kita ingat kepada akhirat.

Halaqah Ilmu

Apabila para sahabat mendengar ciri-ciri dan sifat-sifat yang hebat ini, mereka tahu itulah sebenarnya sifat yang ada pada diri Baginda. Namun, apabila Rasulullah s.a.w.
memperincikannya, ini lebih memudahkan lagi para sahabat untuk memahaminya. Malah, jawapan Rasulullah s.a.w. ini sebenarnya adalah satu targhib (galakan dan dorongan)
agar mereka berusaha mewujudkan sifat-sifat insan yang terbaik di dalam diri mereka.

Para sahabat amat suka mengadakan halakah-halakah di dalam masjid. Samada halakah itu dibuat sesama mereka mahupun bersama Rasulullah s.a.w. Melalui halakah-halakah
di dalam masjid ini mereka mendalami ilmu agama dan kefahaman agama.

Qurrah r.a menyatakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. duduk di dalam masjid, maka para sabahat akan duduk mengelilingi Baginda dalam bentuk halakah-halakah
(Riwayat Al-Bazzar).

Semoga Allah menjadikan diri kita juga suka untuk duduk-duduk di dalam masjid bersama mereka yang mampu menyebabkan hati kita menjadi hidup.

-Petikan tulisan Ustaz Mohd. Gunawan Che Ab. Aziz-
 
Alangkah bahagia dan beruntungnya seorang isteri apabila suaminya mencontohi pekerti Rasulullah....

Cara Rasullah Melayan Isteri

Budi bahasa itu yg membuatkan org hormat.. dan bertambah segan bukannya dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’ ‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’ ‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’ Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Subhanallah sungguh tinggi pekerti Baginda S.A.W….
 
Biodata Rasulullah

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
 
Solat Kita Amalkan

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada
masa lainnya kamu lupa padaNya. Jika sembahyang mu 10 minit,
cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya. Mungkin dalam
10 minit itu pun kamu ingat selain daripadanya?

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
bagaimana lafaz ikrar mu kepadaNya. Tulen atau hanya sebutan
dimulut sahaja. Sama seperti burung kakak tua yang petah berkata-kata?

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padaNya yang telah memberi rezeki
kepadamu, menampung keluargamu , membeli rumah , kereta
dan sebagainya.. .tetapi hatimu masih belum puas , kamu masih
tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada
teman-teman mu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan
dan bangsa mereka sedangkan kamu sendiri tidak
tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu mendirikan solat lim a waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu mu, kelulusan mu, amal ibadah mu
dan kehebatan mu berhujah. Sedangkan kamu belum tahu adakah
Allah redha dengan apa yang ada di sisi mu itu.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh mu,
menggunakan wang ringgit atau kuasa pangkat mu untuk menjatuhkan
mereka yang kamu tidak suka.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wang mu untuk
bersedekah ke jalan Allah dan berzakat kepada mereka
yang memerlukan kerana takut wang kamu akan habis.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada teman mu
yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji atas usaha bersungguh-
sungguh mereka. Sedangkan kamu berkerja hanya seperti
melepas batuk di tangga kerana gaji. Berperasan gigih

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan hak keluarga mu yang di rumah. Rezeki dibawa
pulang untuk mereka langsung tidak diki ra sumber halal haramnya.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih merungut dan mencaci maki apabila ditimpa musibah,
Walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datangnya daripada Allah.
Tidakkah kamu fikirkan kepada siapakah kamu mencaci itu??

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
majlis kulliyah ilmu untuk bekalan akhirat diabaikan tidak sepertimana
mengejar ilmu duniawi mu. Muhasabah diri segera sebelum
terlewat. Jangan hanya di akhirat nanti baru kesedaran.


Sekian, Wassalam.
 
Cara mudah mencari muka surah di dalam Al-Quran! Jom cuba!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia). Walau bagaimanapun, cara bacaan yang betul wajib dipelajari agar bacaan kita tidak salah maknanya.

Tip yang nak dikongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom sama-sama kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan!
 
Kisah benar Seorang Pelacur "Muslimah"

Kisah ini terjadi pada sekitar tahun 1980an. Ringkasnya, ada seseorang yang bekerja di sebuah syarikat yang bergerak di sektor pembinaan terhadap wanita-wanita bermasalah di negeri ini. Suatu hari, seperti biasanya dia bertugas melawat tempat-tempat lokalisasi / pelacuran di sebuah bandar di Jawa Timur. Namun lawatan kali ini sangat berbeza dari kebiasanya. Di tengah-tengah kunjungannya itu, dia mendengar ada bacaan surah Al Ikhlas dibacakan pelahan tapi masih boleh didengari dari sebalik sebuah bilik.

Mendengar bacaan itu, dia merasa ingin tahu untuk mencari sumber bacaan itu. Dia pergi ke bilik penghuni itu untuk melihat siapa yang membaca bacaan surah Al Ikhlas berulang-ulang dengan sangat fasih itu. Setelah mengetuk pintu, ia pun dipersilakan masuk oleh penghuni bilik.

Betapa terkejutnya si pegawai itu melihat orang di dalam bilik itu adalah seorang wanita muda yang terbalut dengan jilbab tudung. Ringkasnya, terjawablah sudah soalan si pegawai siapa gerangan yang membaca surat Al Ikhlas berulang-ulang tadi. Si wanita pelacur 'muslimah' bertudung itulah yang membacanya.

Dengan penuh kehairanan dan tanda tanya , si pegawai pun memberanikan diri untuk bertanya kepada si pelacur muslimah, "Kak, kenapa melacur?" Tanya si pegawai.

Mendengar soalan dari si pegawai, si pelacur 'muslimah' tidak marah. Bahkan dia tersenyum tertawa.

Melihat si pelacur tertawa, si pegawai bertanya kembali, "Kamu tidak merasa bersalah dengan perbuatan ini?" Tanya si pegawai, lagi.

"Tidak," jawab si wanita pelacur itu.

Mendengar jawapan mantap yang keluar dari lisan si wanita pelacur, maka si pegawai pun semakin ingin tahu untuk meneliti lebih jauh tentang latar belakang si wanita muda pelacur itu.

Ringkasnya, tersingkaplah sejarah masa lalu si perempuan itu. Diketahuilah, sejak kecil si wanita itu sudah belajar nmengaji (membaca Al-Quran) sejak awal di kampungnya. Dia belajar mengaji di bawah didikan kyai di kampungnya. Setelah lancar dan mahir mengaji, ketika umur 12 tahun, tok kyai di kampungnya itu pun memberikannya ijazah kelulusan kerana berjaya mengkhatamkan Al-Quran.

Di dalam ijazah itu, juga ada sebuah mesej, "Barang siapa membaca Al Ikhlas 1000 kali setiap hari akan masuk surga tanpa hisab."

Mesej itu juga dipesankan secara khusus oleh pak kyai yang memberinya ijazah khatam al-Quran.

Sejak saat itu sehingga ke hari ini, ida terus menerus membaca surah al ikhlas setiap malam sebanyak 1000 kali tidak pernah putus.*

"Bagaimana saya harus merasa bersalah? Bahkan, sudah selayaknya saya dan merasa bersyukur kepada Allah kerana diberikan pekerjaan yang ringan dan dengan hasil yang lumayan, "jawabnya penuh kemantapan tanpa penuh keraguan.

"Dan saya jelas" min ahlil jannah "(penghuni surga_pen) kerana sejak menerima ijazah itu saya tidak pernah tidak membaca qul huwallahu ahad (maksudnya: surat Al Ikhlas_pen) setiap hari," terangnya lagi.

Terungkaplah kenapa dia sama sekali tidak merasa bersalah menjadi seorang pelacur bahkan bersyukur kerana dimudahkan dalam mencari rezeki adalah kerana dia MEYAKINI bahawa dia akan menjadi "ahli jannah" berbekal amalan bacaan surah Al Ikhlas 1000 kali setiap hari. Na'udzubillahi min dzalik.

Hikmah dan ibroh (pelajaran) dari kisah ini adalah bahawa ternyata pengaruh bahaya bid'ah boleh menyesatkan dan mengerikan. Keyakinan si pelacur itu akan kepastiannya masuk syurga atas amalan yang tidak berasas itulah yang seterusnya menjerumus ke dalam kemaksiatan. Na'udzubillahi min dzalik.


* Kisah ini adalah kisah benar yang terjadi di Indonesia yang diperolehi dari ceramah ustaz Abdullah Sungkar dengan sedikit mengubah alur cerita namun tanpa mengurangkan intipati ceritanya.

Diterjemah dari muslimdaily.net
 
Back
Top
Log in Register