Alangkah indahnya kehidupan orang kaya. Cakap sahaja apa yang dimahukan, hampir semuanya boleh dapat. Malah, kalau pegi ke mana-mana, ada sahaja yang hendak memberikan layanan ala first class. Jadi kalau ditanya kepada sesiapa – mahukah menjadi papa ataupun muflis? Jawapannya sudah tentu tidak!
Namun, dalam pada ramai yang cuba mengelak daripada menjadi muflis di dunia, ada antaranya pula terlupa untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak bankrap di akhirat. Sebab itulah ada yang ghairah mengaut kekayaan dengan bermacam-macam cara sama ada 'halal' ataupun 'haram'. Tetapi di celah-celah itu juga masih ada terselit segelintir orang yang begitu ghairah membuat persiapan untuk kaya di akhirat. Cuma sayangnya, mereka papa pula di dunia.
Menurut Prof Madya Hj Mohd Nor Mamat, pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, seorang Muslim bukan hanya perlu mengejar kemewahan duniawi, tetapi juga kekayaan akhirat. Ini bersandarkan kepada sepotong ayat yang terdapat dalam kitab al-Quran.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang memperbuat bencana itu." (al-Qashash:77)
Tegas beliau lanjut, penilaian kepada muflis di dunia adalah bersandarkan kepada harta, sementara akhirat pula adalah pahala. Justeru itu, untuk menjadi individu kaya di 'hari kemudian' kelak, kekayaan harta dunia itu perlu ditransformasi atau ditukarkan kepada bentuk pahala.
Lakukan transformasi
"Kita tidak boleh mengejar kekayaan hanya untuk di dunia atau hanya untuk di akhirat sahaja. Kita juga tidak boleh menjadi bankrap di dunia semata-mata hendak menjadi kaya di akhirat. Kita kena kedua-duanya sekali. Sebab manusia yang paling baik adalah yang kaya di dunia dan kaya juga di akhirat. Dengan kata lain, dia kaya harta dan kaya pahala," hurai beliau.
Sambung Prof Madya Hj Mohd Nor, individu kaya beruntung kerana dia boleh menukarkan aset dunianya bagi membolehkan dia membuat pelaburan pahala di akhirat. Hal ini berbeza pula dengan orang yang kurang berada, apalagi seorang fakir. Namun, golongan yang berada harus ingat – kalau hari ini dia kaya di dunia, tidak mustahil dia boleh menjadi muflis di akhirat gara-gara gagal menggunakan hartanya secara berhikmah di jalan Allah. Dan boleh jadi harta itu juga akan menyebabkan dia lengah masuk syurga.
Namun, bagi yang kurang berada pula, walaupun peluang menggandakan pahala untuk akhirat tidak sebanyak orang kaya, dia juga sebenarnya turut beruntung. Ini kerana kata Prof Madya Hj Mohd Nor, kurang harta akan menyebabkan dia kurang berbuat dosa dalam proses pengendalian harta yang ada.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai cara untuk mengaut pahala demi kekayaan di akhirat. Bagi yang berkemampuan dari segi material, sudah tentu membelanjakan harta dalam bentuk yang diredai Allah boleh menukarkan ia kepada pahala. Bagaimanapun, tegas beliau, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
"Syarat pertama, benda yang kita belanjakan itu tidak termasuk dalam perkara haram. Kedua, niat mestilah ikhlas kerana Tuhan. Ketiga, kena melakukan dengan sedar. Jika tersilap bagi itu, itu termasuk dalam kategori tidak sedar. Jadi tidaklah mendapat pahala. Dan yang keempat pula tidak menafikan arahan-arahan Tuhan yang lain. Kalau cukup syarat tadi, perbelanjaan harta kita akan bertukar kepada pahala akhirat," jelasnya sambil menambah semuanya itu turut dikenali sebagai syarat ibadah umum.
Mengulas perihal ada orang yang sanggup menghabiskan keseluruhan hartanya untuk bersedekah, Prof Madya Hj Mohd Nor berkata, itu bukanlah cara terbaik untuk membuat pelaburan di akhirat. "Kalau kita hendak mendapatkan banyak pahala sebagai saham di akhirat, janganlah pula sampai kita melarat, tidak boleh hidup di dunia... Kita kena tengok model Rasulullah SAW," ujarnya.
>Mengulas lanjut, beliau memetik kisah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad. Baginda pernah bertanya kepada sahabat – siapa yang mahukan pahala di akhirat dengan menginfakkan harta benda mereka? Lantas Abu Bakar bangun dan berkata ya. Rasulullah bertanya berapa banyak? Dan Abu Bakar memberitahu ingin menginfakkan keseluruhan hartanya sehingga yang tinggal hanyalah rasul dan Tuhan.
Mendengar kata-kata Abu Bakar, Nabi Muhammad terus berkata tidak boleh. Kemudian Umar Al-Khattab pula menawarkan diri dengan menginfakkan separuh daripada hartanya. Ini turut ditolak oleh baginda. Sebaliknya Rasulullah menegaskan bahawa hanya satu pertiga sahaja yang boleh diinfakkan. Selebihnya adalah untuk diri dan keluarga.
Bersedekahlah kepada keluarga
Sambung Prof Madya Hj Mohd Nor lanjut, walaupun seseorang itu melakukan sesuatu demi meraih pahala untuk akhirat, dia tidak boleh meletakkan dirinya di dunia dalam jurang kemusnahan. Dengan kata mudah, seorang Muslim tidak boleh sengaja menyusahkan dirinya. Selain itu, beliau turut menegur sikap kebanyakan Muslim yang menganggap sedekah tidak boleh diberikan kepada keluarga. Tegasnya, ini merupakan antara salah faham yang perlu diperbetulkan.
"Bagi sedekah dalam Islam sebenarnya bermula dari kaum kerabat dulu. Maknanya kalau kita tidak beri cukup makan kepada keluarga kita, tetapi kita beri sedekah kepada orang lain walaupun anak yatim, itu sudah kira salah. Kita kena utamakan keluarga, kemudian baru kepada anak-anak yatim. Kalau emak kita miskin, kita kena bagi dulu kepada emak. Sebab sedekah kepada emak itu lebih perlu," beritahunya.
Selain itu, untuk meningkatkan saham pahala di akhirat, seseorang itu juga perlu berilmu. Ini kerana dengan ilmu tersebut dia akan bijak membuat pilihan disebabkan dia tahu yang man satu harus menjadi keutamaan. "Ulama ada kata, orang berilmu buat benda sikit. Tetapi pahalanya banyak sebab dia tahu mana satu menjadi keutamaan. Dia bijak dalam mengenal peluang pelaburan."

Memang parah dilema anak luar nikah. Bebanan yang terpaksa ditanggung diri dan keturunannya kelak bukan calang-calang. Tatkala bayi-bayi comel yang lahir ke dunia disambut gembira, dia pula disambut dengan simpati & cemik dalam suasana hiba.
Mana tangis syukur ibu sambil memeluk erat dirinya? Mana gema seruan azan dilagukan ayah di cuping telinganya? Mana tawa ria saudara-mara dengan kata-kata pujian dan tahniah buatnya memenuhi sebuah dimensi alam yang baru dimasukinya? Kosong.
Ia bagaikan epilog sedih yang harus dilalui oleh bayi tersebut. Namun, dia masih belum mampu merasai itu semua. Hanya difahami oleh hati-hati yang masih punya sifat kasih sayang dan perikemanusiaan. Hati ibu dan ayahnya, hanya Allah yang tahu sama ada menyesal atau langsung tak kisah!
Apabila bayi yang tidak berdosa itu makin membesar, kesedihan tetap memburu hidup. Bebanan masih tergalas dibahu. Dicaci dan dicela. Manakala satu-persatu kenyataan menyesakkan sanubari perlu dihadapi. Hingga di matanya, masa depan itu samar-samar, seolah-olah hanya mengharapkan takdir memberi sinar harapan.
Istilah Anak Tidak Sah Taraf
Menurut laporan yang dipaparkan dalam Berita Harian tahun lepas, terdapat hampir 17, 303 anak tidak sah taraf yang didaftarkan sepanjang 2009. Fenomena peningkatan kes kelahiran anak luar nikah bagai penyakit berjangkit. Semakin terjebak, semakin merebak.
Merujuk kepada persidangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 5 Safar 1425 bersamaan 26 Mac 2004, anak yang didaftarkan sebagai anak tidak sah taraf boleh diklasifikasikan di bawah tiga keadaan.
Pertama, anak itu ialah anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol. Kedua, anak yang dilahirkan kurang enam bulan dua lahzah Qamariah (bulan Hijriah) dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah.
Ketiga, anak yang dilahirkan lebih dari enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar ( pengakuan ) mereka yang berkenaan ( suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya dan tidak diingkari oleh pihak yang satu lagi ), atau adanya 4 orang saksi yang melihat berlakunya zina dan kesaksiannya pula memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.
Kita Tetap Hamba-Nya Jua
Pelbagai dugaan yang perlu ditanggung oleh anak tersebut apabila ingin melangkah ke setiap fasa seterusnya dalam kehidupan. Bahkan, mungkin bertimpa-timpa kesukaran bakal dihadapi ketika dia bakal mendirikan rumah tangga. Penerimaan manusia, sukar dijangka.
Walau bagaimanapun, sebagai sebuah masyarakat yang hidup dalam satu komuniti, jangan terlalu menanam rasa benci pada anak-anak yang sedang diberi ujian di pentas dunia ini. Tidak adil melontar batu-batu penghinaan kepada mereka sedangkan mereka itu ibarat mangsa kepada nafsu serakah yang membuta.
Anak-anak ini juga harus terus kuat menyelusuri terowong-terowong kehidupan yang gelap dan dikelilingi duri-duri tajam. Kita manusia semua adalah sama. Tidak kira bagaimana kita dilahirkan, siapa ibu bapa kita dan bagaimana perjalanan hidup kita. Destinasi syurga itulah yang perlu dijadikan inspirasi perjuangan.
Berpeganglah pada firman Allah, "Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa." (al-Hujurat: 13). Biar di mata manusia engkau bagaikan sampah kerana membawa dosa ibu dan ayah, asalkan di pandangan Allah, engkau umpama permata yang semakin bersinar tiap kali dikeji dan diuji!
Sunat Rahsiakan Status Anak Luar Nikah
Dalam Islam, tiada istilah anak lahir di luar nikah itu dengan anak haram. Jika ada yang mengatakan istilah itu ada, sila cari dalam kitab suci al-Quran atau hadis Rasulullah SAW yang menyebutnya demikian.
Sebenarnya, kedudukan anak ini sama saja dengan anak yang lain. Kemuliaan seseorang di sisi Allah SWT berdasarkan ketakwaannya. Ia juga bukan kerana soal keturunan atau asal usulnya.
Perlu diingat, anak ini tidak berdosa kerana yang berdosa adalah ibunya. Seharusnya, anak ini tidak turut berdosa hanya disebabkan dosa ibunya. Seperti firman Allah SWT dalam surah al-An'am ayat 164:
"Dan tidaklah menanggung dosa oleh seseorang akan dosa orang lain."
Ibunya pula, jika ia sudah taubat dengan taubat nasuha, maka sucilah si ibu terbabit daripada dosanya dengan maghfirah (keampunan) daripada Allah SWT. Kita tidak boleh mencacinya, baik terhadap anak itu atau ibunya akibat kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila sudah berzina seorang hamba perempuan, maka nyatalah zinanya, maka hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina pula kali kedua, hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina kali ketiga, hendaklah dijualnya walaupun dengan (harga) tali dari bulu."
Oleh itu, apabila kita mengetahui keadaan dan kedudukan asal usul seseorang yang kurang baik, sunat bagi kita sembunyikan perkara itu dan jangan dihebahkan baik yang berkepentingan atau pun kepada yang lainnya. Kecuali ketika mana ia berbuat mungkar, maka wajib diingkari. Wallahua'lam.
Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.
Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dariNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?
Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla
Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:
"Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun."
Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?
Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan, lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.
dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.
Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan, air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.” Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat. Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak. Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.” Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).
SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat.
Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia.
Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid.” (riwayat Ahmad)
Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain.
Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
· Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
· Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).
Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.
Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)
Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.
Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami maklumat berkenaan.
Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.
Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.
Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut”.
Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.
Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.
Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…”
Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan hutang
Mingguan Malaysia bertarikh 6 Jun 2010 ada menyiarkan berita bertajuk " Kakitangan awam terjebak ah long". Berita tersebut menarik perhatian saya oleh kerana dilaporkan bahawa kira-kira 2 hingga 3% daripada penjawat awam yang menetap di Putrajaya "terjebak" dengan ah long sehingga gaji bulanan mereka sering tidak mencukupi.
Difahamkan bahawa mereka yang terlibat itu adalah terdiri daripada kakitangan Kerajaan kumpulan sokongan yang didapati sanggup meminjam wang daripada ah long dengan alasan untuk membeli kereta baru atau untuk berjudi.
Jika mengambil kira bilangan kakitangan Kerajaan lain yang berhutang dengan syarikat-syarikat kad kredit atau membuat pinjaman dengan institusi kewangan atau kopeerasi, maka sudah tentu peratusan mereka yang terjebak dengan masalah hutang akan menjadi bertambah ramai.
Persoalannya sekarang ialah mengapakah penjawat awam tersebut sanggup berhutang dengan ah long semata-mata hanya untuk hidup bermewah-mewah atau akibat ketagihan judi? Adalah gaji yang mereka terima setiap bulan itu tidak mencukupi akibat kegawatan ekonomi sekarang atau mereka sememangnya bersikap boros dalam menguruskan kewangan peribadi mereka?
Tidakkah mereka sedar bahawa dengan meminjam wang daripada ah long atau peminjam wang yang lain, mereka terpaksa membayar bunga (interest)yang tinggi untuk tempoh masa yang lama walhal pinjaman pokok tidak akan berkurangan daripada amaun pinjaman asal? Ini melibatkan riba yang berlipat lagi ganda, yang amat ditegah oleh agama kita Islam.
Bayangkanlah apakah nasib yang akan menimpa ke atas isteri dan anak-anak mereka sekiranya sipeminjam meninggal dunia secara mengejut sedangkan hutang masih belum berbayar? Sekiranya si peminjam masih bujang, sudah tentu beban hutang tersebut akan terpaksa dipikul oleh ibu bapa mereka.
Pada dasarnya, umat Islam tidak digalakkan berhutang. Ini merujuk kepada sikap Rasulullah SAW yang keberatan melaksanakan solat jenazah ke atas mayat yang masih memiliki tanggungan hutang. Baginda pernah bersabda:
" Diampunkan bagi serang (yang mati) syahid semua dosanya kecuali hutang".
- Riwayat Muslim
Walau bagaimanapun, Islam masih memberikan ruang dan kelonggaran untuk berhutang,khususnya dalam keadaan darurat dan teramat memerlukannya. Tetapi, perlu diingat disamping Islam memberi kelonggaran tersebut, setiap hutang itu WAJIB dijelaskan sebelum sesorang itu meninggal dunia. Ingatlah bahawa kewajiban membayar hutang tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Rasulullah SAW bersabda:
"Demi Tuhan yang diriku ditanganNya, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan Allah, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang,dia tetap tidak akan dapat masuk syurga selagi hutang tersebut belum dijelaskan (oleh saudara-maranya)."
- Riwayat An-Nasa'i
Kepada mereka yang terjebak dengan kemelut hutang, sama ada dengan ah long, ceti atau pun institusi kewangan yang lain, saya ingin mengingatkan diri saya dan kawan-kawan lain agar SEGERA mengambil tindakan untuk menjelaskan hutang-hutang agar beban hutang tersebut tidak ditanggung oleh waris-waris apabila ditakdirkan kita meninggal dunia sedangkan hutang masih belum habis dibayar.
Akhir sekali, terdapat syarikat takaful yang menyediakan pelbagai pakej bertujuan membantu para pelanggannya menyelesaikan hutang-hutang melalui pembayaran faedah-faedah kematian apabila seseorang pelanggan takaful berkenaan meninggal dunia.