kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kedai Makan Ikhbal Satukan Rakyat Pelbagai Kaum
Pemilik Kedai Makanan dan Minuman Ikhbal, Ikhbal Ahmad, 66, menunjukkan nasi lemak dan teh tarik yang menjadi antara pilihan pelanggan untuk sarapan di kedainya di Lobak di sini.
Seawal 6 pagi, “Kedai Makanan dan Minuman Ikhbal” di Lobak di sini sudah mula dipenuhi pelanggan dan semestinya nasi lemak menjadi antara tarikan utama yang menyatukan selera masyarakat pelbagai kaum.
Beroperasi sejak 25 tahun lepas, premis itu kini bukan sekadar tempat menjamu selera tetapi juga ruang pertemuan pelanggan daripada pelbagai latar belakang termasuk mereka yang datang bersama-sama keluarga, rakan dan pelanggan tetap yang tidak pernah putus berkunjung.
Pemilik kedai berkenaan, Ikhbal Ahmad, 66, berkata hampir 1,000 pelanggan mengunjungi kedainya setiap hari, dengan sebahagiannya merupakan pelanggan tetap yang dikenalinya sejak bertahun-tahun.
“Setiap hari ada pelanggan yang sama datang, jadi hubungan kami dengan pelanggan memang rapat. Bukan orang Negeri Sembilan sahaja, ada yang datang dari Johor, Kuala Lumpur dan negeri lain.
“Kepelbagaian pelanggan yang datang ke kedai ini menjadi antara perkara yang paling menggembirakan sepanjang mengusahakan perniagaan,” katanya kepada Bernama.
HARGA BERPATUTAN TARIK PELANGGAN PELBAGAI KAUM