BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thaipusam Di Sabah Satukan Rakyat Pelbagai Kaum

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
9a910aac7045bbe63811bfa6c45c43cf697ee96302cf0

dae15c983ce82fb3ef8180666b7a5852697ee93dc2af8

Sebahagian daripada penganut agama Hindu di Sabah melakukan perarakan ke Kuil Sri Subramaniar Lok Kawi sempena sambutan Thaipusam hari ini.


--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sambutan Thaipusam di Sabah menjadi cerminan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia apabila masyarakat pelbagai kaum dan agama hadir bersama-sama memeriahkan perayaan itu.

Di Kuil Sri Subramaniar, Lok Kawi di sini, suasana sambutan hari ini bukan sahaja dihiasi dengan ritual keagamaan masyarakat Hindu, malah turut diserikan dengan kehadiran pengunjung Melayu, Cina, Kadazan dan Dusun yang datang sebagai tanda semangat kebersamaan komuniti.

Wanita berketurunan Kadazan, Miko Yingyiing, 33, berkata sambutan Thaipusam di Sabah mencerminkan keunikan masyarakat di negeri ini yang saling menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing.

Dia yang beragama Kristian berkata kehadirannya setiap tahun sejak lima tahun lepas disebabkan tertarik dengan keunikan budaya serta suasana perayaan yang meriah dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

“Saya datang hari ini untuk meraikan Thaipusam bersama kawan-kawan. Sabah sangat unik kerana perkara ini (kebersamaan pelbagai kaum),” katanya.

Bagi Syazwani Abd Harun, 27, kehadirannya ke kuil yang menjadi antara pusat ibadat utama masyarakat Hindu di Kota Kinabalu itu, adalah untuk memberikan sokongan kepada ayah mentuanya yang membawa kavadi, selain menyertai aktiviti sukarelawan sepanjang sambutan berkenaan.

“Dalam satu keluarga kami pun memang begitu (hidup dalam keharmonian serta menghormati budaya dan kepercayaan), ada kaum India, Islam dan Cina. Di Sabah pula, masyarakatnya memang bercampur sejak dulu,” katanya kepada Bernama sambil mengagihkan makanan kepada pengunjung.

Sementara itu, Presiden Kuil Sri Subramaniar Lok Kawi, Kapten M. Shamaladevi berkata persiapan sambutan Thaipusam di kuil yang dibina pada awal 1970-an itu turut dibantu oleh masyarakat bukan India yang mencerminkan semangat muhibah serta nilai kebersamaan yang menjadi teras keharmonian rakyat Sabah.

 
Back
Top
Log in Register