BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alunan Muzik Anggun Gamelan, Bukti Seni Warisan Satukan Pelbagai Kaum

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Alunan Muzik Anggun Gamelan, Bukti Seni Warisan Satukan Pelbagai Kaum​

40230abdce13eb5f076404be2765c54f6a77eb94ec9e7

e8cbe79a1e3e1dfc79a0c19097ed31156a77ebab2e682

Kredit gambar: Afifitri Muhammad

Alunan gemersik muzik gamelan yang sering mengiringi majlis penuh istiadat dan persembahan tarian tradisional sememangnya cukup sinonim dengan budaya Melayu.

Namun, di sebalik instrumen tradisional yang sarat dengan identiti kemelayuan itu, terselit satu gambaran bagaimana seni warisan negara itu mampu merentasi batas kaum dan menarik minat generasi muda daripada pelbagai latar belakang.

Perkara itu dapat dilihat menerusi kumpulan Anggun Gamelan Universiti Malaya (UM) yang bukan sahaja menghimpunkan pemain Melayu, malah turut disertai anak muda berbangsa Cina yang begitu menghayati keunikan gamelan.

Melihat mereka duduk bersimpuh, lincah mengetuk kemarong dan memalu saron dengan penuh penghayatan, pastinya menimbulkan rasa kagum kerana instrumen yang begitu dekat dengan tradisi Melayu itu kini turut dimainkan dengan penuh minat oleh pemuzik kaum lain.

Antara mereka ialah pensyarah muzik UM Nur Diana Woon Muhammad Noor Woon, yang memilih gamelan sebagai satu daripada cabang pengkhususan dalam perjalanan muziknya, selain pemain saron barung Ong Li Yang dan pemain saron pekin Ng Jing Yi.

Nur Diana Woon, 26, berkata muzik gamelan memberikan peluang cerah untuknya mengembangkan kerjaya memandangkan industri muzik tempatan mempunyai ramai pemain piano sekali gus menjadikan persaingan dalam bidang itu agak sengit.

“Jika seseorang itu tidak berada di tahap terbaik, pilihan kerjaya yang ada biasanya agak terhad dan berasaskan arus perdana seperti menjadi guru piano. Menerusi gamelan, saya melihat lebih banyak peluang dan ruang untuk menonjolkan bakat serta membuat persembahan di pentas-pentas besar,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau yang juga pemain kemarong berkata latar belakangnya dalam muzik klasik barat banyak membantunya menguasai instrumen gamelan dengan lebih mudah.

 
Back
Top
Log in Register