Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
86 Tahun Kedai Kopi Hai Peng Satukan Pelbagai Kaum
Ahli perniagaan, Datuk Seri Mohamed Rahim Hussin, 67, (dua, kanan) bersama rakan-rakannya menikmati sarapan di Kedai Kopi Hai Peng semasa ditemui baru-baru ini.
Kedai kopi berusia lebih lapan dekad itu bukan sekadar menjadi tempat penduduk setempat menikmati secawan kopi, malah menjadi saksi perjalanan sejarah serta lambang perpaduan masyarakat pelbagai kaum sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan hingga kini.
Mula beroperasi pada 1940, bangunan kayunya terkenal sebagai premis yang menjadi tempat masyarakat Melayu, Cina dan India berkumpul, berbual serta mengeratkan hubungan dalam suasana harmoni, sekali gus menunjukkan semangat perpaduan telah terjalin sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Richard, yang merupakan generasi ketiga keluarga pengusaha kedai berkenaan, berbangga dapat mempertahan dan meneruskan legasi perniagaan yang diwarisi keluarganya sejak 86 tahun lepas.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebuah kedai kopi berusia lebih lapan dekad di bandar ini bukan sekadar tempat penduduk setempat menikmati secawan kopi, malah menjadi saksi perjalanan sejarah serta lambang perpaduan masyarakat pelbagai kaum sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan sehingga kini.
Kedai Kopi Hai Peng yang mula beroperasi pada 1940 itu diasaskan oleh Wong Sang Hai, dan sejak dibuka ia menjadi tumpuan pelanggan daripada pelbagai kaum, sekali gus menjadikannya antara lokasi pertemuan masyarakat di bandar Chukai.
Pemiliknya Richard Wong Tien Loong, 38, berkata kedai kopi berkenaan menjadi tempat masyarakat Melayu, Cina dan India duduk semeja sambil menikmati kopi dan roti bakar.
Beliau berkata suasana unik di kedai kopi itu masih kekal, meriah dengan kehadiran pelanggan daripada pelbagai kaum dan latar belakang.
“Saya gembira kerana kedai kopi yang diasaskan oleh datuk saya 86 tahun lepas kekal menjadi tempat pertemuan dan penyatuan masyarakat daripada pelbagai kaum di bandar ini," katanya ketika ditemui Bernama di Kedai Kopi Hai Peng di sini.
Wong mengambil alih pengurusan kedai kopi itu daripada ibu saudaranya pada 2014, dan perniagaan berkenaan semakin berkembang maju serta kekal menjadi pilihan pelanggan dari dalam dan luar daerah ini.
"Kesinambungan pengurusan merentas beberapa generasi itu membolehkan kedai kopi ini terus beroperasi sehingga kini, sekali gus mengekalkan identitinya sebagai antara kedai kopi paling lama bertahan di bandar Chukai," katanya.
Nama Hai Peng membawa maksud ‘"seaside" atau pesisir pantai dalam bahasa Cina, yang mempunyai kaitan dengan identiti bandar Chukai yang terletak di pesisir pantai.